BAB 27

485 21 2
                                    

Dan apa yang aku buat?

Aku tunggu aje lift tu tertutup.Tapi masalah besar sekarangnya ni,lift ni takkan tertutup sebab Rayyan dah tahan awal-awal.

Eishh dia ni.Macam tau-tau je aku memang taknak masuk sama-sama dengan dia.

Dan dengan itu berlakulah adegan naikkan kening.Dia naikkan kening aku kerutkan kening.Aku naikkan kening dia kerutkan kening.

Dah lama sangat main game kening ni and takde sape pun nak mengalah,Rayyan pun dengan gaya cool cap gajahnya bersuara.

"Dah-dahlah duk angkat kening kau tu.Aku cabut jap lagi kan.Masuk-masuk aje lah .Aku bukannya nak makan kau.Pagi tadi pun aku dah cakap perkara yang sama kat kau.Cepatlah!!"

Aku merengus.

Makhluk Allah ni.Paksa-paksa orang pulak.Nak taknak aku pun melangkah masuk.

Kalau lawan,cakap tak hormat pulak kan.

"Yang kau duk paksa aku masuk kenapa.Aku dah baik hati dah bagi peluang kat kau layan diri sorang-sorang dalam lift ni.Sibuk aje suruh orang masuk."bebel aku laju.

Macam biasa lah .Aku duk kat bahagian depan .Dia duk belakang aku.

Aku berani cakap macam tu pun sebab aku membelakangi dia.Hahaha..

Kalau aku face to face mesti tak keluar satu ayat pun dari mulut aku.

Aku dengar dia gelak and sekaligus dengar tapak kaki dia mendekati aku.

Tup tup dah berdiri kat sebelah aku.

Dan masa nilah si Farisya yakni aku ni dah frozen.

Tu lah kau Sya.Mulut tu cabul sangat.Kan manusia kat sebelah dah rasa tercabar tu.

Rayyan tundukkan wajahnya and mendekati wajahnya ke wajah aku.

Apa dekat-dekat ni.Dosa la wei.Dosa!

Kalau tak tahan pun,jangan tunjuk sangat.

Kotor kau Sya cakap macam tu.

Taubat wei taubat.Ingat Allah.

Aku larikan wajah aku.

Bahaya weii bahaya....

"Kau nak aku masuk lift sorang-sorang?"perlahan aje dia tanya aku.Aku tak jawab walaupun muka dia menagih jawapan dari aku.

Bila tengok aku tak jawab dia pun tanya lagi sekali.

"Hurm?"lembut aje bunyi dia tanya seakan berbisik.

Tanpa disangka tanpa diduga.

Bagaikan terkena jampi bab lagu Hael Husaini ,aku anggukkan kepala aku.Mata tak lepas dari pandang matanya.

Lagi sekali dia tergelak kecil.

Masa ni lah baru aku perasan aku berada di bawah jampi cinta dia betul-betul.Kesedaran kat diri aku ni datang lambat sangat..

Aku larikan pandangan aku.Dinding lift jadi mangsa pandangan tajam aku.

"Tapi nak buat macam mana ha?Aku tak rasa nak masuk sorang-sorang sebab hati aku cakap dia nak kau temankan dia sekali dalam lift ni!"smirk diberikan.

Dah-dah la tu bagi smirk kat aku lelaki.Smirk kau tu seksi sangat.

Lepas dia cakap macam tu,hati aku tak keruan wei.Berdegup laju semacam.Heartbeat..beat beat beat...Geram aku nak buat gaya Taecyeon bila nyanyi lagu tu.

Cepatlah turun wahai lift.

Alhamdulillah.Termakbul doa aku bila lift ni terbuka.Dengan laju seperti arnab aku pun berlari ke kereta aku.

Sempat lagi Rayyan duk jerit panggil nama aku.Mujur pekerja dah ramai yang balik.

Tapi sebelum aku sempat ke kereta aku,ada suara lain yang memanggil nama aku.

And suara ni..Aku rindu sesangat..

Laju aku berpaling ke arah suara tu.

Senyuman terukir kat bibir aku.

"Adam!!"jerit aku kuat-kuat.

Dan kaki yang berlari ke arah kereta di u-turn balik ke arah Adam yang melambai-lambaikan tangannya ke arah aku dengan senyuman yang melebar.

Gila la mamat ni.Semakin hensem aku tengok.

Dan masa ni aku dah tak sedar bahawa Rayyan sedang memerhatikan situasi ini.

"Kau ni!Bila kau balik?Tak bagitau aku pun!"bibir dimuncungkan.Merajuk ala-ala lembu yang tak dapat makanan.

Adam senyum.

"Ala-ala bebiboo ku.Aku bukannya taknak cakap kat kau.Saje la aku nak surprise kan kau."bahagia Adam explain.

"Wahh..Surprisenya surprisenya.Terkejut aku .."aku acah-acah tutup mulut.Mata dibulatkan.

"Wah!!Ye ke ?Ye ke? Surprise kan?Sukanya sukanya!"dah terus meletus tawa aku dan Adam.

Tak dihiraukan keadaan sekeliling.

Bila aku jumpa dengan dia ni memang macam ni.Ada aje perangai gila tu datang.

"Jom pergi makan.Aku belanja!"ajak Adam.Aku angguk laju-laju.Lapar wei.

"Ok but aku kena pergi dengan kereta aku.Nanti kau send location .Aku follow!"laju aku berkata then ambik langkah ke kereta aku balik.

And masa ni lah aku nampak Rayyan tengok aku dengan Adam silih berganti.

Muka dia aku tak dapat tafsirkan.

Kenapa dengan dia tu ?

Semacam aje aku tengok.

Sebaik sahaja matanya beralih kat aku,aku tundukkan kepala tanda hormat sebelum masuk ke dalam kereta.

Aku belek phone untuk waze location yang Adam send then engine dihidupkan and bergerak ke arah destinasi aku.Oh perut ku! Harap bersabar lah.Nanti kenyang puas-puas ye..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

CRUSHWhere stories live. Discover now