BAB 25

474 21 0
                                    

Aku terkejut.Muka aku sekarang ni takyah cakap lah.Bagaikan kucing tersedak Milo.Muka mamat tu pun terkejut.Iyalah kan!

Siapalah yang boleh predict dengan pertemuan yang sedang berlaku ini.

Segera aku tekan button up yang lain.Taknak lah aku duduk dua orang aje dengan dia dalam lift.Aku rela kena bebel dengan Abang Zam lagi wei.

Pintu lif yang hampir tertutup tu ditahan oleh tangan Rayyan.Dan mula lah pintu tu terbuka balik.

Aku pun kaku.Dahlah lif lain lambat lagi nak turun kat aku ni.

Aku slow-slow angkat kaki aku.Nak lari.Tapi belum sempat berbuat demikian,Rayyan bersuara dahulu sekaligus mematikan langkah aku.

"Masuk je lah.Yang kau nak takut sangat kenapa?Aku bukannya nak makan kau pun!"tu dia.Suara tu.Suara yang buatkan aku angau dulu.Jelas kedengaran suaranya lebih matang dan tegas.Seksi weii..

Weh!Jangan Sya!

Entah-entah dah jadi suami orang tu.

Boleh pulak takde orang sekarang ni.Atleast kalau ada orang lain,tenteram lah jugak hati aku ni.

Ini tak!Berdebar semacam.Perlahan-lahan aku masuk ke dalam lift.Aku ambik jarak yang jauh dari Rayyan dengan berdiri di hadapan paling dekat dengan button.Button bernombor lapan aku tekan.

Dari dinding lift,aku boleh nampak Rayyan sedang bersandar pada lift.Sebelah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar manakala tangan yang satu lagi memegang kot hitamnya.

Ya Allah.Awat dia ni hensem sangat?Janganlah melting wahai hatiku.Sis tak kuat ni..

Aku pulak dari tadi membelakangi dia.Tiada keberanian untuk menghadap Rayyan.

Senyap.Sunyi.Lambat pulak nak sampai kat office aku ni.Cepat lah sikit.Jam di tangan di tilik.

Wei..Dah pukul 8 dah.Habis lah aku.Secara spontan aku hentakkan kaki aku .Banyak kali tanda berdebar plus takut.Habis lah aku dengan Abang Zam nanti.

Mulut terkumat kamit duk baca doa supaya lembutkan hati Abang Zam hari ni Tak pun harap-harap Abang Zam MC.

Tanpa aku sedar perbuatan aku diperhatikan oleh Rayyan .Dan otak aku pun mula proses bahawa bukannya aku seorang yang berada di dalam lift ini sekarang.Terus aku matikan hentakkan kaki aku tapi mulut still berjampi.

Rayyan berdehem memecahkan kesunyian.Aku tersentak.

"Yang kau duk tenung dinding lift tu macam makanan kenapa?Kau tak breakfast ke tadi?"soalan ditanya .Baru aku nak jawab dan tinggg!!

Lift berbunyi menandakan aku dah sampai kat office aku.

Segera aku tundukkan badan aku tanda hormat tanpa menjawab soalan dia.Tak suka aku pun kat dia kena hormat jugak.Boss aku kut.

Tanpa buang masa aku berlari anak keluar dari lift.Aku punch card.Yo!!8:03 minit pagi.Takpe tak teruk sangat rekod tu.

Tak teruk sangat kejadah dia.Selepas itu habis aku kena bebel dengan Abang Zam.Dengan ayatnya ,masa itu berharga.3minit tu berharga dan bla bla bla...Pedih telinga aku kena tadah.Spoil mood betul la pagi ni.Sedihhh..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Keluhan dilepaskan sebaik sahaja aku tiba di meja aku.

Keluhan aku yang dirasakan perlahan itu rupanya menarik perhatian Izyan kat sebelah.

"Eh pompuan.Kenapa pagi-pagi muka dah monyot ni?Sembelit ke?"choi la soalan minah ni.Aku lawas k.

Aku pandang Izyan yang muka menagih jawapan tu .Aku hempuk dengan handbag aku ni kan..Geram pulak aku bila nengok muka dia ni.

"Takde pape lah.Aku cuma kena bebel dengan Abang Zam je tadi sebab aku punch card lewat 3 minit.Lama gila dia bebel wei.Aku nak tunjuk kat kau telinga aku .Sebab aku rasa macam banyak aje nanah nak keluar.Hahaha!"Izyan gelak bila dengar hiperbola aku.

Semua dah tau macam mana kalau Abang Zam bebel.Kalau Anis yang pregnant tu kena bebel,aku rasa beranak kat situ jugak kawan aku yang sorang tu.

Tak tenang betul aku bila ada spesies Farhan kat dalam office aku ni.Hahhaa:-)

Buat masa sekarang ni,aku taknak bagitau lagi pasal hubungan antara aku dengan Rayyan.

Aku malas nak ambik tau pasal dia and taknak serabutkan kepala aku dengan dia.

Bukannya apa wei.Jujur aku cakap walaupun hal tu dah lama berlaku but stil susah untuk aku lupakan dia.

Biar sudah terang yang amat bahawa Rayyan ni dah sakitkan hati aku.

Nak buat macam mana.Bukannya aku tak cuba ajar hati aku ni.Tapi kalau perkara dah melibatkan hati dan perasaan ni,bukannya boleh dipaksa.

Aku cuma bergantung kepada masa aje untuk aku lupakan dia betul-betul.

Lagi sekali keluhan dilepaskan.Moment yang berlaku di dalam lift tadi terbayang-bayang di mata aku ni.Kenapalah dalam ramai-ramai orang,dengan dia jugak aku nak kena jumpa.Apalah nasibku.

Komputer di on kan.Tangan mula menyiapkan kerja.Izyan sudah lama kembali menyambung kerjanya.Anis pun sama.Kesian pulak aku tengok mak buyung tu.Tak boleh bayang kalau aku yang pregnant.Eii..mesti nampak pelik...Ada makhluk yang hidup dalam perut aku...Apakah???

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Ehem.Mintak perhatian daripada korang semua sekejap!"kedengaran arahan keluar dari mulut Abang Zam.

Taknak bagi perhatian.Aku berdendam lagi dengan Abang Zam.Mata aku masih fokus pada skrin komputer aku.Biar lah kalau Abang Zam nak cakap aku pekerja derhaka sekali pun.

Aku baru aje nak tunjuk tanda protes kat Abang Zam bila si Izyan kat sebelah ni dekatkan kerusi dia dengan aku.

Disiku pinggang aku.

"Kau ni dah kenapa?Dengar apa yang Abang Zam nak bagitau tu .Lepas ni cakap kat aku.Aku nak tunjuk yang aku ni tengah mogok dengan dia"

"Ala.Aku bukan nak suruh kau tengok Abang Zam.Sya!Tengok lah tu,"

Apabila apa yang diberitahu oleh Izyan kedengaran menarik di telinga aku,segera aku angkat muka.

Dannn...Damn!!

CRUSHTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang