"Ha!Apa kes kau tadi.Pergi dengan muka manusia balik macam muka gajah ni kenapa?"soal Izyan sebaik sahaja aku labuhkan bontot yang dimention oleh Rayyan tadi di kerusi aku.
Aku merengus.
Dahlah tengah panas dengan Rayyan,boleh pulak minah kat tepi ni kata muka aku macam gajah.Ini cacian yang teruk ni.
Aku pandang Izyan yang memandang aku dengan muka yang penuh keinginan untuk mengetahui cerita aku.
Aku geleng kepala.
"Takde apalah.Datuk Rizuan jemput aku pergi majlis perkahwinan anak dia."jelas aku.
"Datuk Rizuan yang kau handle projek dia tu?"
Aku angguk.
"Wow.Tapi kenapa dia tak jemput kau terus je.I mean kenapa dia tak call kau terus?Kenapa nak kena Rayyan yang bagitau kau?"
Takleh nak berahsia langsung dengan dia ni.
Ada je soalan dia yang menjerat aku.
Aku tak sanggup nak tipu best buddy forever aku ni.
So nak taknak aku kena lah cakap jugak.
"Datuk Rizuan invite aku dengan Rayyan sekali.So next week aku kena pergi ke majlis tu together-gether dengan dia!"
Izyan buat muka terkejut.Benci pulak aku.Nampak sangat fake.
"Apa?"
Soal aku bila lambat sangat minah ni bagi reaction.
"Wei Sya.Untung kau bila dapat naik kereta dengan bos tu.Dah lah hensem.Kalau dia ajak aku,aku setuju awal-awal dah."teruja pulak minah ni.
"Setuju awal-awal kan?Lepas tu masa kau duk seronok berbahagia dengan Encik Rayyan tu,then datang lah bala kat kau.Kat mana di sini kau akan menyaksikan satu babak drama aksi bila seorang lelaki yang membawa parang di tangan bakal memenggal kepala lelaki yang keluar dengan tunangnya.Lepas tu kat belakang lelaki tu akan nampak seorang wanita selaku watak tambahan dalam drama ni yang berlari-lari anak mengejar si lelaki yang sedang memegang parang itu bagi menghalang daripada berlakunya pembunuhan.Dan aku lah perempuan yang jadi watak tambahan tu.Kau nak ke?"soal aku lepas sesedap aje mereka cerita pertarungan antara Farhan dengan Rayyan.
Izyan cepat-cepat geleng.Tau pun takut dengan Encik tunang tu.Gatal sangat.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Then,hari yang aku taknak tunggu tu pun datang.
Awal-awal lagi Rayyan dah pesan kat aku suruh siap cepat.
Tak suka tunggu lama-lama.
Kalau lambat ,tinggal.
Ikutkan hati aku,aku nak suruh aje dia tinggalkan aku and pergi majlis tu sorang-sorang.
Baru aku boleh bernafas sikit.
Sudah sahaja baju kurung berwarna silver kosong and dihiasi dengan sulaman bunga berwarna pink digosok,terus aku sarungkan di badan.
Mujurlah sekarang ni aku dah kurus.At least nampak cantiklah sikit aku punya body bila pakai baju ni.Slim river gitu.
Tudung bawal dipakai.Tak dilupa jugak perfume favourite aku.Sembur-sembur then bau wangi semerbak di bilik aku.
Aku macam biasalah.Sekadar pergi majlis perkahwinan,mekap nipis aku kenakan.
Bedak and lipstik.Cukup.Done.
Jam di tangan ditilik.Dah pukul 8:25 malam.Lagi 5 minit sebelum dia tu sampai.
Speak of the devil,lagu Not today berkumandamg tanda ada orang call.
![](https://img.wattpad.com/cover/107252280-288-k638932.jpg)
YOU ARE READING
CRUSH
FanfictionStory yang biasa . Takde special pape. Just sorang minah yang jenis 'I don't care whatever you do' and sorang mamat yang ' i am the most handsome person in this world' berjumpa dan bergaduh sampai lah tahap cliche fall in love . But... Macam mana...