BAB 21

480 17 11
                                    

"Nah baju untuk kau nanti.Nanti kau suruh housemate kau make up kan kau.Kasi cantik sikit."Dress yang boleh tahan cantik yang berbalut dengan plastik tu dihulurkan kepada aku.

Erm cantik dress ni.Warna pastel krim.Corak bunga dengan manik kat hujung lengan.So simple but nice.Mujurlah Izyan tau taste aku.Kalau dibelikan yang menyerlah nak mampus,aku rela pakai kain batik lagi pergi majlis tu.

"Erm yela.Kau bertolak ke kampung kau petang ni ke ??"aku tanya setelah dua-dua masuk ke dalam perut kereta.

"Haah!Kau hantar aku kat rumah.Aku naik siapkan diri then aku bertolak lah,"terang Izyan.Aku pulak dengar sambik duk drive kereta.

"Sya.Nanti kat sana kau jaga Farhan tu baik-baik tau.Kau tengok sikit mata dia tu.Nanti dia tenung anak dara orang lain,kau cucuk aje mata dia tu,"dah datang dah mood possessive dia.Haha..

"Ye.Ala..kau takyah bimbang lah.Bukannya kau tak tau yang kau tu je lah cinta dia sehidup semati tau.Kalau dia berani nak try awek lain,aku rodok aje dia dengan garfu nanti.Tak susah pun",habis aje cakap terus ditamparnya lengan aku.Perit weii..Dah lah jari dia tu panjang.

"Kau jangan lah rodok dia pulak.Menjanda lah aku nanti."aku buat muka.

"Eleh..Syaiton la kau ni.Yang kau suruh aku cucuk mata dia boleh pulak.Tak ke buta hubby kau tu!"balas aku.Minah ni.Ada aku cempuk nanti kan.Ada je perangai dia ni.

Izyan tersengih.

Eii.Sama je perangai dia dengan Farhan ni.Cepat-cepat lah kahwin guys!!

Sampai aje kat rumah dia mula la sesi berpelukan dan berlaga pipi.Padahal dua hari je pun berpisah.Tapi takpe la kan.Eratkan hubungan.

Selepas tamat je sesi aku hai dia bye ,aku drive ke rumah.Jam pun dah pukul 7.Ala.sejam je lagi aku nak siap ni.

Farhan whatsapp aku tadi cakap nak ambik aku pukul 8:30 malam ni.Ni namanya kena main game rushing la ni.

Selesai sahaja mandi,aku sarungkan dress tersebut ke tubuh aku.

Keluar bilik,Effa dan Atin aku cari.

"Bidadari ku yang tersayang,tolong make upkan i sekejap boleh?I nak kena cepat ni and tau-tau je la kan.Kalau i make up nanti,muka manusia boleh jadi muka kambing.Tolong ye!"

Kedua-dua tapak tangan aku lekapkan tanda merayu.

Atin dan Effa pun.Macam biasa lah.Sorang duk guling atas lantai dan yang sorang lagi atas sofa.

Buat apa??

Layan drama laa..Takleh aku nak join sekali.Farhan la ni. Erghhh!!!

"Eleh.Tengok tu Atin.Kalau nak mintak tolong dengan kita,laju je mulut dia panggil kita bidadari.Kalau tak,heh..
syaiton lah yang dipanggil kita ni kan?"Effa si mata bulat ni duk sondol bahu Atin yang kurus tu.

Kan dislocate Atin punya bahu tu,aku tak tau.

Atin pulak.Ceh minah ni !Buat muka kat aku.Ingat lawa la tu.

Harap aku desperate je.Kalau tak memang kena la dua orang perempuan ni.

"Jam di dinding terus berdetak aaaa.Kakiku juga terus berjalan aaaa.

Tapi mengapa kau tak lepaskan tatapan mu dari diriku uuuu,"aku menyanyi lagu AJ tu bila manusia ni habis-habis duk pandang aku.Tangan pulak di silangkan di dada.

Nak suruh aku begging gila-gila la tu.

"Ok Ok.Nanti aku tak panggil dah syaiton kat korang berdua k.Please!!Aku nak kena cepat ni.Nanti Farhan nak datang amik aku.Aku ada setengah jam lagi nak kena siap ni.Kau bukannya tak tau macam mana mamat tu kalau dah berleter.Aku tak sanggup nak dengar weii.."aku dah merayu dah tu.

Kedua-dua tangan aku dekatkan di dahi.Tanda terlalu desperate.

Aku taknak Farhan tu buka mulut peluru berpandu dia tu.

Tak nak wei.Tak nak.Seksa jiwa dan raga aku nanti.

Dengar aje aku sebut nama Farhan dengan berleternya,laju aje minah dua ekor ni bangun dah berlari anak ke bilik.

Tak lama lepas tu,kat tangan diaorang dipegangnya alat-alat make up.

Bahaya kan kuasa Farhan.

Sampai macam tu sekali wei.Atin dan Effa pun boleh faham macam mana seksanya tu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bunyi hon kereta yang bingit tu mengejutkan aku bertiga.Terlepas remote control dari tangan Atin.Effa yang minum pulak tersedak.

Aku?

Tercampak habis dah heels berwarna merah yang aku pegang tu.Mulut pulak.Tak usah dicakap la.Mencarut habis.

Effa aku nampak duk usap dada dia.Atin maintain cool.Hahahaha😂😂😂

Kurang ajar la si Farhan ni.Aku backhand kan..

Usai mintak diri dengan Atin dan Effa,bergegas aku berlari anak ke kereta Farhan.Farhan pulak elok aje duk bersandar kat kereta Honda City milik dia tu.

Dengan kemeja warna biru gelap.Simple je mamat ni tapi boleh tahan hensem.Bangga lah Izyan bila tengok ni.

Semakin aku dekat dengan dia,semakin jelas aku nampak sengihan kotor dia tu.

Makhluk ni.Nak caci aku la tu.

"Wow!Bravo!Tak tau pulak aku ada kawan secantik katak ni."tangan dia ditepuk depan muka aku.

Katak?

Haiwan yang aku paling tak suka tu ??

Aku tarik balik pujian aku tadi.Kurang ajar Farhan si iguana ni.Bencinya akuu!!

Kaki diangkat dan ya,kaki dia jadi mangsa heels aku.Padan muka.Mulut tu aku cili banyak-banyak kann..

Farhan mengaduh kesakitan sambil tergelak halus.

"Kau ni kan.Aku dah setuju nak teman kau pun dah cukup baik tau.Ni..ada ke patut samakan aku dengan katak.At least bagilah kucing ke ,hamster ke ,sekurang-kurangnya tak la rasa sedih sangat."aku mengadu.Mulut dijuihkan.

"Hahahhaha..Aku gurau aje lah.Takkan aku nak samakan kawan baik aku ni dengan katak kan walaupun kau tu adik beradik mereka.Hahaha.."kurang asam la mamat ni.

Aku jeling.

"Maksud aku.Malam ni kau nampak cantik gila.Tu..macam Cinderella nak jumpa dengan puteranya.Adakah putera itu bakal berada di majlis itu nanti?"kening diangkat.Senyum senget.

Malas la aku layan mamat ni.Kan aku cabut heels ni pukul kepala tu kan.Baru dia tau siapa katak siapa iguana.Geram aku.

Pintu kereta dibuka.Kedua-dua masuk ke dalam perut kereta.

On the way,macam-macam lagu aku dan Farhan ni menyanyi.Tak ingat dunia dah.

"Han,nanti kat majlis tu kau jangan tinggalkan aku sorang-sorang tau.Aku tak kenal sape-sape pun kat sana,"nyanyian lagu we dont talk anymore dari Farhan terhenti.Dipandang muka aku dan anggukan dibalas olehnya.

Aku lega.Mampus lah aku kalau dia tinggal aku sorang-sorang.Dah lah takde geng.

CRUSHWhere stories live. Discover now