Bab 2 : Danial Si Pembuli

1.9K 146 11
                                    

Bab 2 : Danial Si Pembuli

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bab 2 : Danial Si Pembuli


"Kau betul ke nak tukar kelas?" tanya Atira, tidak percaya melihat Balqis mengisi borang permohonan pertukaran kelas.

Keputusan yang Balqis buat memang gila. Orang lain sibuk nak rebut kelas aliran Sains Tulen, tapi dia nak keluar dari kelas itu. Guru-guru pun suruh dia berfikir semasak-masaknya. Balqis memang dah lama buat keputusan itu. Dia tak pernah minat belajar sains. Sebolehnya dia tidak mahu pun belajar. Tapi subjek itu sudah menjadi satu keutamaan buat semua orang.

"Aku sangat pasti dengan keputusan aku."

"Seriously? Kau ingat kau boleh survive duduk kelas bawah ha? Dalam sekolah kita ni, kelas paling 'selamat' adalah lima kelas pertama. Lepas lima kelas tu, semua pelajar bermasalah. Kau nak belajar account, kelas account yang pertama tu dah sah-sahlah penuh, kena masuk yang kedua. Kalau yang kedua pun penuh? Nasib kaulah!" Shaza bersuara.

Balqis memandang Shaza tak puas hati. Ini masa depannya, siapa kisah mahu masuk kelas mana sekalipun? Asalkan dapat belajar ilmu, dan dapat duduki Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun hadapan. Duduk kelas pertama tapi tak minat, tak ada guna juga!

"Kau cakaplah apa pun. Aku malas nak dengar. Aku nak pergi hantar dekat bilik kaunseling. Nak ikut ke tak?"

"Nak! nak!" sahut Atira laju. Dia ni pengawas tapi kaki rayau juga. Suka cari alasan hal pengawas supaya dapat keluar merayau. Merayau pun sekadar di blok kelas pandai jelaa... blok kelas selepas lima kelas itu ada di blok C.

Kalau diberi arahan pergi ke sana untuk jaga kelas pun, tak ada seorang pun pengawas yang pergi. Lebih rela mereka masuk kelas sendiri dari pergi sana.

"Aku ikut je." Shaza bangun dari kerusi.

Mereka bertiga berjalan ke bilik kaunseling. Yang ada hajat seorang saja, tapi pergi sampai bertiga. Ish ish...

Tiba-tiba...

"Bagi aku duit kau!" Kedengaran suara seorang pelajar lelaki di laluan itu.

Balqis yang mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi menjenguk. Atira cuba menghalang Balqis dari masuk campur.

"Sa... saya takde duit, bang."

"Oh, tak nak bagi?" Pelajar lain senyum sinis.

"Kerjakan dia." Pelajar lain memberi arahan. Ada dua orang pelajar lelaki. Yang memberi arahan itu mungkin ketua mereka.

Belum sempat Balqis ingin melihat lebih lagi, Atira dan Shaza menarik lengannya, beredar dari tempat itu. "Budak tu kena belasah, kau boleh biarkan je?"

"Biar sajalah. Bukan ada kaitan dengan kita pun," jawab Shaza.

Kening sebelah Balqis terjungkit. "Tak ada kaitan? Kita ni pengawas, sepatutnya menolong cikgu tangani masalah disiplin, bukan tengok saja."

TIH : Gifted PrinceWhere stories live. Discover now