Bab 15 : Sabar itukan sebahagian daripada iman?
Balqis menuruni anak tangga dengan laju. Dia mencari kelibat abang sepupunya yang tinggal bersama di rumah itu. Kepala yang tiba-tiba rasa gatal itu digaru. Mana pulak abang ni?
Nek Zah yang sedang menyapu laman rumah ditegur, "Nek, ada nampak abang tak?"
"Dia keluar ke kelas. Katanya kelas hari ini habis petang."
"Bukan dia tak ada kelas ke harini?" soal Balqis pelik. Dia baru saja niat ingin mengajak abangnya ke bandar untuk menonton wayang. Tambahan pula dia sudah habis peperiksaan, dia ingin meluangkan masa dengan abangnya. Lagipun, bukankah sudah masuk cuti pertengahan tahun?
Takkan mahu duduk rumah saja sepanjang dua minggu bercuti?
"Katanya dia baru dapat tahu daripada kawannya pagi tadi. Pukul 10 tadi dia terus keluar. Dia cuma pesan pada kamu, dia pulang petang nanti."
Wajah Balqis jelas kecewa. Sudahlah batang hidung abangnya itu susah mahu nampak, ini sudah ada peluang, hancur binasa disebabkan pemberitahuan yang lambat. "Tak apalah, Nek Zah. Qis nak keluar kejap."
"Jangan balik lewat sangat. Marah mama kamu nanti."
Balqis angguk. Langkah kaki dibawa keluar pagar. Dia berjalan ke pekan kecil. Terasa ingin datang ke perpustakaan awam. Tak pernah-pernah dia berniat ingin ke situ. Pernah sekali pun sebab mahu mencari maklumat untuk folio. Dia lebih gemar ke perpustakaan sekolah yang lebih dekat dengan rumahnya.
Masuk ke perpustakaan itu, Balqis memesan air coklat panas. Kemudian, dia mendekati rak novel-novel cinta. Dia baca novel She's My Senior karya Fimirae. Baru beberapa muka surat dia sudah tenggelam dalam dunia imaginasi novel.
Hazim yang duduk berdekatan dengan meja yang diduduki Balqis hanya menggeleng kecil. Dia amat mengerti anak gadis zaman sekarang lebih gemar membaca novel cinta khayalan yang indah. Kemudian berimaginasi dia dan crushnya menjadi hero dan heroin dalam novel tersebut. Paling tidak pun membayangkan heronya kacak belaka sampai terjatuh hati dengan perwatakan mereka.
Sedarlah, hidup ini tak seindah novel. Jangan terlalu leka, bimbang diri ini lebih jauh daripada Yang Maha Esa.
✖⭐⭐⭐✖
"Balqis kau dah baca buku baru Syamnuriezmil? Tajuknya Manuskrip Cinta. Best cerita tu! Sweet!" Edrina si kaki novel bersuara.
Balqis menggeleng kepala. "Macam mana ceritanya?"
"Ceritanya, seorang penulis novel ni ketandusan idea menulis cerita. Editor dia suruh edit balik cerita yang dia dah buat tu sebab tak nampak real. Editor dia suruh dia pergi bercinta..."
"Lepas tu, jumpa seorang lelaki yang kawan dia suggest, then pergi dating, berkenal-kenalan bagai, lepas tu suka sama suka. Datang pula seorang perempuan jealous dengan diorang ni. Perangkap pulak diorang, penulis tu bersedih membawa hati yang luka. Aisy, klise sungguh!" Wafiq menyampuk.
"Entah pun!" Ridzwan menyokong.
Ish, sahabat sejati betul diaorang berdua ni!
Edrina menjeling tajam kedua-dua orang lelaki itu.
"Okay semua, senyap!" Cikgu Hakimi masuk dan menyuruh seisi kelas yang riuh macam dekat pasar itu senyap.
Hazim bangun ingin memberi salam tapi dihalang oleh Cikgu Hakimi. "Tak apa, hari ni saya nak berikan kertas soalan kamu semua."
YOU ARE READING
TIH : Gifted Prince
Novela JuvenilPublished : 21/08/17 Completed : 29/12/17 Previously known : TIH : Hazim Hakimi Hazim, asalnya seorang budak baru yang tidak pernah menjawab kertas soalan peperiksaan yang dihadapinya. Ujian besar pun hanya dijawab ala kadar. Tidak pernah beri tumpu...