Bab 17 : Persahabatan
Hazim pelik melihat Fauzan berbual-bual dengan Cikgu Hakimi pagi itu. Apa pulak lelaki yang selalu ke masjid itu datang ke situ? Bukannya dia ada kaitan pun dengan sekolah ni melainkan kerana adik saudara yang dikatakan bersekolah di sini.
Bahunya serta-merta ditepuk dari belakang. Hazim menoleh. Dia merengus apabila mendapat tahu manusia yang menepuk bahunya itu.
Siapa lagi kalau bukan Qaiser?
"Kau nak apa? Nak kata aku penceroboh ke?" Hazim sudah muak dengan perkataan tu. Dari awal dia masuk ke perkarangan sekolah, perkataan itu saja yang dia dengar. Tambah-tambah lagi satu sekolah sudah tahu kedudukannya dalam tingkatan.
Mereka asyik mengatakan dia tidak layak meraih kedudukan itu. Kerana itu, dia lebih suka berdiam diri dan biarkan dirinya tidak cemerlang dalam peperiksaan.
Walau bagaimanapun, dia sudah pun berjanji dengan Tok Hakim bahawa dia tidak akan buat dirinya dibuang sekolah dan kekal bersekolah sampai tamat tingkatan 5.
Dan dia lelaki yang memegang janjinya.
Qaiser menggeleng. "Berapa lama dah aku kenal kau? Walaupun kita dah lama tak jumpa, tapi aku tau kau takkan buat perkara begitu. Kau raih tempat pertama tu dengan usaha kau, dengan kelebihan yang kau ada bukan dengan cara main tipu macam tu. Buat apa kau meniru bila kau dah ada kelebihan IQ yang tinggi?"
Hazim diam saja. Tidak mahu pedulikan kata-kata Qaiser yang ada benarnya itu.
"Aku cuma nak tanya kau join ke sukantara petang esok? Kau rumah putih kan? Kita sama."
Hazim diam berfikir. Dia sudah pun janji untuk penuhkan pingat di rumah dengan pingatnya walaupun Cikgu Hakim sudah meraih lebih banyak pingat. Patutkah dia pergi?
Muzik berbunyi yang memberi petunjuk pada murid-murid untuk beratur di tapak perhimpunan. Setelah lima minit berlalu, semua murid sudah sedia duduk dalam barisan kelas masing-masing.
Perhimpunan tak rasmi berjalan seperti biasa sehinggalah sampai ke penamat. Semua murid kembali ke kelas kecuali pasukan rumah sukan putih, hitam dan biru yang diminta untuk tunggu.
Seperti biasa guru rumah sukan memberi semangat kepada murid-murid untuk menyertai acara pada hari sukan. Selepas semua murid bersurai, Hazim dipanggil oleh Cikgu Farah.
"Hazim, saya nak minta maaf."
Pelajar lelaki itu mengerutkan kening. Dah kenapa pulak cikgu ni? Takkan kes semalam tu kut?
"Saya tak dapat benarkan kamu sertai mana-mana acara rumah sukan."
Hazim terkejut. Dia baru saja bercadang ingin datang untuk sertai petang esok.
"Ini atas arahan pengetua. Saya tak boleh nak cakap apa. Dia kata sama ada awak betul ceroboh bilik peperiksaan atau tidak, sama ada awak curi skema jawapan atau tidak, awak tetap tidak dibenarkan. Saya betul-betul minta maaf. Kalau boleh memang saya nak awak sertai lepas saya nampak potensi awak dalam road run haritu."
YOU ARE READING
TIH : Gifted Prince
Teen FictionPublished : 21/08/17 Completed : 29/12/17 Previously known : TIH : Hazim Hakimi Hazim, asalnya seorang budak baru yang tidak pernah menjawab kertas soalan peperiksaan yang dihadapinya. Ujian besar pun hanya dijawab ala kadar. Tidak pernah beri tumpu...