Bab 9 : Kawan Baru
Cikgu Hakimi memandang rumah teres yang sudah lama tidak dikunjung itu. Rumah itu adalah rumah yang tempat tinggalnya sejak kehilangan arwah ibunya. Rumah itu tempat abah membesarkan dia. Rumah itu, rumah yang menjadi saksi dia meninggalkan abah untuk melanjutkan pelajaran.
Rumah abah.
Tubir matanya sudah mulai sarat dengan air mata. "Abah."
"Abah!" panggil Cikgu Hakimi.
Sungguh dia rindukan bapanya. Hampir 17 tahun dia tidak bertemu dengan insan yang amat disayanginya itu.
"Argh!" Dia mengerang sakit. Kepalanya mulai rasa berdenyut-denyut. Aduh, kenapa waktu ini juga kau mahu menyerang?
Cikgu Hakimi baru saja teringat bahawa dia tidak makan ubat tadi. Dia duduk mencangkung di hadapan rumah itu. Suara digagahkan memberi salam.
"Assalamualaikum, abah!"
Namun masih tiada sahutan. Dengan rasa sakit dan pelik, Cikgu Hakimi cuba untuk bersabar. Mungkin abah sudah mula ada masalah pendengaran. Itu yang tak berapa nak dengar panggilannya.
Cikgu Hakimi cuba untuk tunggu 30 minit lagi. Tapi tidak sampai 10 minit, dia berdiri. Sakit kepala semakin teruk menyerang. Dia takut tidak mampu bertahan. Boleh pitam juga dia di situ. Dia mengambil gambar bahagian depan rumah. Bukan boleh percaya sangat ingatannya yang kejap tenggelam timbul itu. Dia mengambil keputusan untuk pulang ke rumah.
Sampai saja di rumah, Cikgu Hakimi terus makan ubat mengikut preskripsi yang diberikan oleh doktor. Ubat itu ditelan laju. Air masak diteguk rakus. Dahi dipicit dengan sebelah tangan. Perlahan-lahan dia merebahkan diri di atas katil. Dia melelapkan mata.
⭐✖✖✖⭐
"Weh, aku nampak ada budak baru tadi. Hensem!" beritahu Irdina teruja. Kalau bab lelaki, memang dialah nombor satu. Playgirl terkenal, tapi hampir semua lelaki buat tidak endah dengan gelaran itu. Relakan saja jadi 'teman' Irdina.
Bukan teman 'tu'. Tapi... teman shopping, teman belajar, teman bila bosan dan banyak lagi. Dan lelaki-lelaki yang menjadi mangsa itu sudah semestinya yang kacak membunuh kalah pelakon Malaysia. Mungkin setaraf pelakon Korea ataupun Hollywood.
"Kau ni, tak habis-habis dengan lelaki. Ingatkan haritu kena reject dah insaf," kutuk Arisya, kawan baik Irdina. Dia pun kadang-kadang tak tahan dengan sikap playgirl Irdina.
Tapi nak buat macam mana. Nasihat, kutukannya cumalah masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Agaknya kena sumbat telinga kiri dengan sesuatu, baru dia tak keluar kut.
"Ish, kau ni. Senyaplah!" Satu yang Irdina tak suka ialah mengungkit hal lelaki yang menolak permintaannya. Yalah, dia kan mana pernah kena reject.
YOU ARE READING
TIH : Gifted Prince
Teen FictionPublished : 21/08/17 Completed : 29/12/17 Previously known : TIH : Hazim Hakimi Hazim, asalnya seorang budak baru yang tidak pernah menjawab kertas soalan peperiksaan yang dihadapinya. Ujian besar pun hanya dijawab ala kadar. Tidak pernah beri tumpu...