Bab 20 : Biasiswa

1.4K 126 13
                                    

Bab 20 : Biasiswa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bab 20 : Biasiswa







Acara larian pass baton (?) akan bermula sebentar lagi. Hazim turut serta dalam acara itu bersama dengan Qaiser dan dua orang lagi wakil dari tingkatan lima.

Hazim duduk di bawah khemah peserta. Rasa muak dengan Rafael tak habis-habis menggelarkan dirinya hebat. Dia hanya menggeleng.

Bila kau nak sedar, kelebihan kau tu Allah yang kurniakan?

Dia menghela nafas perlahan. Tiba giliran peserta pusingan pertama. Qaiser bangun diikuti Hazim dan peserta yang lain. Adam, salah seorang peserta rumah putih menepuk bahu Qaiser. "Good luck!"

Qaiser angguk tanda terima kasih. Enam orang peserta masuk ke trek larian. Dalam diam, Hazim berzikir cuba mencari semangat untuk berlari sebentar lagi. Dia mengambil pusingan terakhir seperti yang diarahkan Cikgu Hakimi. Tambahan pula, Rafael turut mengambil pusingan terakhir, dia hanya mampu berdoa agar mindanya tidak terganggu dengan hinaan Rafael.

Bunyi tembakan dilepaskan, peserta pusingan pertama mula berlari. Kebanyakan pelajar yang menjadi penonton bersorak memberi semangat. Kelihatan Qaiser mendahului tempat pertama. Adam, peserta pusingan kedua bersiap sedia di garisan permulaan apabila peserta pusingan pertama sudah berlari hampir separuh pusingan.

Tiba giliran Hazim dan peserta lain yang mewakili untuk pusingan terakhir. Semangatnya semakin marak. Dia yakin dia boleh menamatkan larian dan tidak ingin memberi peluang buat Rafael.

Maaf, Rafael. Tiada peluang kedua bagi kau. Kau perlu sedar tak semestinya kita mampu berdiri selamanya, adakalanya kita perlu jatuh untuk merasai kepahitan hidup yang akhirnya akan membawa kemanisan dalam hidup kita.

Hazim bersedia menerima baton daripada Lim, peserta pusingan ketiga. Peserta lain sudah mara ke hadapan memandangkan Lim tidak mampu berlari laju. Tetapi itu tidak mematahkan semangatnya.

Dapat saja baton, Hazim lari sepantas mungkin. Daripada mendapat tempat terakhir dia maju ke hadapan memotong lima peserta yang lain. Situasi itu mengundang perasaan terkejut pada penonton termasuk pengetua dan Umar Al-Fateh. Tetamu jemputan itu tersenyum penuh makna.

Guru yang mengira masa terkejut sebaik sahaja Hazim sampai ke garisan penamat. "Hazim sudah pecah rekod baru!" dia memaklumkan pada guru lain yang tertanya-tanya.

Hazim terus rebah ke atas trek larian. Qaiser, Cikgu Hakimi, Qayyum dan beberapa orang dari rumah Putih datang ke arah Hazim. "Nombor berapa?" Tanya Hazim. Nampak sangat dia terlalu fokus ingin sampai ke garisan penamat tanpa menghiraukan dia telah mendahului peserta lain.

"First, bro!" Qaiser jawab. Dia menghulurkan tangan dan disambut oleh kawan sepermainannya. Dia membantu Hazim berdiri. Cikgu Hakimi menghulurkan sebotol air mineral.

Ramai pelajar mengucapkan tahniah pada Hazim sehingga dia dapat duduk di atas kerusi stadium.

"Aku dengar cikgu Rozi kata kau dah pecah rekod atlet sebelum ni," beritahu Suraya.

TIH : Gifted PrinceWhere stories live. Discover now