Bab 16 : "Sejahat-jahat saya, saya takkan curi skema jawapan atau meniru."

1.4K 114 2
                                    

Bab 16 : "Sejahat-jahat saya, saya takkan curi skema jawapan atau meniru

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bab 16 : "Sejahat-jahat saya, saya takkan curi skema jawapan atau meniru."







Keputusan peperiksaan sudah pun keluar. Elman melihat nombor kedudukannya di dalam kelas dan tingkatan pada kertas yang tertera keputusan peperiksaan.

Kedudukan dalam kelas : 7/24
Kedudukan dalam tingkatan : 15/178

"Man, kau dapat nombor berapa?" Yusry bertanya.

Elman senyum. "Tujuh. Kau?"

"Uishh... hebat kau! Aku dapat 10."

"Okaylaa tu! Nombor satu mesti Faiz kan?" Elman memandang Faiz. Keningnya berkerut. Faiz kelihatan murung dan tidak ceria seperti selalu.

"Faiz? Asal?"

Faiz angkat wajahnya. Dia geleng. Baru saja hendak simpan keputusan peperiksaannya, Shaza merampas.

Terbuntang matanya. Beberapa orang pelajar lain mengerumuni Shaza.

"Nombor 2 tingkatan? Siapa nombor satu?!" tanya Atira kepada rakan sekelas yang lain.

Masing-masing menggeleng tidak tahu.

Reena mengetuk kepala Atira. "Kalau dah Faiz dapat nombor satu dalam kelas tapi nombor dua dalam tingkatan, sah-sahlah budak kelas lain dapat nombor satu."

"Oh, begitu eh?" Atira bertanya lurus. Dia menerima jelingan daripada Shaza dan Reena.

"Entah-entah Si Balqis?"

"Boleh jadi juga!"

Kebetulan Balqis berjalan melintasi kelas 4 Mercury. Laju, Atira mendapatkan Balqis. Langsung tidak fikir mereka dulu bersahabat baik, tetapi terputus hubungan begitu saja selepas Balqis pindah ke kelas belakang.

"Balqis!"

Balqis menoleh. Keningnya terjungkit sebelah. Apa pulak minah ni nak? Bukan dia dah 'buang' aku ke?

"Kau dapat nombor berapa dalam tingkatan?"

"Kenapa sibuk nak tahu?" Balqis menyilang tangan di dada.

"Bagitahu jelah cepat. Faiz tak dapat nombor satu dalam tingkatan."

Balqis terkejut tetapi pandai mengawal riak wajahnya. Faiz bukan nombor satu dalam tingkatan? Habis siapa? "Bukan aku." Dia terus berlalu dari situ.

Atira membuat muka. Bengang kerana Balqis melayannya sebegitu.

Tak pernah dengar ke kata orang putih, 'what you give, you get back?'


✖⭐⭐⭐✖


Cikgu Farah terkejut mendengar khabar berita yang baru didengarinya. "Macam mana kamu tau? Kamu ada bukti?" Dia bertanya pada ketiga-tiga orang yang membawa khabar itu.

TIH : Gifted PrinceWhere stories live. Discover now