Things you didn't know

1.3K 87 30
                                    

Well, sebelum aku publish epilog cerita ni, ada benda yang kau orang tak tahu dan aku nak bagitahu. Macam fakta untuk cerita ni (lebih kurang).

❄ Cerita ni sebenarnya aku dapat idea selepas tengok drama School 2013. Aku suka friendship antara Go Nam Soon dengan Park Heung Soo (sorry kalau salah eja) Basically, persahabatan antara Hazim dengan Qaiser aku dapat dari dioranglah tapi situasi kenapa Hazim marah dekat Qaiser atas sebab yang sangat childish.😂

❄ Kepandaian Hazim diilham daripada drama Pinocchio. Choi Dal-Po kan seorang yang pandai? That's why, tapi sebenarnya aku tak ingat pun cerita tu time menulis😂 okay abaikan tu

❄ Selepas terfikir nak buat Cikgu Hakimi jadi ayah Hazim, aku nak buat ayah tiri Hazim tu jahat and buat Cikgu Hakimi tu sebenarnya kena tipu dengan ayah tiri Hazim. It's because ayah tiri Hazim suka mak Hazim. Tapi aku decide tak nak buat sebab nampak macam obviously cliche.

❄ Sepatutnya aku kena selitkan cerita Balqis, tapi aku terlalu syok tulis pasal Hazim sampai membuatkan Balqis menjadi watak sampingan. Maaf, manusia bernama Balqis (termasuklah diri ini😂)

❄ Danial dan dua orang kawannya cuma dijadikan seperti 'cermin diri' Hazim sebelum dia ditemukan dengan Tok Hakim.

❄ Hazim pernah menjadi seorang playboy dan tidak menjaga ikhtilat.

❄ Hazim memang minat membaca semua jenis genre buku dan tahu beberapa jenis bahasa lain tapi just basic.

❄ Fauzan aku dapat idea daripada buku Kerana Syurga Bukan Percuma tapi aku nak buat diorang macam kawan rapat and sebenarnya Fauzan ni agak gila-gila sikit.

❄ Nama Balqis diambil sempena nama kawan aku. Nama dia memang Norbalqis Qistina. Semuanya sebab dia nak dapat nama dia jadi watak utama (kalau tak silap). Tapi malangnya aku tanpa sengaja terabaikan watak dia😂

❄ Qayyum sepatutnya jadi kawan biasa, tapi macam dah buat dia jadi kawan rapat Hazim pulak.

❄ Cikgu Farah diinspirasikan daripada guru Bahasa Melayu merangkap mak angkat 2017 😂, Cikgu Zalifah. Oh, 2018 nanti pun dia still jadi. Tapi aku tak dapat buat watak Cikgu Farah segarang dia😂.

❄ Cerita ni diberi tajuk Peluang Kedua kerana ia seperti menceritakan tentang Hazim cuba memberi peluang kedua kepada dirinya untuk berubah dan juga orang sekelilingnya untuk membuktikan mereka takkan tinggalkan Hazim terkapai-kapai seorang diri lagi. Okay tu dah tau.

❄ Aku tak pernah terfikir nak satukan Balqis dengan Hazim. Maaf.😂  Even though Balqis suka dia.

❄ Semua cover Trust In Him dibuat oleh applelicious-. Thanks to her. Tapi suddenly aku terfikir nak tukar tajuk, sorry but still aku keep semua cover kau dalam cerita ni.

❄ Setiap poster yang pernah aku buat based on how sad Hazim bila dia seorang diri dan diterima dugaan satu demi satu.

❄ Coffee stall dekat perpustakaan tu idaman aku. Aku tak tahulah ada perpustakaan yang macam tu ke tak. Aku pernah pergi tiga aje. Dua kat Perak, satu dekat Selangor tak termasuk sekolah punya. Aku rasa macam best kalau dia buat coffee stall dekat dalam perpustakaan. Cuma adalah risikonya sebab kalau tumpah kena buku, habis kena ganti.

❄ Watak pendiam Hazim sedikit sebanyak mengingatkan aku pada satu-satunya adik aku, dia banyak diam dan tak ramai kawan dan juga pada ketua kelas aku. Dia pun ada dimples and boleh tahan ada rupa. Okay, aku jujur dia cute, tapi takdelah sampai tercrush dekat dia. Haha!

❄ Hazim kerja dekat restoran piza diilhamkan dari cerita Wattpad, The Pizza Girl. Pada awalnya aku nak buat dia kerja dekat Domino's atau Pizza Hut, tapi rasa macam unfair sebab ada sesetengah suka Pizza Hut, ada sesetengah suka Domino's, segelintir suka dua-dua. Jadi, nak elak dari perkara buruk berlaku, aku buatlah benda lain.

❄ The part Hazim jumpa Qaiser suddenly buat aku terfikir macam mana kalau tiba-tiba kita order piza. Orang delivery tu ex kita atau kawan kita? Kawan tu takde masalahlah, tapi akan jadi masalah juga kalau pergi sembang lama dekat pintu sebab dah lama tak jumpa kan. Kira cam jejak kasih gitu😂. Tapi kalau ex? Mahunya kita terus tutup pintu kuat, suruh orang lain ambilkan piza. Ataupun kalau takde orang kat rumah, cepat-cepat ambik dan tutup pintu. Pernah ke korang alami benda ni?😅

❄ Aku pernah terfikir nak buat Cikgu Farah end up dengan Cikgu Hakimi, tapi nampak cliche jugak so aku biar je.

❄ Aku pilih bola sepak sebab... ermm aku tak tahu.

❄Suraya sebenarnya aku ambil dari kawan aku, merangkap best friend Balqis tadi. Sebab dia ni jenis cakap main lepas, sesuailah kan?

❄ Johanna, Wafiq dan Ridzwan adalah watak yang dicipta secara tidak sengaja.

❄ Lagu Forgive Me (Maher Zain) dan Bebaskan (The Faith) secara tak sengaja masuk dalam cerita ni masa aku dengar tu tiba-tiba feel dan mencurah-curah idea.

❄ Pertandingan akademik tu aku sendiri tak tahu kenapa aku buat. Dan bila aku buat, baru aku sedar pertandingan itu sangatlah tidak sepatutnya diadakan. Jadi diharapkan jangan tiru idea ini bukan sebab aku punya tapi ia melibatkan perasaan orang lain juga.

❄ Buku ni secara tak sengaja aku tulis first POV dalam prolog. Aku nak tulis first POV cerita ni tapi sebab takut aku terlebih syok sendiri sampai lupa nak ceritakan watak lain, so nak selamat aku pun tulis third POV. Juga epilog, tapi aku tukar jadi third POV

❄ Ditargetkan cerita ini sebanyak 30 bab. Tak sangka cerita ni memang 30 bab (tak campur prolog dan epilog)

❄ Damian, pekerja kedai piza sepatutnya menjadi pembuli Hazim tapi aku tak cerita banyak pasal dia.

❄ Ashley, pekerja kedai piza sepatutnya menjadi obses pada Hazim tapi aku langsung lupa nak buat.

Okay tu je kut. In shaa Allah nanti aku publish epilog cerita ini. Terima kasih baca benda mengarut aku tulis ni.

TIH : Gifted PrinceWhere stories live. Discover now