Bab 24 : Bola Sepak
"Kau nak keluar?" Tanya Ilyas tidak percaya dengan kata-kata Yazid, ketua pasukan bola sepak itu.
Yazid mengangguk. Dia mengemas buku-buku di atas meja dan masuk ke dalam begnya. Loceng waktu pulang sudah pun berbunyi beberapa saat yang lalu. Guru waktu terakhir mengucapkan terima kasih dan beredar keluar dari kelas.
"Kau gila ke, Zid? Kau keluar, siapa nak jadi penyerang utama kita? Perlawanan kita tinggal seminggu dua saja lagi tau?"
"Kau carilah sesiapa yang kau nak. Aku tak gila, percubaan SPM dah nak dekat. Apa salahnya aku tarik diri untuk fokus?" Yazid menyandang begnya di bahu. Dia bersungguh-sungguh ingin keluar dari pasukan bola sepak sekolah.
Ilyas ketawa hambar. Dia berjalan di sisi Yazid dengan mimik muka tidak puas hati. "Selepas beberapa bulan, baru kau sedar? Awal-awal dulu aku nak keluar, kau tak bagi. Sekarang, boleh senang-senang kau keluar?"
Yazid mematikan langkah. Dia memandang wajah kawannya dari tingkatan satu itu. "Kau nak cakap apa, kau cakaplah. Keputusan aku muktamad. Imran pun kata dia nak keluar. Jadi, good luck cari orang baru." Dia terus berjalan meninggalkan Ilyas.
Ilyas mengetap bibir memandang Yazid. Dia mengeluh perlahan. Langkah kaki dibawa ke stadium tempat mereka berlatih.
Sehingga waktu sudah menjelang petang, wajah Imran dan Yazid langsung tidak nampak. Nampaknya, mereka memang tekad mahu tarik diri. Ilyas mendekati Cikgu Manaf sebaik sahaja namanya dipanggil oleh guru itu. "Imran dan Yazid keluar dari pasukan, cikgu."
"Cikgu tahu. Mereka dah bagitahu pagi tadi. Cikgu nak kamu carikan sepuluh orang budak tingkatan empat esok. Siapa yang berminat untuk pemilihan bola sepak, catat nama mereka dan suruh mereka datang petang esok atau petang hari seterusnya. Kalau boleh, cikgu mahu Hazim turut serta. Tapi jangan paksa sesiapa, biar mereka dengan rela mahu sertai."
Ilyas mengangguk. Dia pun ingin Hazim sertai pasukan bola sepak selepas melihat kehebatannya di atas padang. Dia beredar tetapi ditahan dengan satu arahan daripada guru separuh usia itu.
"Dan Ilyas, kamu ganti Yazid jadi ketua pasukan."
✖⭐✖⭐✖⭐✖
Cikgu mata pelajaran Sains meminta semua murid kelas 4 Pluto berdiri untuk memulakan kuiz.
"Apakah hormon yang dirembeskan oleh kelenjar pituitari?"
Laju Wafiq dan Ridzwan berebut mengangkat tangan.
Beberapa minit kemudian, masih ramai yang tak dapat menjawab soalan kuiz itu. Cikgu menyuruh mereka duduk.
Mereka pelajar kelas terakhir dan paling malas, mustahil semua boleh jawab soalan yang diberikan. Hazim tidak terkecuali. Dia langsung tidak menjawab soalan yang diberikan walaupun dia tahu semua jawapannya. Dia hanya menjawab dalam hati kerana tidak terasa ingin mengangkat tangan seperti orang desperate nak jawab soalan. Akhirnya dapat jugak duduk. Paling tak pun, kena denda saja.
Tak lama kemudian, dua orang pelajar tingkatan lima mengetuk pintu kelas. Hazim kenal dua orang itu. Tetapi dia cuma tahu Ilyas, seorang lagi dia pernah nampak berlatih main bola sepak tetapi tidak pernah tahu namanya.
Pelajar yang tidak diketahui nama itu masuk ke dalam kelas. Dia meminta izin guru lalu memandang semua pelajar di dalam kelas. "Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya nak buat pengumuman, pasukan bola sepak akan mengadakan pemilihan pemain saat akhir. Kami memberi peluang kepada 10 orang pelajar tingkatan empat yang hanya tinggal kekosongan lagi tiga orang. Kami cuma akan pilih dua orang saja. Kalau ada yang berminat boleh keluar bagi nama dekat Ilyas."
YOU ARE READING
TIH : Gifted Prince
Fiksi RemajaPublished : 21/08/17 Completed : 29/12/17 Previously known : TIH : Hazim Hakimi Hazim, asalnya seorang budak baru yang tidak pernah menjawab kertas soalan peperiksaan yang dihadapinya. Ujian besar pun hanya dijawab ala kadar. Tidak pernah beri tumpu...