Bab 5 : Ketua dan Penolong Kelas Baru

1.5K 131 17
                                    

Bab 5 : Ketua dan Penolong Kelas Baru

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bab 5 : Ketua dan Penolong Kelas Baru

Balqis jalan seorang diri ke kelas baharunya. Dia berjaya menukar kelas dari kelas yang pertama di hadapan ke kelas yang terakhir di belakang. Nak kata dia gila sebab tukar kelas?

Kisah apa?

Dalam perjalanan, kedengaran suara pelajar-pelajar berbual kosong di koridor. Ada satu topik yang menarik perhatian Balqis. Langkahnya diperlahankan supaya dapat mendengar dengan jelas apa yang mereka bicarakan. Matanya mengerling dua orang perempuan itu.

"Rugi betul kau tak datang road run haritu," kata seorang perempuan yang bertudung putih. Wajahnya tidak begitu cerah dan mempunyai dua tiga biji jerawat hinggap di muka tapi langsung tidak berkeinginan mahu tutup wajahnya menunjukkan dia seorang berkeyakinan tinggi serta tidak malu untuk menunjukkan dirinya.

"Apasal? Kau jumpa Ed Sheeran dekat tepi jalan ke?"

"Bukanlah, dalam mimpi jelah kalau nak jadi. Budak kelas terakhir yang pendiam gila tu, dapat tempat pertama dalam road run. Sebab dialah rumah Putih juara tahun ni."

"Siapa ni?" Kawannya yang mempunyai rambut hitam keperangan itu mengerutkan kening. Suaranya kedengaran seperti suara Moon dalam cerita animasi Ejen Ali.

"Entah. Aku pun tak tau nama dia. Dia pun jarang muncul. Bukan budak hot pun."

Balqis pula yang mengerutkan kening. Dia memang tidak tahu-menahu hal merentas desa itu kerana dia tidak hadir. Nak datang pun, tak boleh. Mama ajaknya pergi teman jumpa kawan.

Bukan best pun, last-last kena palau!

Sad life betul!

Tapi... siapa yang mereka katakan tu? Rafael ke? Takkan dia sebab kalau dia orangnya, pasti mereka kenal. Rafael tu, satu sekolah kenal dia memandangkan dia antara atlet terhebat sekolah.

"Balqis? Awak nak ke kelas 4 Pluto?" Cikgu Farah menegur menyedarkan Balqis bahawa dia masih lagi berjalan perlahan di tengah koridor.

Balqis angguk. Matanya tertancap pada buku-buku yang dibawa guru itu. "Cikgu nak saya tolong bawa?"

"Boleh juga." Cikgu Farah menghulurkan buku itu pada Balqis. "Saya pun nak ke kelas tu. Bolehlah kita pergi sama."

Balqis senyum. Dia hanya mengikut langkah guru muda itu. Sampai saja mereka di kelas 4 Pluto, hati Balqis terdetik. Ni kelas ke konsert?

Bising sungguh!

"Kelas!" jerit Cikgu Farah. Sudahlah suaranya tak begitu kuat. Nak kena jerit lagi.

Nasib cikgulah jadi guru kelas ni!

"Senyaplah wei!" Seorang pelajar mengarah rakan-rakannya diam. Dia kemudiannya membuat gaya tangan seolah-olah mengalu-alukan Cikgu Farah untuk bersuara.

"Duduk tempat masing-masing. Kita ada kawan baru, rasanya semua kenal kan?"

Balqis senyum. Tangannya melambai mesra. Dia cuba untuk tidak berasa terlalu janggal. "Hai!"

TIH : Gifted PrinceWhere stories live. Discover now