Bab 11 : Dibuang Sekolah
Hazim terjaga dari tidurnya yang lena. Dia pandang sekeliling bilik tidurnya. Dia gagahkan diri bangun dan keluar dari bilik. Terasa sunyi tidak berpenghuni. Pintu bilik Tok Hakim yang tertutup itu dikuak sikit. Tiada orang di dalam.
Semalam lepas dia memberitahu segalanya tentang Tok Hakim kepada Cikgu Hakimi, Cikgu Hakimi meminta izin ingin bermalam di rumah itu. Hazim hanya benarkan. Tambahan pula, Cikgu Hakimi pemilik sebenar rumah itu, sedangkan Hazim cuma sekadar menumpang.
Hazim masuk ke biliknya semula. Dia mengambil telefonnya di meja belajar yang macam tak pernah guna itu. Iyalah, dia cuma guna telefon itu untuk dengar lagu saja. Jarang sekali dia ingin menerima mesej atau panggilan dari orang lain. Selalu pun mesej dari Digi saja yang memberitahu bila tarikh luput kreditnya. Tapi kali ini dia dapati dia menerima satu mesej dari Cikgu Hakimi mengatakan lelaki itu pulang ke rumah dulu untuk bersiap ke sekolah. Hazim meletak kembali telefonnya. Dia mencapai tuala dan masuk ke dalam bilik air.
Usai membersihkan diri dan berpakaian, Hazim masuk ke dapur. Roti Gardenia diambil lalu dibuka plastiknya. Dia mengeluarkan empat keping roti. Dua keping dimasukkan ke dalam pembakar roti. Usai membakar keempat-empat keping roti itu, dia menyapu marjerin di atas permukaan roti. Satu demi satu keping roti disumbat ke dalam mulut, digigit, dikunyah dan ditelan masuk ke perut. Jam tangan lusuh jenama Casio itu dipakai pada pergelangan tangan.
Habis tu, nak pakai kat mana lagi kan?
Kasut sukan jenama Nike yang dibeli di pasar malam itu disarung setelah mengambil beg sandang. Dia mengunci pintu rumah dan berjalan kaki ke sekolah.
✖⭐⭐⭐✖
Hazim dipanggil masuk ke bilik guru penolong kanan pentadbiran. Dia mengetuk pintu bilik itu. Takkan mahu terjah masuk kan? Hatinya tertanya-tanya, apakah tujuan guru itu memanggil namanya?
Dengar saja kata izin dari guru itu, dia pun masuk. Di dalam bilik itu, bukan hanya guru penolong kanan pentadbiran seorang, malah ada pengetua dan Cikgu Farah.
"Assalamualaikum, cikgu." Hazim memberi salam.
"Waalaikumussalam."
Pengetua perempuan itu bertanya sebelum yang lain bersuara, "kamu tahu kenapa kamu dipanggil?"
Hazim hanya geleng. Matanya memandang guru-guru di hadapannya. Sudahlah semua perempuan, rasa janggal dia di dalam bilik itu.
"Melihatkan prestasi akademik kamu, kamu yang paling teruk sekali dalam sekolah ini. Jadi..."
Hazim diam mendengar kata-kata pengetua. Berani bukak mulut? Mau kena lempang sebiji nanti!
YOU ARE READING
TIH : Gifted Prince
Teen FictionPublished : 21/08/17 Completed : 29/12/17 Previously known : TIH : Hazim Hakimi Hazim, asalnya seorang budak baru yang tidak pernah menjawab kertas soalan peperiksaan yang dihadapinya. Ujian besar pun hanya dijawab ala kadar. Tidak pernah beri tumpu...