Bab 21 : Kelas Tambahan
Cikgu Farah masuk ke dalam kelas 4 Pluto yang riuh-rendah kalah haiwan dalam zoo. Tapi haiwan dalam zoo bukan bising sangat pun kan?
Hazim bangun dari kerusi mengarah kawan-kawan sekelasnya bangun sama. "Selamat pagi, cikgu!"
"Selamat pagi, semua," balas Cikgu Farah. Semua pelajar duduk seperti diarahkan. Kelas kembali bising seolah-olah guru wanita itu keliar semula dari kelas.
Hazim dan Qaiser memandang sesama sendiri apabila Cikgu Farah memilih untuk diam dan memerhati semua pelajar. "Kenapa dengan cikgu?" tanya Qaiser.
"Manalah aku tahu."
Sedang mereka asyik berbual kosong dan membuat bising, Hazim bersuara dengan lantang, "Hoi, senyaplah!"
Serentak mereka diam dan memandang Hazim. Terkejut tidak terkata mendengar suara Hazim yang kuat itu. Mungkin tidak menyangka lelaki itu boleh jadi segarang itu. Perhatian mereka beralih pula pada Cikgu Farah.
"Terima kasih, Hazim. Saya ingatkan kamu lebih suka berbual kosong dan berseronok. Iyalah, exam dah habis, sukan dah habis. Saya beri peluang pada kamu untuk bergembira. Kamu tahukan markah bm kamu?" tanya Cikgu Farah.
Senyap.
"Dalam ramai-ramai kamu ni, 20 orang pelajar. Tapi malangnya kurang daripada sepuluh orang dapat lulus. Awak tahu kan, subjek BM untuk SPM tahun depan wajib lulus?"
Wafiq angkat tangan teragak-agak. "Be...berapa orang yang lulus?"
"Enam orang sahaja. Yang 13 orang lagi? Ke laut!"
Suara tawa kedengaran.
"Awak fikir lawak ya? Ini bukan untuk saya tau? Untuk awak semua! Saya ingatkan exam Mac punya awak boleh buat, saya cuma perlu fokuskan 10 orang saja untuk dapatkan lulus. Tapi peperiksaan pertengahan tahun ni, sangat... sangat mengecewakan! Pengetua dah siap tanya kenapa teruk sangat. Saya tahu awak kelas belakang, saya tak nak expect banyak.
Awak semua tahu tak, awak pecah rekod markah paling teruk untuk BM? Awak tak faham apa saya ajar ke?"Masing-masing menunduk tidak berkata apa-apa.
"Sudahlah markah tatabahasa teruk, karangan pulak tak nak buat. Teruk sangat ke saya ajar, sampai awak tak boleh nak jawab karangan, sampai soalan tatabahasa pun jawab macam orang tak tahu Bahasa Melayu langsung?" Serak suara Cikgu Farah. Matanya sudah mula berair. Riak wajahnya tampak kecewa dan sedih.
Cikgu Farah menghela nafas perlahan. "Kalau saya buat kelas tambahan, boleh tak awak semua beri kerjasama dan datang setiap kelas tambahan yang saya adakan?"
Tiada yang menjawab. Sebaliknya memandang kiri dan kanan.
"Saya beri awak masa untuk berfikir dan minta kebenaran pada mak ayah kamu. Tak ada pengecualian. Saya keluar dulu."
Hazim ingin bangun untuk mengucapkan terima kasih, tetapi Cikgu Farah melarang. Guru itu keluar tanpa sebarang bicara.
"Kelas tambahan? Aduh, malasnya!"
"Aku ada tuisyenlah, cikgu fikir aku takde kerja lain ke nak buat?"
"Lagi lama duduk di sekolah? No way!"
Qayyum mencuit lengan Hazim yang termenung sejenak. "Kau tak nak cakap apa-apa ke kat diorang?"
Hazim memandang semua orang dalam kelas. Dia menghela nafas perlahan. Dia bangun dari kerusi dan keluar dari kelas.
"Eh, dia nak pergi mana pulak tu?" Tanya Qaiser.
Qayyum menjungkit bahu tidak tahu.
YOU ARE READING
TIH : Gifted Prince
Dla nastolatkówPublished : 21/08/17 Completed : 29/12/17 Previously known : TIH : Hazim Hakimi Hazim, asalnya seorang budak baru yang tidak pernah menjawab kertas soalan peperiksaan yang dihadapinya. Ujian besar pun hanya dijawab ala kadar. Tidak pernah beri tumpu...