Bab 19 : Sport is My Passion

1.5K 132 19
                                    

Happy holiday guys and I hope that you enjoy your holiday unlike me

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Happy holiday guys and I hope that you enjoy your holiday unlike me. Aku sumpah bosan cuti ni. Baru tak sampai dua hari kut😭.

'Ignore the drama queen please, and just read the story😂'-Qaiser

Heyyy!

Bab 19 : Sport is my passion

Hazim memandang pantulan dirinya pada cermin. Ya tau sejak kebelakangan ni dia asyik tengok cermin. Tapi apa salahnya mengagumi ciptaan Allah, kan?

Dia menghela nafas perlahan. Harini, hari sukan. Patutkah dia pergi?

Rambut yang sudah dipotong kemas itu diraupnya. Lama Hazim berdiri di hadapan cermin memilih keputusan.

Patut tak?

"Tapi kalau aku pergi pun, buat apa je?"

Boleh tolong cikgu?

"Lagi?"

Usyar awek?

Hazim menampar diri sendiri. Astaghfirullah... apa benda kau merepek ni?! Ingat Allah boleh tak?

Maaf, maaf!

"Argh, gila aku macam ni cakap sorang-sorang!"

"Hazim?"

Tersentak Hazim sampai kepalanya terhantuk pada almari. Dia menggosok kepalanya. "Ccc... cikgu buat apa kat sini?"

Cikgu Hakimi mengerutkan kening. "Buat apa lagi? Tunggu kamu lah nak pergi sekolah. Hari ni kan hari sukan. Kamu buat apa depan cermin dengan baju sukan pun tak pakai lagi?"

Hazim segan tiba-tiba. Baru dia sedar dia hanya memakai seluar trek. Kau tak rasa malu ke tak pakai baju depan cikgu? Tambahan pula cikgu itu tidak pernah masuk ke biliknya. "Err.. kena pergi ke?"

"Pergi lah. Kamu kan dah terbukti tak bersalah? Apa nak takut lagi?"

Hazim memang dah terbukti tidak bersalah oleh Cikgu Hakimi. Cikgu Hakimi menemui Fauzan yang pernah berbual dengan Hazim tentang itu. Malangnya pengetua masih tidak percaya, jadi diberinya kertas peperiksaan SPM tahun lalu dan menyuruh Hazim menyelesaikannya.

Cuba teka?

Hazim dapat markah penuh untuk tiga subjek yang dia perlu jawab. Add Math, Math dan juga Fizik.

Masih tak nak percaya lagi?

Hazim juga mengakui dia memiliki IQ yang tinggi dan pernah membaca buku lebih dari 10 buah dalam satu hari.

Bukan buku nipis, buku setebal kamus ya?

Dia juga pernah memenangi anugerah nilam dan memecah rekod bacaan waktu sekolah rendah. Ada seorang guru pengsan bila dapat tahu hal itu.

Hazim menggaru belakang leher tidak tahu apa mahu dia jawab.

"Cepat sikit siap dan makan. Ada nasi lemak cikgu beli tadi. Pukul 7 kita kena ada kat sana. Kamu kena tolong saya," kata Cikgu Hakimu sebelum keluar dari bilik Hazim.

TIH : Gifted PrinceWhere stories live. Discover now