Bab 7 : Unique Boy with Secrets
Hazim bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Dia perlu manfaatkan masa sebaiknya kerana sebentar lagi nanti dia perlu bekerja pula.
Niatnya ingin berehat sebentar di rumah sebelum berpenat lelah mencari rezeki. Siapa lagi yang boleh dia harapkan?
Tok Hakim, sudah lama tiada. Dia tiada ibu, tiada bapa. Dia hidup sendiri.
Kau yakin ke ibu ayah kau dah tiada?
Diamlah. Kau tak faham apa aku rasa. Jangan nak salahkan aku seratus peratus.
"Hazim!"
Monolog hati terhenti dengan sendiri. Hazim menoleh.
Kelihatan Balqis sedang menunggunya di muka pintu kelas. Bukan disuruh pun, tapi ada sebab gadis itu berbuat begitu. Saban hari dia cuba untuk memahami diri lelaki bernama Hazim ini tetapi tidaklah semudah yang disangka. Umpama lelaki itu membina tembok tinggi di sekelilingnya yang tiada sesiapa pun boleh tembus masuk ke dalam.
Perkara itu membuatkan Balqis ingin mendekati lelaki itu. Dia ingin tahu siapa Hazim sebenarnya. Di luaran, lelaki itu pendiam. Tapi apa yang Balqis lihat berdasarkan peristiwa kerusi patah dan soalan Add Maths tempoh hari membuatkan dia yakin, Hazim bukan lelaki biasa yang selalu dia jumpa.
Hazim seakan-akan menyembunyikan dirinya yang sebenar. Dia merengus perlahan. Budak ni tak reti-reti nak putus asa ke? Beg galas disandang malas pada bahu kanan. Langkah perlahan menuju ke muka pintu. Semua pelajar kelas 4 Pluto sudah beredar pulang ke rumah. Mungkin segelintir dari mereka menelaah di perpustakaan.
Ya lah, exam nak dekat kan?
"Kau nak apa?" Hazim tanya sambil mengunci pintu kelas.
"Kau kena ikut aku," arah gadis itu.
"Kenapa pulak? Aku nak baliklah!" Berkerut dahi Hazim menolak arahan Balqis. Dia siapa nak main arah-arah aku?
Balqis keluh perlahan. "Kalau kau tak nak ikut, aku bagitahu semua orang yang kau pe... aduh!" Dia mengerang sakit apabila Hazim selamba menarik rambutnya kuat.
"Sakitlah weh!"
"Tahu pun. Lain kali pakailah tudung, tak adalah orang sibuk tarik rambut kau sampai serabai terus!" Laju Hazim berkata. Sekaligus menyuruh Balqis memakai tudung.
Bukankah Allah sudah menyuruh semua umat Islam menutup aurat? Sudah terang lagi bersuluh dinyatakan dalam al-Quran. Apa lagi yang mahu dipersoalkan?
Balqis terdiam sejenak. Kata-kata itu tidaklah begitu menusuk hati cuma dia yang terkejut mendengar kata-kata itu keluar dari mulut 'Encik Tidak Suka Ambil Tahu Hal Orang.'
Panjangkan nama?
Tapi biasa Balqis panggil Hazim 'silent prince' disebabkan sifat pendiam lelaki itu. Tak pun sleeping prince.
YOU ARE READING
TIH : Gifted Prince
Novela JuvenilPublished : 21/08/17 Completed : 29/12/17 Previously known : TIH : Hazim Hakimi Hazim, asalnya seorang budak baru yang tidak pernah menjawab kertas soalan peperiksaan yang dihadapinya. Ujian besar pun hanya dijawab ala kadar. Tidak pernah beri tumpu...