Pertandingan diadakan berjalan dengan lancar. Kelas 4 Pluto memenangi tempat pertama dalam pertandingan bola sepak dan kedua dalam bola jaring. Hazim telah menerima anugerah pemain bola sepak terbaik. Pertandingan treasure hunt dimenangi oleh 4 Pluto di tempat ketiga. Hazim tak turut serta kerana ingin memberi peluang kepada kawan-kawannya yang lain untuk menunjukkan kehebatan mereka.
Untuk pertandingan mereka cipta, tiga orang lelaki dan dua orang perempuan iaitu, Qayyum, Ridzwan dan Wafiq serta Irdina dan Suraya. Mereka berjaya mencipta bangunan KLCC menggunakan bahan kitar semula dan memenangi tempat keempat.
Pertandingan melukis mural diadakan pada harini. Semua pelajar tingkatan 4 yang terlibat turun ke bawah. Guru-guru memberikan mereka dinding kosong untuk dirosakkan. Ermm... dilukis.
"Apa benda kita nak lukis ni?" Tanya Erfan. Dia garu kepala. Bab melukis bukanlah kepakarannya. Kalau lukis orang lidi tu pandailah juga.
Balqis mengeluarkan sehelai kertas dari dalam fail yang dibawa bersama tadi. "Nah! Ni je yang paling simple aku buat. Takut susah-susah nanti tak menjadi pulak."
Kertas itu diambil oleh Wafiq. Ridzwan menjenguk melihat lukisan pada kertas ni. "Aku tak rasa benda ni akan betul-betul jadi dekat dinding ni nanti," kata Ridzwan.
"At least kita try dari mengalah terus kan?" Qaiser bersuara.
Masing-masing mengambil alat untuk melukis kembali lukisan yang telah dilukis oleh Balqis sebaik yang mungkin. Usai itu, mereka mengecat dengan warna yang sesuai untuk menyerlahkan lukisan itu.
Bahagian kosong di sekeliling lukisan itu dicomotkan oleh Zack dan Asyraf dengan tapak tangan mereka yang telah diletak cat. Dari mereka berdua, habis semua pelajar kelas itu mengecap tangan masing-masing pada dinding. Di dalam tangan itu, mereka menulis nama masing-masing.
Balqis dan Suraya cuba sedaya upaya menulis 4 Pluto 2017 sebesar dan secantik mungkin. Ketika mereka menulis, beberapa orang guru datang melihat hasil karya mereka yang tidak begitu sempurna itu.
Cikgu Farah datang dengan tepukan gembira dan kagum melihat seni mereka walaupun tak secantik mana. "Cantik!"
"Tapi budak seni mesti lagi lawa punya kan cikgu?" Tanya Qayyum.
Cikgu Farah angguk tidak menafikan. "Memanglah. Tapi jangan bandingkan kamu dengan mereka. Kamu ni pun dah cuba sedaya kamu kan?"
Cikgu Hakimi turut datang melihat hasil seni mural mereka. Tanpa sempat dua orang guru itu beredar, Ridzwan dan Suraya menarik kedua-dua orang guru itu untuk mengecap tangan mereka pada ruang yang masih ada. Bukan saja mereka malah guru-guru yang mengajar mereka.
Hampir selesai lukisan mural, beberapa orang pelajar sudah mula bermain kejar-mengejar kerana tidak mahu dikotorkan dengan cat. Mereka diminta mengemas semua barang sebelum balik memandangkan sesi persekolahan sudah pun tamat.
Esok harinya, Cikgu Siti Raudhah mengumumkan pemenang bagi pertandingan mural dinding. Malang bagi pelajar 4 Pluto kerana tidak dapat memenangi pertandingan tersebut tetapi perasaan kecewa langsung tidak diendahkan kerana mereka telah mencipta keseronokan semasa melukis mural tersebut.
✖⭐✖⭐✖⭐✖
"Hazim? Boleh tak kalau kita buat study group? Aku tahu exam lebih kurang dua bulan lagi tapi apa salahnya kalau kita buat awal?" Ridzwan ragu-ragu ingin menyoal Hazim.
Wafiq menyampuk, "Haah betul jugak tu. Aku kena study tapi aku bukannya pandai sangat. Kalau kau boleh tolong ajar, okaylah jugak. Lagipun kan pertandingan akademik tu, cikgu kata akan dinilai melalui prestasi. Jadi tak semestinya siapa pandai, dia menang kan?"
YOU ARE READING
TIH : Gifted Prince
Teen FictionPublished : 21/08/17 Completed : 29/12/17 Previously known : TIH : Hazim Hakimi Hazim, asalnya seorang budak baru yang tidak pernah menjawab kertas soalan peperiksaan yang dihadapinya. Ujian besar pun hanya dijawab ala kadar. Tidak pernah beri tumpu...