"APA kau nak dari aku?" Jerit Anis bengang. Laju tangan Airil naik mencengkam kuat dagu Anis. Mata yang penuh dengan kemarahan itu dipandang tajam ke dalam mata Anis.
"Sebelum kau buat sesuatu, kau kena fikir akibatnya. Mungkin kau belum kenal aku tapi, kau dah tersilap orang. Airil Iskandar tak pernah kalah dengan perempuan! Hm, apa yang aku boleh buat pada kau eh? " ujar Airil sinis. Sengaja dia membuka butang baju kemejanya. Ditenung Anisa dari atas ke bawah.
"Lelaki yang dayus je berani sakiti perempuan macam ni. Lepaskan aku lah! Kalau kau berani apa-apakan aku, aku akan pastikan kau meringkuk dalam penjara!" jerit Anis geram.
Ditepis tangan Airil yang mencengkam kuat dagunya namun dia kalah. Kakinya yang terseliuh menyebabkan dia terjatuh. Nak bangun pun terasa sakit inikan pulak hendak berlari. Anis cuba menahan airmata daripada jatuh.
Airil mencengkam dagu Anis semakin kuat sehingga gadis itu menyeringai kesakitan. "Shhh... Jangan risau. Aku belum buat apa-apa lagi pada kau. Lagipun, kau bukan taste aku! Lain kali, cermin diri kau tu dulu sebelum nak fikir aku akan buat benda bodoh tu dengan kau! Disgusting!" bidas Airil. Dia pun berlalu pergi meninggalkan Anis yang menyeringai kesakitan. Terpampar senyuman kepuasan yang terserlah dapat menakutkan Anisa.
"Pergi matilah lagi bagus!" balas Anisa separuh menjerit namun jelas Airil tidak dapat mendengarnya kerana sudah jauh.
Anisa cuba bangkit namun dia kembali jatuh. Dikuatkan semangat, airmata diseka laju, Anisa cuba bangun semula. Dia berjalan terhincut-hincut dek kerana kakinya yang terseliuh. Airmata yang mengalir diusap laju. Entah dia menangis kerana apa. Kerana marah dengan Airil ataupun rasa sakit dikakinya yang mencucuk cucuk.
"ANIS tak datang ke? Pelik dia tak datang sekolah. Takkan tertidur kot? Sekejap aku call dia", ujar Tya kepada Najwa dan Zahira. Maklumlah pelajar paling tua di alam persekolahan jadi mereka diberi kebenaran untuk membawa telefon bimbit.
Tut tut tut
Seketika, panggilannya dijawab. Tya terlebih dahulu menyerang Anisa yang belum sempat menegurnya dahulu.
"Anis! Kau tak datang sekolah ke hari ini?" Tya terus bertanya laju. Najwa dan Zahira turut mendekatkan telinga mereka di telefon Tya ingin mendengar suara Anis juga.
"Haah. Hm, kaki aku terseliuh semalam masa nak balik." balas Anisa dengan nada biasa. Dipegang sekejap kakinya yang terasa sisa sakit.
"Terseliuh? Macam mana boleh jadi macam tu?" soal Tya lagi. Kali ini nadanya kendengaran cemas.
"Entah macam mana aku boleh tersilap langkah. Tu yang terseliuh. Sekarang dah okay sikit lepas pergi klinik" ujar Anisa cuba menyedapkan hati kawannya.
"Lain kali hati-hati tau!" bebel Tya persis seorang ibu. Memang tidak dapat dinafikan sikap keibuan yang terserlah dalam diri Tya.
"Hm baik bos! Hehehe" jawab Anis perlahan. Sengaja dicebikkan bibirnya tanda sedih apabila dimarahi. Panggilan dimatikan oleh Anis sebelum dia bersandar di katil miliknya.
Sekumpulan 4 orang plajar yang masuk ke kelas menarik perhatian semua pelajar perempuan di dalam kelas tersebut. Airil tersenyum kemenangan melihat Anisa yang tidak hadir ke sekolah. Dia ingat Airil Iskandar ni main-main? Tak ada sesiapa yang boleh sentuh aku!
![](https://img.wattpad.com/cover/123569369-288-k15181.jpg)
KAMU SEDANG MEMBACA
Jodoh Antara KITA ✔️
RomanceBeautiful cover from DE BEAUTY GRAPHIC by Aneesahlan. FATIHA, ANISA, NAJWA, ZAHIRA. Empat gadis yang ada saja karenah dan tingkah laku yang senang cerita kalau tiada mereka berempat, senyaplah kelas 6 Anggerik. Kehadiran 4 orang pelajar baru yang pa...