PAGI itu Zhafran dan Zahira datang awal ke sekolah. Mereka datang awal untuk memilih kawasan sekolah yang sesuai untuk mereka menjalankan party . Akhirnya lokasi tempat Ashraf dan Najwa tertangkap berdua-duaan haritu menjadi pilihan mereka.
Jam 7 pagi, Fatiha sampai di sekolah. Sebaik sahaja dia ingin melangkah masuk ke perkarangan sekolah, sebuah superbike berwarna hitam melintasinya. Imtiyaz yang sedang menunggang motosikal besar itu. Fatiha memerhatikan superbike itu diletakkan di dalam kawasan sekolah. Tanpa disedarinya, Zahira datang menerpa ke arahnya membuatkan Fatiha melatah.
"Wow handsomenya dia!" jerit Fatiha. Siapa yang tak terkejut kalau di kejutkan dengan cara begitu. Orang tengah syiok-syiok layan perasaan,dia mengganggu pula! Menyedari kesilapannya, laju tangannya naik menekup mulutnya sendiri.
Zahira memandang Fatiha pelik. Dia tergelak melihat muka Fatiha saat itu.
"Hahaha kau fikir apa hah tadi? Baik kau cakap dengan aku!" soal Zahira cuba mengorek rahsia sambil mengejar Fatiha yang cuba melarikan diri. Dapat dia sambar lengan Fatiha.
"Mana ada fikir apa-apa!" balas Fatiha tergagap-gagap. Dia membetulkan lipatan tudungnya.
"Eleh eleh!" perli Zahira sengaja ingin bergurau. Suka dia dapat mengenakan birthday girl.
Kelibat Imtiyaz Daniel yang melewati mereka dengan membawa helmet siap berjacket kulit hitam membuatkan Zahira tersenyum penuh makna.
"Oh, yang handsome tadi tu Iyaz? Kau mengintai anak teruna orang eh?" tuduh Zahira tidak semena-mena. Meskipun apa yang diujarkannya adalah benar, namun Fatiha segan untuk mengaku.
"Apa yang kau merepek ni? Malas aku nak layan!" balas Fatiha masih berdalih lantas dia mengatur langkah menuju ke kelasnya. Laju kakinya berjalan meninggalkan Zahira yang masih tersengih-sengih.
"Iyaz lah tu!" bebel Zahira sendiri.
SEMASA rehat, Imtiyaz mengajak Fatiha untuk menemaninya ke perpustakaan dengan alasan ingin meminta tolong Fatiha mencarikan sebuah buku rujukan buatnya padahal dia ingin mengalihkan perhatian Fatiha sementara Najwa, Ashraf, Zahira, Zhafran, Anisa dan Airil membincangkan perjalanan kejutan yang akan dilakukan nanti.
"Sepatutnya harini memang hari FANZ lepak library. Kenapa diaorang tiba-tiba nak pergi kantin eh?" soal Fatiha pelik. Dia rasa sahabat-sahabatnya sedang meminggirkannya.
"Hm, mungkin diaorang nak bagi kita masa untuk dating kot? " balas Imtiyaz cuba mengaburi rahsia yang hampir terbongkar.
Fatiha hanya tersenyum sipu lantas meneruskan carian buku yang diminta oleh Imtiyaz tadi.
"Tya" panggil Imtiyaz dengan suara yang dilunakkan.
" Ya" balas Fatiha tanpa memandang ke arah Imtiyaz. Dia masih fokus mencari buku rujukan buat lelaki itu.
"Saya suka berkawan dengan awak." luah Imtiyaz ikhlas. Dia memandang Fatiha tidak lepas. Dia benar-benar ingin gadis itu tahu bahawa dia memaksudkan semua yang dia katakan.
Serentak Fatiha menoleh dan menghadiahkan senyuman nipis buat Imtiyaz Daniel.
"Saya pun." balas Fatiha. Dia cuba mengetepikan perasaan malunya dan cuba untuk berterus-terang. Dia kembali memandang ke arah rak buku itu tadi dan kembali mencari buku rujukan buat Imtiyaz.
KAMU SEDANG MEMBACA
Jodoh Antara KITA ✔️
RomanceBeautiful cover from DE BEAUTY GRAPHIC by Aneesahlan. FATIHA, ANISA, NAJWA, ZAHIRA. Empat gadis yang ada saja karenah dan tingkah laku yang senang cerita kalau tiada mereka berempat, senyaplah kelas 6 Anggerik. Kehadiran 4 orang pelajar baru yang pa...