" Anis ! Look at me !! Pandang mata aku !! Aku tak faham lah dengan kau ni . Macam mana kau nak bahagia kalau kau kahwin dengan dia tanpa perasaan cinta ??!!! " . Zhrh memegang kemas kedua dua lengan Anis.
Anis hanya tertunduk . Perasaannya bercampur baur . Dia keliru.
Zhrh melepaskan keluhan berat .
" Aku cuma nak tengok kau bahagia dengan orang yang kau sayang , Anis ! " . Sambung Zhrh . Geram dirinya melihat Anis yang hanya diam .
Perlahan lahan Anis mengangkat muka , " Tak ada yang lebih bahagia daripada melihat kebahagiaan kawan kawan dan parents aku " . Jawab Anis . Airmata yang di tahan dari tadi mengalir jua.
" Anis stop it !! Boleh tak kau berhenti fikirkan orang lain ? Aku mohon kau fikirkan diri kau ! Aku nak kau pertimbangkan semula keputusan kau . Aku tak nak kau menyesal dikemudian hari !!" . Zhrh menyeka airmata di pipi Anis . Tubuh rakannya itu dirangkul kemas .
____
Najwa sedang ralit memasak di dapur buat suami tersayang . Tadi solat subuh pun Najwa yang membantu Ashraf untuk membersihkan diri .
Selepas solat , Najwa meminta Ash rehat meskipun Ashraf tidak muntah , namun wajahnya masih pucat dan lemah.
Najwa menutup pintu setelah Ashraf lena . Dia memegang lembut perutnya .
" Sayang , papa tak sihat lah . Nanti bila papa dah sihat , mama beritahu papa tentang kehadiran sayang ye . Buat masa sekarang ni , kita main masak masak kat dapur eh . Jomm ! " . Najwa berkata dengan bayi dalam kandungannya seolah olah anaknya itu berada di depan matanya. Dia tersenyum sendiri.
...
Sedang Najwa ralit memasak , dia dikejutkan oleh sentuhan yang merangkul kemas pinggangnya . Mujur tak melayang senduk di tangannya . Ashraf menyangkutkan dagunya di bahu kanan Najwa .
" Abang kenapa turun ? Abang dah okay ? " . Tanya Najwa prihatin . Dia berpusing menghadap suaminya.
" Ermm sikit . Sayang masak apa tu ? " . Tanya Ashraf lemah . Wajahnya masih pucat.
" Masak bubur daging untuk abang lah . Abang lapar ke ?Najwa ada buat cucur udang tadi untuk breakfast . Abang nak ? " . Najwa mengusap perlahan kepala Ashraf .
" Abang tak ada selera lah . Sayang , kenapa abang tengok sayang makin hari makin berseri seri ? Suka eh abang sakit ? " . Ashraf memuncungkan bibirnya tanda merajuk.
" Mana ada Najwa suka abang sakit . Najwa nak tengok abang sihat jeee " . Jawab Najwa . Dia masih tersenyum.
Najwa bergerak mencapai tangan kanan Ashraf dan diletakkan di perutnya yang masih belum kelihatan . Di gerak gerakkan jemari itu ke atas dan ke bawah . Senyuman masih tak lekang di bibirnya. Ashraf melemparkan pandangan blur sebelum dia tersenyum tanda sudah mengerti.
" Sayang , sayang mengandung ke ?? !! " . Najwa tidak dapat mengesan sama ada Ashraf sedang bertanya atau sedang menjerit. Dia tertawa sebelum mengangguk laju .
Ashraf terus merangkul isterinya erat ke dalam dakapannya . Terima kasih Ya Allah atas anugerah yang Kau telah berikan kepada kami.
KAMU SEDANG MEMBACA
Jodoh Antara KITA ✔️
RomanceBeautiful cover from DE BEAUTY GRAPHIC by Aneesahlan. FATIHA, ANISA, NAJWA, ZAHIRA. Empat gadis yang ada saja karenah dan tingkah laku yang senang cerita kalau tiada mereka berempat, senyaplah kelas 6 Anggerik. Kehadiran 4 orang pelajar baru yang pa...