01

2K 59 15
                                    

SUARA pelajar kelas 6 Anggerik memecah keheningan pagi Isnin

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

SUARA pelajar kelas 6 Anggerik memecah keheningan pagi Isnin. Mana tak bising kalau tiada guru. Kedengaran suara pelajar menyanyi, berbual dan gelak ketawa antara satu sama lain.

Empat orang gadis yang ralit berbual rancak tiba-tiba berasa pelik apabila keadaan kelas berubah senyap. Dialihkan pandangan ke hadapan kelas, guru kelas mereka iaitu Cikgu Azam berdiri sambil bercekak pinggang. Cikgu paling handsome dekat sekolah!

"Sila beri tumpuan. Hari ini cikgu akan memperkenalkan murid-murid baru yang akan masuk ke kelas ini"  Terang cikgu Azam dengan riak ketegasannya jelas kelihatan.

Kedengaran bunyi tapak kaki yang mulai mengorak langkah masuk ke dalam kelas yang senyap tersebut. Serta-merta kelas menjadi bising dengan suara gadis-gadis seperti sedang melihat artis kpop.

"Hensemnya!"  ujar seorang gadis yang selamba memusingkan badannya dan memberitahu pada rakannya yang lain. Kedengaran suara gadis-gadis di kelas itu yang tertarik dengan 4 pelajar lelaki yang sedang berdiri di hadapan kelas.

"Semua, senyap!" jerit Cikgu Azam cuba mengawal suasana bising di kelas tersebut.

Namun tidak bagi 4 sekawan yang duduk sebaris sedang ralit berbual mengenai movie yang baru sahaja mereka tonton semalam pada hujung minggu.

"Fatiha, Anisa, Najwa, Zahira! Boleh hormat sikit tak kawan-kawan kamu didepan ni hendak memperkenalkan diri. Sila beri perhatian!" ujar Cikgu Azam. Tegas. Dari tadi Cikgu Azam memperhatikan mereka yang langsung tidak mempedulikan apa yang sedang berlaku kerana masing-masing sedang ralit membuat hal sendiri.

"Esok-esok je lah perkenalkan diri!" . Ujar Najwa perlahan namun masih dapat didengari oleh Cikgu Azam. Dia berasa tidak berpuas hati melihat muka perasan hensem dari wajah pelajar baru tersebut. Cikgu Azam memandang tajam dengan renungan matanya.

"Maaf, cikgu", balas Najwa perlahan akui kesalahannya. Kelas kembali senyap.

"Hai! Saya Airil Iskandar, panggil Airil"

"Saya Imtiyaz Daniel,panggil saya Iyaz"

"Saya Zhafran Nawfal , panggil Zhaf"

"dan Saya Ashraf Reza, panggil Ash".

"Kitaorang ni berkawan baik dari sekolah rendah. Hope kite semua boleh jadi kawan" tambah pelajar lelaki yang bernama Asyraf Reza.

"Nama pun taknak kalah macam dalam novel."  ejek Najwa sendirian lantas dia tergelak kecil. Anisa yang berada di sebelahnya menjeling sekilas. Geram dengan perangainya yang suka mencari gaduh. Semua orang nak cari gaduh. Anisa menggeleng melihat perangai rakannya yang satu itu.

Jodoh Antara KITA ✔️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang