31

477 29 1
                                    

" Asyraf , Imtiyaz , bawa lah isteri kamu masing masing pergi masuk tidur . Dah lewat malam ni . Zhafran pergilah masuk tidur juga " . Arah Umi setelah mengerling jam yang sudah menunjukkan angka 12.00 malam.

" Ha Airil . Dah tak reti reti nak masuk bilik tidur ? " . Umi menampar lembut bahu Airil yang ralit melayan televisyen.

" Hehehe ye lahh Umiku tersayang " . Airil mengangkat punggung menuju ke bilik tidur dia dan Anis.

Setelah pasti Airil sudah masuk ke bilik , barulah Umi masuk tidur.

Malam itu semua penat .
...

" Aku nak tidur mana ni ? Okay ke kalau aku tidur sebelah dia ? Silap silap nanti dia mengamuk tengok aku tidur sebelah dia habis aku ! " . Airil mengeluh sebelum membuat keputusan untuk mengambil satu bantal di sebelah Anis dan diletakkan di atas lantai .

Airil pun merebahkan badan di atas lantai . Hanya beralaskan bantal . Agak sejuklah juga . Lama kelamaan Airil terlena.

...

5.40 pagi . Anis tersedar dari tidur dan mencari kelibat Sang Suami yang tidak kelihatan.

Anis sudah tidak boleh tahan . Dia perlu menggunakan tandas . Anis terus menurunkan kaki dari katil . Tanpa semena mena dia terasa  terpijak sesuatu yang besar .

"Oh mak kau ! " . Anis kembali ke atas katil . Airil terjaga dan memegang dadanya . Sakit woo ! Tempat sensitif tu.

" Kejap , saya nak masuk tandas ! " . Anis terus meninggalkan Airil yang blur . Dia masih memegang dadanya .

.

" Saya betul betul minta maaf . Saya tak perasan awak kat situ . Lagipun ini salah awak ! Kenapa awak tidur dekat bawah tu? " . Anis terus membela diri.

" Iye lah . Saya takut awak akan terkejut dan marah kalau nampak saya tidur sebelah awak . Kan awak cakap awak tak sedia untuk semua ni jadi saya sedang cuba untuk hold on la ni ! Tapi tak sangka kena lagi teruk . Berat awak berapa ? Sakit tahu tak ! Dahlah awak pijak tempat sensitif ! " . Anis menadah telinga mendengar Airil membebel.

Anis mengangkat tangan tanda menyerah kalah.

" Okay , sorry . Dahlah saya nak mandi . Nak solat subuh " . Anis mencebik sebelum senyum dan mencapai tuala.

" Solat subuh sekali dengan saya . Saya imamkan awak " . Ujar Airil membantutkan langkah Anis.

" Erm , okay " . Senyum kecil dihadiahkan untuk sang suami sebelum Anis hilang di balik pintu .

" agak agak sampai bila la aku boleh hold on ? " . Airil berbaring mengambil tempat tidur Anis. Dia tersengih sendirian.

________________________
SOLAT SUBUH BERSAMA SUAMI
________________________

Usai solat , Anis mencium lembut tangan Airil . Airil pula menitipkan ciuman di dahi Anis seperti selepas akad nikah semalam.

Anis terus melipat sejadah kerana tidak mahu ketahuan dia sedang menahan malu tahap dewa !

" Kalau awak nak sambung tidur , pergilah . Saya nak keluar pergi dapur " . Makin lama berduaan dalam bilik dengan Airil boleh jadikan dia sasau . Tak boleh jadi ni.

Jodoh Antara KITA ✔️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang