16

477 32 0
                                    

SETELAH tiga hari berada di hospital , Najwa telah dibenarkan pulang . Namun dia tidaklah seceria dahulu . Najwa lebih memilih untuk memerap di dalam biliknya dan sering termenung .

___

Pernah satu hari Anis mengajak Najwa berbual mengenai KPOP , namun ianya hambar apabila Najwa melemparkan pandangan kosong kepada Anis .

Rumah FANZ menjadi senyap seperti tiada orang apabila Zhrh tiada geng untuk membuat bising . Anis mebuat keputusan untuk meminta dipanjangkan waktu update novelnye ikutan dengan keadaan Najwa .

Keadaan rumah Fanz sekarang sungguh bosan .

_____

" Zhafran , sudah sebulan anak Aunty terlantar . Sampai bila Aunty kena tunggu ?!" . Luah Datin Raziqah . Dato Radzli menarik isterinya ke dalam dakapannya . Diusap usap belakang badan isterinya .

" Sabarlah Ziqah . Ada hikmahnya semua ni berlaku " . Pujuk Dato Radzli . Meskipun dia kelihatan kuat di luar , namun hatinya tersangat berharap untuk Ash sedar .

Zhafran tidak mampu berkata apa apa . Ashraf harus kuat untuk melawan semua ini.

Dato Radzli membawa Datin Raziqah pulang ke rumah . Datin Raziqah hanya mengikuti langkah suaminya . Airmatanya dikesat dahulu .

Zhafran melangkah masuk ke dalam ward Ashraf . Kawannya sedang terlantar di atas katil . Entah sampai bila dia akan tidur dalam keadaan begini . Zhafran sebagai doktor juga tidak mampu memberitahu bilakah Ashraf akan sedar kerana ia semua bergantung kepada diri Ash sendiri dan kehendak Tuhan .

Zhafran meraup mukanya sekali lagi . Jam dikerlingnya.9.30 pm . Zhafran mendekatkan mulutnya ke telinga Ashraf .

" Aku tahu kau dengar . Tolong kuat untuk orang yang kau sayang . Aku mohon " . Ringkas ayat Zhafran . Dia melangkah keluar dari ward Ashraf memandangkan dia perlu melihat pesakit lain.

10.00 malam .

Tya dan Zhrh telah enak dibuai mimpi . Hanya Anis yang ralit duduk di hadapan televisyen sambil menonton rancangan kegemarannya.

Tiba tiba Najwa turun dan memegang lembut lengan Anis mengejutkan Anis.

" Hantar aku ke hospital . Please ! " . Ujarnya panik . Airmata mengalir pantas menuruni pipi gebu milik Najwa.

Anis memegang erat tangan rakannya itu.

" Aku .. aku mimpi Ash ! Dia ... dia tinggalkan aku ! Tolong bawa aku pergi hospital . Aku nak tengok dia " . Sambung Najwa dengan tangisannya .

Anis melemparkan senyuman buat Najwa . Akhirnya setelah sebulan , Allah membuka pintu hati Najwa . Syukur kepadaMu .

Anis mengangguk dan terus menyarung shawl pink nya dan mencapai kunci kereta Audi R8 nya.

...

Sesampainya di hospital, Najwa terburu buru keluar dari perut kereta dan menuju ke ward Ashraf.

Pintu dikuak . Najwa dapat melihat sekujur tubuh yang sedang terlantar lemah dikatil hospital itu . Muka pucat Ashraf di amati . Tangisan turun lagi sekali . Anis memerhati dari luar . Tidak mahu mengganggu.

Jodoh Antara KITA ✔️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang