18

468 32 8
                                    

" Sayang nak kemana tu ?" . Tanya Ashraf yang pelik melihat isterinya berjalan tak tentu arah.

" Err nak .. nak ke tandas . Ha tandas ! " . Jawab Najwa kalut . Dia terus melulu masuk ke tandas dan mengunci pintu.

Ashraf tergelak melihat kekalutan Najwa. Tahu takut.

Selepas 10 minit berkurung dalam kamar mandi , Najwa keluar dengan harapan Ashraf telah lena . Dia mencuri curi melihat Ashraf . Namun dia yang terlompat apabila melihat Ashraf memandangnya sambil senyum senget.

Ashraf menepuk nepuk bantal disebelahnya.

" Come~ " . Arah Ashraf . Lembut suaranya . Najwa telan airliur.

Najwa teragak agak hendak pergi namun kakinya tetap melangkah. Perlahan lahan Najwa baring di sebelah Ashraf. Dia pusing menghadap Ashraf. Sudahnya mereka baring dengan saling memandang antara satu sama lain.

" Sayang takut ye ?" . Tanya Ashraf . Dia masih tersenyum memandang Najwa yang mulai berona merah . Suka benar dia menyakat gadis kecil itu.

Najwa mengangguk perlahan . Alahai Ashraf semakin geram meilhat isterinya itu.

" Hari ni kita sama sama penat kan . Sayang jangan risau . Abang pun penat . Malam ni kita sleep je okay ?" . Ucap Ashraf perlahan.

Najwa menarik nafas lega sebelum menghadiahkan senyuman kecil .

Ashraf mendepakan tangannya . Najwa menyelinap di antara tangan kanan dan tangan kiri Ash . Kini dia baring beralaskan lengan Ashraf . Entah kenapa dia rasa tersangat selesa dengan posisi itu.

Sebuah ciuman hinggap di dahi Najwa lama . Akhirnya Najwa lena dalam dakapan Ashraf.

_____

12.30 pagi . Anis masih bergolek golek di atas katil . Airil tak mahu keluar dari fikirannya . Dia menekup mukanya dengan teddy bear kesayangannya . Tetap tidak boleh lelap juga.

Anis buat keputusan untuk bangun dan menonton televisyen.

Wifi rumahnya dibuka . Aplikasi youtube disalurkan di televisyen . Carian drama korea kegemaran dia di cari.

Sedang dia ralit menonton tv , fikirannya menerawang ke tempat lain . Kata kata Airil bermain di fikirannya . Lamunan Anis terhenti apabila mendengar deringan dari iphone 8 plus nya .

Anis mengerling skrin hp sekilas . Nama Izran Emir tertera di skrin .

Anis mengangkat panggilan itu.

" Assalammualaikum Anis "

" Waalaikumussalam "

" Tak tidur lagi ke ?"

" tengah tidur la ni !" Anis ajak bergurau.

" Hahaha dah pandai eah bergurau " . Ujar Izran dengan sisa gelaknya.

" Hahaha belum tidur lagi . Mata ni taknak lelap la " . Jelas Anis.

" Ha tengah fikir apa tu ? Fikirkan saya ye ? " . Giliran Izran ajak bergurau.

" Err hahahah tak ada lah " . Anis menafikan . Airil yang sedang dia fikirkan .

Jodoh Antara KITA ✔️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang