08

515 36 12
                                    

"Encik dengan Puan ni pengantin baru ya?" soal pekerja itu. Serentak Airil menoleh memandang Anisa sebelum dia menghamburkan gelaknya. Kuat.

Anisa yang berasa segan hanya tersengih sambil menggelengkan kepala ke arah pekerja itu.

"Taklah, kami kawan je. Kami nak cari barang-barang hiasan untuk majlis hari lahir."  jelas Anisa satu persatu. Airil tekun memandang Anisa yang cuba merungkai salah faham itu dengan teliti.

"Oh maafkan saya Cik.Mari saya tunjukkan hiasan bahagian hari jadi!" balas pekerja itu sambil tersenyum segan. Dia membawa mereka ke bahagian hiasan hari jadi.

Geram melihat Airil yang tidak berhenti-henti gelak, Anisa mencubit kuat pinggang Airil. Airil mengaduh sakit lantas gelaknya terhenti. Di sapu airmata yang mengalir akibat ketawa.

Setelah 30 minit berada di kedai tersebut, siaplah semua barang keperluan hiasan tersebut.

" Jom !" ajak Airil serentak dia menyambar lengan Anis. Mujur gadis itu mengenakan baju lengan panjang.

"Hish, nak balik je pun! Tak payahlah pegang-pegang!" balas Anisa geram melihat Airil yang suka memaksa dia. Dia menepis tangan Airil yang memegang lengannya.

"Siapa yang kata nak balik? Kau tak dengar perut aku dah berbunyi dari tadi? Cepatlah aku dah lapar ni!" ujar Airil seraya tangannya diletakjan diperut tanda lapar. Dia kembali menarik lengan Anis untuk berjalan seiring dengannya.

"Awak lapar tak ada kena mengena dengan saya! Saya tak lapar, dan saya nak balik sekararang!"  bentak Anis mengundang jelingan maut dari Airil. Anisa telan airliur melihat wajah Airil yang berubah menyinga.

Dikunci mulutnya rapat lantas dia mengikuti langkah Airil tanpa banyak bunyi.

Sampai di restoren Nasi Ayam Recipe, kedua-dua mata Anisa terus terbuntang.  Mamat ni biar betul ajak dia makan dekat tempat mewah macam ni! Anis menelan airliur saat melihat buku menu yang diberikan oleh pelayan itu. Mahalnya makanan dekat sini!

"I want fresh orange and chicken rice." ujar Airil kepada pelayan itu. Seketika pelayan itu memandang Anisa yang sedari tadi hanya membelek-belek buku menu itu.

"Cepatlah order, kau nak suruh dia ni tercongok dekat sini berapa lama?"  tegur Airil mengundang senyum pelayan lelaki itu. Lantas Anisa mendongak dan senyum sumbing.

"Hm, saya nak jus tembikai je."  balas Anisa sambil tersenyum malu. Malu dengan pelayan itu. Tak pasal-pasal kena tengking depan orang! Sebenarnya dia tak tahu nak order apa. Semuanya terlalu mahal baginya.

"Kau tak lapar ke? Atau kau tak selesa lunch berdua dengan aku?"  soal Airil sebaik sahaja pelayan itu beredar. Pelik dia melihat Anis seolah-olah seperti cacing kepanasan.

"Bukan macam tu tapi, awak memang selalu makan dekat sini eh?"  balas Anisa.

"Sini favourite restoren family aku. Lagipun nasi ayam dia tiptop. Kenapa kau tanya?"

"Hehehe tak ada apa-apa." balas Anisa sambil menayangkan senyuman yang dibuat-buat. Makan pun dekat tempat mahal. Sah, anak orang kaya!

Makan tengah hari serta barang perhiasan tadi, semuanya dibayar menggunakan duit Airil. Baru sahaja Anisa ingin membayarnya, Airil terlebih dahulu membuat bayaran.

Jodoh Antara KITA ✔️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang