" Harap korang semua bersabar sebab Ashraf masih belum melepasi tahap kritikalnya . Dia koma kerana mengalami pendarahan teruk dikepalanya.Nasib tiada apa apa yang lebih serius " . Terang Zhafran yang baru keluar dari ruangan Ash.
Tya , Zhrh , Anis sudah terduduk dibangku . Ya Allah sungguh berat dugaanMu.
Anis , zhrh Tya membuat pilihan untuk ke surau hospital untuk menenangkan diri .
Solat hajat dibuat untuk memohon perlindungan dan kesihatan yang berpanjangan buat mereka semua .
Mereka menangis sambil berpelukan apabila mengenangkan Ashraf dan Najwa.
Zhafran melulu ke arah mereka bertiga dengan senyuman .
" Najwa , dah sedar . Dia tunggu korang " . Ujar Zhafran tercungap cungap.
Tya , Anis dan Zhrh terus berlari ke ruang Najwa . Mereka terlihat Najwa sedang tersandar lemah dibirai katilnya.
Muka pucat Najwa diperhatikan.
Tya , Anis dan Zhrh lantas memeluk erat Najwa . Airmata mereka mengalir deras.
" Maafkan aku sebab menyusahkan korang ! Aku memang tak berguna !!" . Tutur Najwa . Dia marah dengan diri sendiri kerana terlalu lemah.
" Janganlah cakap macam tu . Kau tak pernah menyusahkan kitaorang lahh !! ". Marah Tyaa keras . Dia tidak suka apabila Najwa berkata sedemikian.
Pelukan dileraikan apabila telah puas melepaskan rindu.
" Masa aku tidur tadi kan , aku dapat mimpi buruk . Pasal Ashraf . Dia .. dia tinggalkan aku !" . Ujar Najwa perlahan. Riak mukanya sedih.
Anis mencapai tangan Najwa dan digenggam untuk menyalurkan kekuatannya untuk Najwa.
" Najwa , Ash .. Ash koma . Dia kemalangan" . Anis menuturkan ayatnya perlahan namun dapat ditangkap oleh Najwa.
Serentak itu airmata mengalir deras menuruni pipi gebu milik Najwa.
Anis menarik Najwa kedalam pelukannya sekali lagi . Tya dan Zhrh hanya memerhati dengan hati yang hiba.
" Anis , dia kejam ! Dia kata nak jaga aku ! Dia kata taknak aku menangis sebab dia lgi tapi .. tapi dia dah buat aku menangis sebab dia !! Dia kejam Aniss !! " . Najwa meluahkan semuanya didalam dakapan Anis. Seketika dia terlena semula.
Anis membaringkan Najwa di atas bantalnya . Anis , Tya dan Zhrh bergerak ke luar . Tidak mahu mengganggu Najwa memandangkan keadaannya belum stabil.
Anis meminta untuk ke cafe bawah . Hendak membeli minuman sebentar. Jam menunjukkan jam 4 pagi . Mereka tidak mampu melelapkan mata walau sekejap .
Sewaktu berjalalan Anis ternampak Zhafran sedang bercakap dengan dua orang lelaki . Anis hanya membiarkan dan melewati belakang mereka tidak mahu mengganggu.
Tiba tiba Zhafran menegurnya.
" Najwa macam mana Anis ?" . Tanya Zhafran.
" Dia dah tidur semula " . Balas Anis . Anis terpandang lelaki yang segak berpakaian kemeja putih dengan jeans itu . Muka lelaki itu seperti pernah dilihat tapi Anis malas untuk mengingatinya.
KAMU SEDANG MEMBACA
Jodoh Antara KITA ✔️
عاطفيةBeautiful cover from DE BEAUTY GRAPHIC by Aneesahlan. FATIHA, ANISA, NAJWA, ZAHIRA. Empat gadis yang ada saja karenah dan tingkah laku yang senang cerita kalau tiada mereka berempat, senyaplah kelas 6 Anggerik. Kehadiran 4 orang pelajar baru yang pa...