05

576 41 6
                                    

"ASHRAF REZA!" jerit Airil Iskandar keras. Kebetulan dia melalui kawasan itu untuk masuk ke kelas. Pandangannya terkalih ke arah Ashraf yang secara terang-terangan menolak Anisa sehingga jatuh menyembam lantai.

"Kau dah gila ke? Jangan jadi budak-budaklah!" marah Airil sambil menolak Ashraf menjauhi Anisa dan Najwa.

"Aku tak boleh tahan dengan perempuan ni! Tak habis-habis nak menyakitkan hati aku!"   balas Ashraf seraya tangannya dihalakan ke arah Najwa.

"Dan dia ni selalu masuk campur urusan aku! Dasar perempuan penyibuk!" tengking Ashraf ke arah Anisa.

"Sudah! Aku cakap sudah!"  balas  Airil sekali lagi. Tegas sehingga semua mata menghala kearahnya.

"Najwa, bawa Anis pergi" arah Airil kepada Najwa. Najwa segera membantu Anisa untuk berdiri. Mereka berdua pun berlalu pergi. Airil dan Ashraf hanya memerhati kelibat mereka berdua pergi.

"Bawa Anis pergi bilik rawatan!" arah Airil Iskandar lagi. Anisa mendongak memandang Airil,

"Saya okay"  ujar Anisa perlahan.

"Sekarang!"  jerit Airil tepat ke muka Najwa. Hampir menggegarkan segenap ruangan itu apabila mendengar suara Airil yang tegas dan keras itu. Najwa telan air liur lantas membawa Anisa pergi. Anisa memandang Airil dengan pandangan bingung. Sekejap baik, sekejap jahat!

Keadaan menjadi sepi kembali sebelum kedengaran Airil meraup kasar mukanya seraya dia mengeluh berat.

Bahu Ashraf ditepuk perlahan cuba menenangkannya. Dia tahu lelaki ini sedang menahan marahnya.

"Aku tahu kau marah dengan Najwa. Tapi Anisa tak ada kena mengena dalam hal kau dan Najwa! So sekarang ni boleh tak kau jadi matang sikit? Setakat baju kotor sebab TAK SENGAJA tercomotkan, kau nak ambil serius? Come on! Macam budak budaklah!" tutur Airil dengan nada biasa tapi ketegasannya jelas terasa. Walaupun kasar bunyinya namun itulah hakikatnya. Airil Iskandar memang jenis cakap lepas.

"Aku pun tak rasa kau suka ambil serius benda remeh macam ni. Atau kau sengaja buat semua ni sebab nak kan perhatian Najwa? Kau suka dia eh?" celah Zhafran sambil menyedut minumannya. Sengaja dia memprovoke Ashraf Reza.

"Kau pernah rasa kena tampar dengan aku?" marah Ashraf tanda membangkang.

"Dahlah, kita dah lewat ni. Jom masuk kelas"  ajak Imtiyaz. Sememangnya mereka memang sudah lewat untuk meneruskan pembelajaran.

Sampainya mereka dikelas, mujur tiada guru lagi. Rupa-rupanya Guru matapelajaran mereka tidak hadir. Dapatlah mereka bersuka ria kerana memang itu yang pelajar suka.

Mata Airil tertancap ke arah Anisa yang sedang duduk di atas kerusi tempat duduknya sambil mencatat sesuatu di buku notanya.

"Airil memanggil Najwa ke luar kelas tanpa pengetahuan Anisa.

"Kan aku dah suruh kau bawa Anis pergi bilik rawatan tadi!"  ujar Airil perlahan takut didengari. Matanya tajam memandang ke arah Najwa.

"Aku dah ajak tapi dia taknak. Dia kata dia okay!"  balas Najwa geram apabila melihat Airil seolah-olah menyalahkan dirinya .

"Degil!"  bebel Airil sendirian. Seketika, dia mengerling ke arah Anisa yang ralit mencatat sesuatu barangkali sedang menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru mereka.

Jodoh Antara KITA ✔️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang