Raziq Qifli mengeluh. Munisa Layana yang duduk di sebelahnya di pandang. Tipulah jika dia menyatakan dia tidak kasihan dengan tunangannya itu. Cuma...
"Look, I minta maaf sangat sebab tadi.." Tangan Munisa Layana diraihnya namun sepantas kilat Munisa Layana menarik semula tangannya.
"Tak perlu kot sampai nak pegang - pegang I." Munisa Layana berkata perlahan, tidak suka dengan tindakan Raziq Qifli sebentar tadi. Sekali lagi, Raziq Qifli mengeluh, wajahnya diraup kasar.
"Salah ke kalau I sebagai tunang you nak pegang? Tak lama lagi kita nak kahwin kan? Kalau kita nak buat lebih pun tak apa!" Raziq Qifli menarik muka. Tidak faham dengan sikap Munisa Layana itu.
"What's Haram is still Haram. About 2 weeks time je lagi." Munisa Layana memandang wajah Raziq Qifli. Kebelakangan ini, lelaki itu menjadi seorang pemarah, bengis, suka melenting dan seolah- olah tidak menyukai dirinya lagi. "Kenapa you datang sini eh?" soal Raziq Qifli setelah berdiam untuk sejenak.
"You. I came here to check you out. I don't know why... but I've this feeling.. a weird feeling about us." Munisa Layana terdiam sejenak. "I tak tahu whether you perasan ke tak, but we are not what we used to be. You, semakin menjauh. You tak macam dulu. Not the Ajiq I kenal during college, the sweet-humorous Ajiq. We barely have our 'real talk'.. and all that. I pun tak tahu macam mana nak cakap..." Munisa Layana mengeluh.
"I penat. Good night, Muny." kata Raziq Qifli, satu senyuman tipis di hadiahkan kepada Munisa Layana. Hanya dia yang memanggil Munisa Layana dengan gelaran 'Muny'.
Munisa Layana terus berjalan keluar dari kereta Raziq Qifli. Air matanya di kesat.
______
Raziq Qifli memarkir keretanya. Sejenak dia terfikir, apa dosa Munisa Layana terhadap dirinya sehingga dia perlu melayan wanita sebaik Munisa Layana sedemikian?
Teringat sewaktu pertama kali mereka bersua muka, ketika pendaftaran di universiti. Kedua mereka berusia 17 tahun, sama- sama mendaftar di Lansdowne College.
"Malaysian?" soal Raziq Qifli sebaik sahaja melihat seorang gadis berambut coklat lebat dan beralun duduk di satu sudut. Gadis itu mengangkat wajahnya. Anak mata bewarna coklat-hazel itu memandangnya dan tersenyum manis, menampakkan lesung pipit pada kedua belah pipinya.
"Yes. Orang Malaysia jugak?" soalnya ramah membuatkan Raziq Qifli tersenyum. "Ya. I'm Raziq Qifli and you are....?" tangannya yang dihulur di sambut "Munisa Layana." jawab si gadis.
"Hi Muny." kata Raziq Qifli sambil tersenyum. "Muny?" soal Munisa Layana, kehairanan membuatkan Raziq Qifli hairan. "Kenapa?" "Tak.. its just that.. tak pernah ada orang yang panggil saya Muny sebelum ni." jawab Munisa Layana seraya tersenyum manis menampakkan lesung pipitnya.
Raziq Qifli turut tersenyum apabila melihat gadis manis dihadapannya tersenyum. "Well, in that case, let me be the one to call you Muny."
Raziq Qifli meraup wajahnya. Permulaan itu lah yang menimbulkan bibit- bibit cinta di antara dirinya dengan Munisa Layana. Dari seorang kawan kepada sepasang kekasih dan akhirnya bakal menjadi suami isteri.
Namun, yang berbeza ada lah sikapnya. Ada betulnya apa yang di katakan oleh Munisa Layana sebentar tadi. Dia tidak seperti dirinya yang dahulu. Punca? Sumpah dia sendiri tidak tahu. Adakah kerana perasaannya yang sudah berubah atau dia sedang keliru?
YOU ARE READING
Aku Pilih Kamu
RomanceMUNISA LAYANA .... seorang gadis yang jujur dan ikhlas dalam perhubungan. Dia dilahirkan dengan hati yang tulus dan murni. MUNISA LAYANA ingin mencari kepastian dalam hubungan dirinya dengan tunangnya, RAZIQ QIFLI yang semakin hari semakin jauh dar...