21

1.8K 73 0
                                    


Puan Sri Kamilah memegang tangan Munisa Layana. "Aunty tahu, Muny ni dah jadi isteri orang, dan aunty tahu... mungkin permintaan aunty ni terlalu melampau! Tapi.... Muny lah satu- satu harapan dan pertolongan yang aunty ada. Muny sayang aunty kan?" soal Puan Sri Kamilah, menagih simpati bekas tunang anaknya, Raziq Qifli.  Hati Munisa Layana jatuh simpati melihat keadaan wanita berusia separuh abad itu berkelakuan seperti itu. "Ya, aunty. Muny sayang aunty macam Muny sayang mama Muny sendiri. Apa yang Muny boleh tolong aunty ni?" 

Puan Sri Kamilah mengesat air matanya dengan segera. Dia tahu wanita itu mempunyai hati yang lembut, mudah tersentuh. "Boleh tak kalau Muny berbaik dengan Ajiq? Muny... sejak Muny kahwin, langsung dia tak pedulikan aunty dan uncle dekat sini... Please, Muny. Aunty merayu sangat dengan Muny..." Dia segera melutut kepada Munisa Layana membuatkan Munisa Layana terkesima dengan tindakan wanita itu. Sampai begitukah sekali seorang ibu sanggup merendahkan maruahnya demi insan bergelar anak? Allahu! Tulus sungguh kasih seorang ibu. 

"Aunty, bangun. Tak perlu buat macam ni, malu orang tengok aunty macam ni.." kata- kata lembut Munisa Layana membuatkan Puan Sri Kamilah kembali duduk ke posisi asal. "Mungkin bagi Muny aunty ni mengambil kesempatan, tapi Muny... Ajiq tu patah hati sangat bila Muny putuskan pertunangan dan terus kahwin dengan lelaki lain. Seolah- olah Muny, tak hargai tahun-tahun yang kamu dua lalui bersama. Aunty, ni bukan apa... Raziq tu lah satu- satunya anak aunty. Sekarang, sebab tu... dia menjauhkan diri. Call tidak, mesej pun tidak. Aunty..." mata Puan Sri Kamilah kembali berkaca membuatkan Munisa Layana menjadi semakin serba salah. Cara Puan Sri Kamilah berkata seolah- olah menuduh dirinya yang membuatkan Raziq Qifli meninggalkan Tanah Air tanpa khabar berita. 

Satu keluhan kecil keluar daripada bibir mungil Munisa Layana. "Ya, aunty. Muny cuba tolong aunty. Tapi, bukan bermakna Muny terima dia balik lebih daripada seorang kawan aunty. Muny tetap isteri Hazeem Saqeef." Puan Sri Kamilah tersenyum gembira apabila wanita muda itu bersetuju untuk menolong dirinya. Segera dia mendakap tubuh itu. 
 "Terima kasih, sayang aunty.. Aunty tahu Muny akan sentiasa sudi membantu." katanya perlahan. Munisa Layana membalas pelukan wanita itu, namun, dia rasa berdosa kerana telah membelakangi suaminya, Hazeem Saqeef.


_______________________________________________


Nombor telefon itu di dial. Satu saat.... Dua..... 

"Muny." panggilannya di sambut oleh suara yang sudah sekian lama tidak di dengarinya. Munisa Layana mengejamkan matanya, mengumpul segala tenaga dan kekuatan untuk meneruskan perbualan itu.


"Ajiq.." air matanya tumpah jua. Jauh di sudut hati, dia amat merindui suara dan diri Raziq Qifli. Segera Munisa Layana beristighfar. Dia tidak seharusnya memiliki perasaan terhadap lelaki lain selain suaminya. Raziq Qifli di hujung talian turut mengesatkan air matanya. "I miss you so much, Muny. Kenapa baru sekarang?" soal Raziq Qifli membuatkan Munisa Layana semakin sedih. Adakah selama ini dia yang salah kerana terlalu cepat menghukum Raziq Qifli sampai dia sanggup menggadai masa hadapannya dengan berkahwin dengan Hazeem Saqeef?

"Why, Muny? Why?! Kenapa you kahwin dengan dia?" soal Raziq Qifli lagi dengan intonasi marah.  "Ajiq! I'm sorry.. I'm sorry. But please.. dengar dulu apa yang I nak cakap?" Munisa Layana berkata perlahan, membuatkan kemarahan Raziq Qifli berunsur- unsur reda. 

"Come back home,  please." Munisa Layana terdiam sejenak. Terdengar hembusan nafas Raziq Qifli di hujung talian. "To the place where my heart breaks, Muny?" soal Raziq Qifli, sarkastik. Munisa Layana mengetap bibirnya. "But you're in the place where you broke my heart." jawab Munisa Layana perlahan. 

Raziq Qifli menolak rambutnya kebelakang. "Kenapa I perlu balik Malaysia?" Botol beer di tangannya di teguk perlahan. "We have a few things that need to be settled. Besides, you macam dah lupa pulak yang you ada parents dekat sini." Munisa Layana membidas semula. 

"Kalau I balik sana, kita berjumpa ke?" soal Raziq Qifli lagi membuatkan Munisa Layana mendengus. "Yes, Raziq. Kita akan berjumpa and settle things out. I seriously penat dengan our endless drama, controversy... Please, Ajiq."  

"I'll be home by tomorrow, my Muny. We will work things out, okay?" Raziq Qifli mengeluh. Mungkinkah di sebabkan dirinya, Munisa Layana yang harus menanggung segalanya?


___________

TUNGGU FOR THE NEXT CHAPTER TAU!

LIKE AND DROP YOUR COMMENT GUYS! ;)


thanks to @davina_elvie27 sebab sudi teman type chapter ni in the midst of doing assignment hehe lav u  lembuuuuuuuuuuuuuuu!

Aku Pilih KamuWhere stories live. Discover now