24

1.5K 65 1
                                    


Awal pagi lagi Munisa Layana telah menerima mesej yang berunsur 'lovey-dovey' dari Raziq Qifli.  Bukannya sekadar  ‘good morning my love’  tetapi segala luahan perasaan sayang, kasih, rindu dan cinta diluahkan.  Belum termasuk emoji emoji yang menggelikannya!  Sejak dari dulu lagi dirinya kurang gemarkan penggunaan emoji yang melampau, tidak tahu kenapa.

Handphone nya diletakkan ke tepi. Hari ini, dia meminta off day.  Memandangkan dia agak rajin daripada biasa, dia bercadang untuk memasak makanan tengahari untuk Hazeem Saqeef. Suaminya itu telah berjanji untuk balik ke rumah untuk makan bersama-sama.

Bahan-bahan untuk dimasak di tengoknya. "Hari ini kita masakkan paprik ayam dan telur dadar ya." Munisa Layana mulai memotong dan mencuci bahan-bahan basah.

Sekitar jam 1200 tengahari, lauknya sudah siap dimasakkan.

Telefonnya diperiksa. 10 mesej dari Raziq Qifli?????!  Gila ke apa lelaki itu. Belum termasuk miss call dari lelaki bernama Raziq Qifli.

Where you?? 😭😩
Miss you Muny 💗💓
Y tak respon msg i...... 😒😭💔💔
I call pun tak jawab 😢😫💔
Muny, I just wanna tell you that you're the best thing I've had. My life is incomplete without you, and I love you with every beat of my heart 😘❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Oh baby girl I busy eh?  Not responding to any of my text.....  Hm, malam ni kita dinner 👌 to your favourite place everrrrr malam ni Muny makan banyak 😻
MUNISA LAYANA IF YOU READ THIS KNOW THAT I LOVE YOU AND I'LL DO ANYTHING TO GET YOU BACK IN MY LIFE ❤
Muny. I love you and I hope that you akan balik dengan Ajiq, I know I made mistakes sentiasa but i really hope you'd take me back... Because I love you and I tak tau what I'll do without you. 😭❤
I doakan Hazeem akan ceraikan you secepat mungkin supaya kita dapat bersama lagi.  I tau u tak happy dengan dia. Douche bag Hazeem!!  Only I can make you happy Muny. 😇
I LOVE YOU SO MUCH MUNISA LAYANA MOKHTAR ❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤




_--------

Telefonnya dibiarkan begitu sahaja.  Baik dia mandi dan berkemas menunggu ketibaan suaminya.

Setelah dia bersiap-siap, dia turun semula ke bawah.  Terkejut beruk melihat Hazeem Saqeef yang sudah menyedia dan menghidang masakannya sebentar tadi. Dengan kemejanya yang dilipat sehingga ke paras lengan, suaminya itu menghadiahkan senyuman untuknya.

"Hi, sayang. Jom makan!" kata Hazeem Saqeef, membuatkan Munisa Layana tersenyum tipis. Tangan suaminya itu digapai dan disalam penuh hormat. "Kenapalah awak susah-susah hidangkan? Awak balik kerja patutnya rehat.  Biar saya je yang hidangkan." Munisa Layana menolak suaminya lembut membuatkan Hazeem Saqeef tertawa kecil.
"Ish, tak susah lah wife. Awak penat masak, saya cuma ambil lauk letakkan dalam pinggan dan hidangkan. Senang and tak penat pun. Dah habis hidangkan pun. " kata Hazeem Saqeef beria-ia.

Munisa Layana memandang wajah Hazeem Saqeef penuh kasih. Lelaki itu boleh diibaratkan sebagai lelaki yang sempurna, sejak dari hari pertama kahwin sehingga ke hari ini, layanannya terhadap Munisa Layana ibarat layanan terhadap seorang permaisuri. Tapi entah kenapa, pada saat ini dia meragui Hazeem Saqeef. Apa salah lelaki itu?  Wallahualam. Dia sendiri tidak pasti?  Atau dia sendiri yang keliru dengan perasaannya?

"Jauhnya mengelamun." tegur Hazeem Saqeef membuatkan Munisa Layana tersedar dari dunia khayalannya. "Taklah, Muny cuma...." Munisa Layana mengetap bibir. Nama panggilan 'Muny' itu adalah panggilan nama yang diberikan oleh Raziq Qifli kepadanya dan tidak wajar dia menggunakan nama itu ketika bersama suaminya. Hazeem Saqeef tersenyum hambar. Dia tahu nama itu tercipta disebabkan oleh siapa, dia terbaca mesej-mesej dari Raziq Qifli kepada isterinya.  Segala macam 'i love you' 'miss you so much' terpacul keluar dalam mesej Raziq.

Adakan Munisa Layana tidak gembira bersama dirinya?  Andai benar wanita itu tidak bahagia, maka dialah lelaki yang dayus dan mementingkan diri sendiri. Dia sungguh mencintai wanita itu, namun cinta tidak seharusnya memiliki... Bukan?  Dia harus bertanya dengan tuan empunya badan, demi kebahagiaan Munisa Layana walaupun hakikatnya nanti, dia yang akan terluka.

"Tadi cakap orang.. Sekarang dia mengelamun." tegur Munisa Layana, pipi sang suami dicuit manja. Hazeem Saqeef tersenyum kecil. "Taklah.. Eh, makan lah. Nanti sejuk pulak makanan." Mereka masing-masing makan, tanpa bersuara sedikit pun. Kedua-dua hati dan minda dua insan itu sedang berfikir dengan sedalam-dalamnya.


_----------

Raziq Qifli melihat gambarnya bersama Munisa Layana sewaktu pengajian mereka di London. Kedua mereka tampak gembira, kebanyakkannya gambar candid. Mereka yang saling berpelukan, gambar Munisa Layana piggy ride dirinya, gambar graduasi dan sebagainya.

Semangatnya semakin membara. "Walau apa cara sekalipun, aku akan pastikan Muny akan bahagia macam dulu.  Aku akan rampas balik apa yang kau rampas dari aku, Hazeem Saqeef!! Muny... Muny, one day you'll be mine again.... " katanya lalu ketawa, ibarat orang sudah hilang akal.

Aku Pilih KamuWhere stories live. Discover now