Hazeem Saqeef mencium tangan Mokhtar dengan penuh hormat. Dia menangis, sumpah dia berasa berdosa dengan lelaki di hadapannya sekarang ini. "Maafkan saya, Abah." ungkapnya dalam tangis. Mokhtar merangkul tubuh tegap menantunya. "Sudahlah, Zeem. Bukan salah kamu." Mokhtar turut berasa sedih dengan segala yang berlaku. Sebagai seorang bapa, hati dia berasa sedih melihat masjid yang baru di bina anak dan menantunya yang retak.
"Hazeem gagal jaga anak abah, gagal jadi suami yang baik kepada dia. Maafkan Hazeem sebab tak mampu menjadi yang terbaik untuk Munisa Layana." air matanya di kesat. Mokhtar mengusap bahu menantunya, "Apa- apa yang berlaku, abah tak salahkan kamu. Kalau sampai setakat ni jodoh kamu berdua, abah redha dan abah tetap sayangkan kamu. Kamu bukan sahaja menantu, tapi kamu anak abah. Abah sayang kamu."
-------
"Bagus kan perangai betina tu? Kamu kutip dia lepastu boleh- boleh dia buat kamu macam ni?" Hjh Meryam mulai menyinga. Geram betul dirinya dengan perangai isteri Hazeem Saqeef. "Bunda, bukan salah Layana. Ada silap Jim jugak.." Hazeem Saqeef masih membela nasib si isteri, baik atau buruk baginya Munisa Layana tetap isterinya.
"Kamu ni dah kena ubat guna-guna oleh dia ke Jim?" Kali ini Hanita pula yang naik angin. Sekarang ni, dia rasa nak tampar wajah Munisa Layana yang tampak 'innocent' itu. Menyesal dia membenarkan anaknya berkahwin dengan wanita jalang itu! Kalau dia tahu, sudah lama dia jodohkan anaknya dengan Auni Zulaikha. "Umi.. umi dulu ajar Jim supaya jadi baik, jangan tuduh orang. Tapi kenapa umi macam ni?" Hazeem Saqeef memandang wajah uminya. Kepalanya yang pening menjadi semakin serabut. Auni Zulaikha memandang Hazeem Saqeef. "Tu lah abang.. kalau kita kahwin, takkan jadi macam ni pun. Yang abang nak sangat dekat betina tu, Auni pun tak tau lah. Tak cantik mana pun muka dia tu. Bukan Auni tak kenal dengan ex si bini abang ni... dua-dua sosial! Bebas macam takda pegangan agama!" celoteh Auni Zulaikha membuatkan ahli keluarga yang lain berbisik sesama sendiri.
"Auni pun apa kurangnya. Dengan penampilan yang labuh tutup sana sini - tapi satu je kurang. Mulut tu... tak ada insurans. Hebahkan aib orang sana sini, mengumpat.. bercerita tentang orang seolah diri kamu tu sempurna." kali ini Lokman, ayah kepada Hazeem Saqeef berbunyi. Geram saja dirinya mendengar mulut anak buah isterinya. Hazeem Saqeef memberikan senyuman hambar kepada ayahnya, faham sangat kenapa ayahnya 'kureng' dengan Auni Zulaikha sejak dulu lagi.
"Dahlah. Izinkan Hazeem untuk pergi somewhere untuk tenangkan diri. Kalau ada apa apa, Jim akan contact abah." katanya lalu bersalaman dengan ahli keluarga yang lain.
__________________
Kereta Munisa Layana masih elok tersadai di garaj rumah. Hazeem Saqeef memberi salam dan wajah sembab Munisa Layana muncul. Sayu hati Hazeem Saqeef melihat isterinya ketika ini.
"I'm sorry." kata Hazeem Saqeef lalu menarik Munisa Layana ke dalam pelukannya membuatkan Munisa Layana menangis lagi. "Qeef..." Munisa Layana mengetatkan lagi pelukannya, tidak mahu melepaskan Hazeem Saqeef pergi. Perlahan-lahan Hazeem Saqeef merengangkan pelukannya, tangan Munisa Layana dilepasnya secara perlahan.
"Are you going to leave me now?" soal Munisa Layana dalam tangisnya. Hazeem Saqeef turut menangis. "I have to, for the time being. We need time and space." Tangan Munisa Layana digenggamnya. "But... you promised. You janji tak akan tinggalkan saya, walau apa pun jadi. But why? Why do you have to leave? Don't you love me, tak percaya saya ke?" soal Munisa Layana bertubi-tubi, sakit rasa hatinya sekarang ini hanya Tuhan saja yang tahu.
"I love you so much that it hurts. I love you so much I don't give a damn on a single thing that hurts me. But its too much to handle at a time. Maybe every thing is a mistake, maybe we need time and space to figure things out. I let you go. Pergilah cari kebahagiaan awak, Ana. Your happiness matters to me. I'll be happy if you're happy. And one day, kalau ada jodoh.. we will meet again and maybe by that time... we will be together again and that time we'll be happy and together forever." Hazeem Saqeef memandang anak mata Munisa Layana. Kedua mata mereka berkaca.
"But what if- by that time either one of us jumpa someone else? What if we are not destined to be together?" soal Munisa Layana lagi. Hazeem Saqeef memandang wajah isterinya.
"Then.. we have to let go. It hurts but we have no choice left." Hazeem Saqeef mengesat air mata Munisa Layana. "Qeef, Qeef tak sayang Ana ke? Will you forget me and love somebody else?" soal isterinya lagi membuatkan Hazeem Saqeef tersenyum.
"That is impossible. I can't do that - I can never unlove you." Hazeem Saqeef melepaskan genggaman tangannya.
"Why?" soal Munisa Layana lagi. "Kalau kita berjumpa suatu hari nanti, saya akan beritahu awak. I have to pack my stuff and leave now. Awak jaga diri, jaga kesihatan awak. Know that I love you so much and it hurts me to leave you- see you whenever I see you, Munisa Layana." kata Hazeem Saqeef lalu berjalan menaiki anak tangga. Setiap langkahnya disertai dengan titisan air mata. Hatinya sakit dan kecewa, dia sedih kerana terpaksa berpisah dengan wanita yang dicintai.
Munisa Layana turut menangis. Sumpah! Perpisahan ini lebih sedih dan menyakitkan dari perpisahannya dengan Raziq Qifli. Dia berasa sedih kerana dirinya kehilangan lelaki teragung.
YOU ARE READING
Aku Pilih Kamu
Storie d'amoreMUNISA LAYANA .... seorang gadis yang jujur dan ikhlas dalam perhubungan. Dia dilahirkan dengan hati yang tulus dan murni. MUNISA LAYANA ingin mencari kepastian dalam hubungan dirinya dengan tunangnya, RAZIQ QIFLI yang semakin hari semakin jauh dar...