23

1.4K 70 5
                                    

Jam menunjukkan pukul 8 malam apabila Munisa Layana balik ke rumahnya. Seharian dia di rumah ibu Raziq Qifli,  Puan Sri Kamilah. 

Punyalah gembira wanita tua itu apabila anak yang tersayang kembali ke pangkuan setelah berbulan menyepi di negara orang. Jatuh kasihan dirinya melihat betapa rindunya Puan Sri Kamilah dengan anakandanya,  Raziq Qifli. 

Raziq Qifli juga rindukan ibunya, cuma dia tidak berapa menunjukkan rasa yang dipendam.  "Muny... Terima kasih bawakan Raziq pulang ke pangkuan aunty. Aunty bersyukur sangat yang Raziq sudi balik ke sini." katanya dalam tangis. 

"Sama-sama aunty. Aunty, kalau takda apa-apa Muny gerak dulu boleh?" Munisa Layana memeluk bahu Puan Sri Kamilah, meminta keizinan pulang.  Rasanya tugas dia sudah selesai di sini.

"Eh, mana boleh.  Muny duduklah sini, aunty masak untuk dinner. Kita sambut kepulangan Raziq sama-sama." kata Puan Sri Kamilah, memandang Raziq untuk memberikan signal.

"Muny stay here with Ajiq please. Kita dinner sama-sama,  then off you go. Muny mesti laparkan sebab kita takda lunch ke apa, so why not dinner je sini." Raziq Qifli menyentuh tangan Munisa Layana, mengejutkan wanita itu akan tindakannya yang berani.

"Ya Muny, aunty akan rasa serba salah nanti kalau Muny tak makan sini. Dah lah aunty susahkan Muny, lepas tu biarkan gitu je nanti nampak macam aunty tak bersyukur. Makan sini ya Muny sayang?" pujuk Puan Sri Kamilah lagi. Munisa Layana mengeluh kecil,  "Yalah aunty."

Tingkap keretanya diketuk perlahan membuatkan dirinya kembali ke alam nyata. Fikirannya tadi melayang memikirkan tentang Raziq Qifli dan Puan Sri Kamilah.

"Jauh termenung?" tegur Hazeem Saqeef sebaik sahaja Munisa Layana keluar dari perut kereta. Satu senyuman di hadiahkan kepada  Hazeem Saqeef. Tangan Hazeem Saqeef di salamnya. 

"Wife, awak okay ke tak ni?" soal Hazeem Saqeef dengan nada lembut. Risau dirinya memandang isterinya itu kelihatan stress semacam.

Munisa Layana mengangguk. "Okay je. Awak dah dinner belum?" tangan Hazeem Saqeef di pegang erat.

"Belum lagi. Jomlah kita dinner sama." tubuh genit isterinya dipeluk kejap. "Qeef nak saya masak ke?" soal Munisa Layana, wajah suaminya di pandang kejap. Terbayang wajah Raziq Qifli yang membuatkan dirinya berasa serba salah. Pantas Hazeem Saqeef menggelengkan kepalanya. "No, tak perlu. Awak nampak tak sihat ni. Awak rest je. Awak dah makan ke belum ni?" Hazeem Saqeef duduk di sebelah Munisa Layana, wajah itu dipandang penuh kasih.

"Okay je, cuma penat. Awak nak makan, awak keluarlah ya. Saya rehat je kat rumah." kata Munisa Layana perlahan, pipi Hazeem Saqeef diusap lembut. "It's okay sayang. Maggi pun okay for dinner, I can't leave you alone." Hazeem Saqeef memandang wajah Munisa Layana.  Tumpah kasih dan sayangnya terhadap wanita itu. Sungguh, dia amat mencintai wanita itu.

"Sure?" soal Munisa Layana. Hazeem Saqeef mengangguk, "By the way, pergi mana tadi?" soalan Hazeem Saqeef membuatkan riak wajah Munisa Layana berubah 360 darjah.

"A..um.... Err.. Tadi, um pergi airport ambil kawan. Then borak, sampai dinner. I'm sorry I didn't tell you earlier." Munisa Layana mengetap bibirnya. Memang dia menceritakan kisah sebenar cuma gerangan kawan itu tidak di sebut. Hazeem Saqeef tersenyum kecil. "Yalah. Saya pergi dapur kejap, masak maggi. Awak tak nak ke?" soalnya kepada si isteri. Munisa Layana menggelengkan kepala. "Takpe lah. Saya dah kenyang. Saya naik atas dulu ya. " katanya lalu pergi ke atas.

Hazeem Saqeef mengeluh kecil. Dia tahu, isterinya tadi berjumpa dengan bekas tunangannya. Dia tahu wanita itu bersama Raziq Qifli sepanjang hari. Dia bersyukur Munisa Layana masih menceritakan yang sebenar walaupun dia tidak menceritakannya sepenuhnya.

"Awak masih sayangkan dia ke? What can I do to make you realize, that I love you, wife?" keluhnya perlahan. Wajahnya diraup, nampaknya dia harus bersabar dan bersungguh-sungguh memenangi hati Munisa Layana.


Aku Pilih KamuWhere stories live. Discover now