22

1.6K 63 0
                                    

"Eh,  good morning!” tegur Hazeem Saqeef yang baru sahaja pulang dari jogging.  Munisa Layana memberikan senyuman, tangan Hazeem Saqeef disalam dan dicium.  “Good Morning, husband!” Munisa Layana menyelimpang shawl nya ke kiri dan kanan, lip matte bewarna Nude dicalit ke bibir mungilnya itu. 
“Berkemas ni nak pergi mana?  It's pretty early to go out for lunch, you know.” Hazeem Saqeef membuka bajunya,  tuala dipakaikan di bahagian pinggang.  “Qeef..” Munisa Layana mengambil tangan Hazeem Saqeef dan di belainya lembut mesra. “Ya, sayang?” Hazeem Saqeef memandang wajah wanita itu dengan penuh kasih.

“I'm sorry, tapi I don't think I dapat keluar lunch sama hari ni.. I dah janji to fetch my friend kat airport.” Hujung hati Munisa Layana terasa pedih apabila menyatakan kata-kata itu.  Ya, dia menipu Hazeem Saqeef, suaminya. Atas dasar apa?  Kenapa dia harus melakukan begitu? 

“Oh, I see.  Tak apa lah, dah beberapa bulan ni sayang tak ada keluar and have your me-time. It's okay, Qeef faham.” Hazeem Saqeef tersenyum membuatkan Munisa Layana berasa lebih serba salah. Dia berasa amat berdosa melakukan ini semua.  Ya, niatnya hanya untuk membantu— mungkin?

“Nanti ada apa apa, Yana call Baby ya. Okay, baby Qeef?” Munisa Layana mencuit hidung mancung suaminya Hazeem Saqeef membuatkan diri Hazeem Saqeef tertawa, bahagia. “Ya, sayang. Apa-apa nanti jangan lupa, make me your number one priority. I'm only one call away.” Dahi Munisa Layana dikucup kejap.

“Saya pergi dulu.” sekali lagi tangan Hazeem Saqeef disalam sebelum dia berlalu keluar dari kamar tidur mereka.

___--------_-----

“Muny!” tegur satu suara yang membuatkan Munisa Layana berpaling ke arah suara yang memanggil dirinya.

Di hadapannya sekarang, berdirinya seorang lelaki yang memiliki ketinggian 180cm, badan yang dahulunya sasa mulai susut, wajah ganteng itu kini sudah serabai, berjambang. Mata coklat yang dahulunya bersinar kini kelihatan suram, tiada lagi sinarnya, malah semakin memerah. Ini bukan imej Raziq Qifli yang dia kenali.

“Ajiq?” sedih hatinya melihat Raziq Qifli yang dahulunya sangat menjaga penampilan diri berubah menjadi sebegitu teruk. Langsung tidak terurus diri itu.
Tanpa segan silu, Raziq Qifli terus mendakap Munisa Layana, terdengar esakan kecilnya di dalam dakapan itu,  “Sorry, I'm sorry.... I rindu....” Munisa Layana menggosok bahu Raziq Qifli perlahan-lahan. “I....I......I...miss you too.” Munisa Layana menutup matanya kejap,  terbayang wajah Hazeem Saqeef yang tersenyum memandangnya.

“But... I can't, Jiq.” Raziq Qifli ditolaknya perlahan. “Jom.” kata Munisa Layana menarik troli bagasi Raziq Qifli.

Setelah mereka masuk ke dalam perut kereta Munisa Layana, Raziq Qifli terus menyoal. “Why? Kenapa tak boleh, Muny?” Matanya mulai berkaca, terasa dirinya tertipu oleh wanita itu.

“Because I'm a married woman, Raziq! I can't love you or miss you like I used to...” Munisa Layana mengesat air matanya, dirinya turut terluka. Hati dan perasaannya juga terluka, bukan hanya Raziq Qifli dan mungkin kisah cinta mereka turut menyakiti insan yang lain, hati dan perasaan hamba Allah yang lain iaitu suaminya sendiri Hazeem Saqeef.

Raziq Qifli membentak, “Kenapa you kena cancel wedding kita saat saat akhir hari tu?  Sebab I dengan Ashura??!” Munisa Layana mengeluh perlahan,  “Probably.” Raziq Qifli memandang wajah Munisa Layana, “One last chance, Muny... Pleaseeeee?”

“You know my intention is only to help you balik Malaysia and jaga parents you!  You tak kesian ke dengan Aunty?” Munisa Layana menutup matanya kejap, kenapalah dia bersetuju menolong Puan Sri Kamilah?

“You cakap lain dalam phone and now nak cakap lain pulak??! One last chance, and I akan balik dengan family I!”

Raziq Qifli memandang wajah Munisa Layana, dia tahu wanita itu amat menyayangi ibunya dan wanita itu sememangnya berhati mulia, dia tidak akan berani katakan tidak dalam membantu orang.

Aku Pilih KamuWhere stories live. Discover now