Hazeem Saqeef tidur sepanjang perjalanan balik ke rumah. Dirinya mengalah juga pada akhirnya, membiarkan Munisa Layana membawa kereta.
"Sayang. Qeef. Kita dah sampai ni." Munisa Layana memanggil Hazeem Saqeef dengan penuh lembut. Hazeem Saqeef membuka matanya perlahan-lahan. "Sampai dah?" soal dirinya yang mamai. Munisa Layana mengangguk dan tersenyum kecil. Comel saja suaminya yang mamai ni. Dalam keadaan mamai pun comel!
"B? Malam ni masak ke?" soal Hazeem Saqeef sebaik sahaja dia masuk ke dalam rumah. Munisa Layana memegang tangan suaminya. "You tell me what you wanna eat.. B masak."
Hazeem Saqeef tersenyum kecil. "Taklah. Nenda ajak kita pergi rumah. Dia ada masak special katanya. Nak pergi ke?" Munisa Layana turut tersenyum. "Boleh. Rindu pulak dengan Nenda."Hazeem Saqeef menganggukkan kepalanya. "Okaylah. I pergi masuk bilik dulu." katanya dan terus berlalu naik ke atas. Sebaik sahaja Hazeem Saqeef masuk ke dalam bilik, telefon isterinya berbunyi.
Nama yang terpampang pada skrin itu membuatkan darahnya naik dan menderau.
Raziq Q
miss u so much muny
muny how i wish we r still 2gether..
if we r alone in a room rite now, apa kita akan buat ya boo?
i just miss u
hey
baby?
where r u
i need u
i miss u
i wonder if ur husband can make u moan like i do
sayang
Raziq Qifli sememangnya melampau! Tangan Hazeem Saqeef bergetar menahan amarahnya. Telefon isterinya di letakkan semula di meja solek. Tidak lama kemudian Munisa Layana masuk ke dalam bilik dan memeriksa telefonnya. Hazeem Saqeef hanya memerhati tingkah laku isterinya. Riak wajah Munisa Layana yang berubah menarik perhatiannya. "Kenapa, wife?" soal nya dengan nada lembut. Si isteri pantas mengangkat wajahnya, "Did you check my phone? And read all my messages?!" soal Munisa Layana, suaranya meninggi membuatkan Hazeem Saqeef terkejut. Tidak pernah pun isterinya marah sedemikian.
"Yes, I checked and read those messages." jawab Hazeem Saqeef, menekan ayat 'those' itu dengan sengajanya. Mata Munisa Layana tajam memerhati Hazeem Saqeef. "Why Qeef???! Qeef tak percaya dekat Yana ke??! Why do you have to check my phone?" Hazeem Saqeef mengeluh. "I'm sorry okay? I was just curious about it.. I tak sangka you masih contact dengan your ex." kecewa, sungguh dia berasa kecewa dengan Munisa Layana namun apa yang harus dia lakukan?
"You said you trust me.. love me but is this how you tunjuk?" Munisa Layana memandang suaminya. Telefonnya ditunjuk kepada Hazeem Saqeef. Nombor dan mesej daripada Raziq Qifli di buangnya. "Puas hati sekarang?!" tengking Munisa Layana membuatkan Hazeem Saqeef terkejut. Kenapa perlu wanita itu menjadi berang sedemikian?
"Sayang? Hey. Kenapa marah-marah ni?" Tangan Hazeem Saqeef ingin menggapai tangan Munisa Layana namun ditepisnya kasar. "Are you happy now? Are you trying to control me now? I dah delete everything. Happy?!" Munisa Layana masih dalam amarahnya.
"Yes. I am happy! But what's the point kalau you delete everything in your phone but not the things in your mind and heart?!!" tengking Hazeem Saqeef. Matanya berkaca dan wajahnya merah padam! Wajahnya diraup kasar. Dia beristighfar.
"I am sorry, sayang. But can we please communicate, can we please discuss elok elok instead of gaduh macam ni? Please?" Hazeem Saqeef berkata, suaranya sudah mengendur. Dia tidak suka marah-marah ataupun menengking kerana baginya kalau begini sampai kiamat pun masalah tidak akan selesai. Hazeem Saqeef menarik lembut tangan isterinya dan di bawa duduk di hujung katil.
"Let's have a heart to heart conversation." Hazeem Saqeef mengelus lembut tangan Munisa Layana. Rasanya, inilah masa yang harus mereka gunakan untuk berbincang akan masa depan perkahwinan mereka. Bukan di saat selepas mereka sudah jauh belayar di alam perkahwinan, di saat di mana mereka mempunyai zuriat. Munisa Layana mengangguk kepalanya. Di saat ini, hatinya dan mindanya bercelaru. Dia marah, bukan pada Hazeem Saqeef namun pada dirinya sendiri. Entah kenapa baru sebentar tadi dia meletus segala amarahnya.
"Honestly, do you still love him?" soal Hazeem Saqeef dengan suara yang bergetar. Sudah lama dia memendam soalan ini. Munisa Layana menangis. "I'm sorry, Qeef. I truly am...sorry. I don't know... apart of me.... sebahagian dari diri saya.... masih ada rasa....dengan dia." Hazeem Saqeef memejam matanya. Allahu Akbar! Sakitnya hatinya saat ini ibarat disiat-siat dengan belati. Suatu kebenaran yang pahit untuk ditelan namun harus diterima dengan hati yang terbuka. Air mata lelakinya jatuh jua akhirnya.
Wajah Munisa Layana yang basah lencun dengan air mata di pegang nya kejap. "Go. I let you go.." katanya dengan suara yang bergetar, air matanya sudah jatuh. Munisa Layana menggelengkan kepalanya. "No.. I don't..." Tubuh Hazeem Saqeef dipeluknya. "Pergilah cari kebahagiaan awak, Munisa Layana. If he is your happiness, go after him. Saya tak nak dah tahan awak, seksa awak macam ni." ucap Hazeem Saqeef perlahan membuatkan Munisa Layana semakin kuat tangisannya.
"We can still fight for this." Munisa Layana berkata lagi, enggan melepaskan tubuh Hazeem Saqeef. "What's the point of fighting in this battle kalau awak sendiri dah surrender? I can't be the only one yang fight for our love, I've fought since day one.. I have to let you go, now." Hazeem Saqeef mengetap bibirnya. Sakit! Tiada ayat yang mampu menggambarkan rasa sakit yang dia rasakan selama ini. Sudah berapa tahun dia menyukai wanita itu dalam diam, di saat dia memperisterikan Munisa Layana, dialah lelaki terbahagia di dunia ini. Namun, mungkin ini ujian dari Tuhan. Mungkin rasa bahagia dirinya dan Munisa Layana hanya pada tahap ini sahaja. Mencintai tidak seharusnya memiliki, dia percaya andai kata Munisa Layana itu memang jodohnya, suatu hari kelak pasti wanita itu kembali kepadanya.
Pelukan Munisa Layana dilonggarkan. "No, Qeef.. please don't leave me. I sayang you so much. Please, let's fix this and make it right okay? I'm sorry...Qeef... Qeef." Munisa Layana menangis. "I am sorry too, tapi saya hanya manusia biasa. Ada hati dan perasaan. I can't be with you forever. Knowing how unhappy you are with me.. Saya manusia paling kejam kalau saya masih nak simpan awak, walaupun awak tak happy and that's so wrong." Hazeem Saqeef berkata lagi, dia turut menangis.
"I'm happy with you, Qeef. Beri saya satu peluang to fix this." Munisa Layana memegang tangan Hazeem Saqeef sekuat yang mungkin. Dahi Munisa Layana dikucup Hazeem Saqeef kejap. "Maafkan saya sebab saya tak mampu jadi suami yang baik kepada awak. Maafkan saya di atas salah dan silap saya. Halalkan semuanya, Munisa Layana dan izinkan saya untuk terus menyayangi awak hingga ke akhir nafas saya. You are my first, last and forever love. There's no others beside you. Only you, Munisa Layana. I love you so much, but I'm sorry we couldn't last macam saya janji dulu. And one day, if you need anything, you can always hit me up. I'm always here for you. Okay? Being with you will always be the best memories in my life, I have you in my arms and my heart but I don't know where do I stand or belong in your life. Saya sayang awak, but before things get even more worse let's put a full stop here. I want you to be happy with someone you love. I am not the one yang boleh bahagiakan awak macam mana dia bahagiakan awak. I can't love you the way he loved you. I'm sorry, I love you."
Munisa Layana tidak mampu berkata apa-apa lagi, dia hanya mampu menangis mendengar luahan hati suaminya itu. Hazeem Saqeef melepaskan pelukan Munisa Layana, telefon bimbitnya di ambil dan juga kunci kereta.
"Assalamualaikum, wife." katanya dan berlalu dengan hati yang duka meninggalkan Munisa Layana bersendirian.
YOU ARE READING
Aku Pilih Kamu
Roman d'amourMUNISA LAYANA .... seorang gadis yang jujur dan ikhlas dalam perhubungan. Dia dilahirkan dengan hati yang tulus dan murni. MUNISA LAYANA ingin mencari kepastian dalam hubungan dirinya dengan tunangnya, RAZIQ QIFLI yang semakin hari semakin jauh dar...