6

2.1K 108 6
                                    

Sudah menjadi kebiasaan dirinya untuk pergi 'melawat' ke Harrods setiap kali pergi ke London. Kali ini dia pergi bersendirian. 

Munisa Layana menjawab panggilan dengan serta merta sebaik sahaja melihat nama pemanggil itu.

"Waalaikumsalam abah." jawabnya lembut sambil tangannya membelek baju baju di hadapannya.

"Ana dekat Harrods." Abahnya, Mokhtar bertanya lagi di mana kah dirinya. 

"Okay, nanti Aunty Ana singgah sat dekat Hamleys ya." jawab Munisa Layana dengan tawa kecil apabila mendengar anak buahnya, Edry meminta mainan.

"Um... Abah. Nanti Ana call balik ya?" Talian di putuskan. Satu figura yang familiar sedang membelek beg tangan di satu sudut. 

Langkah kakinya dihayun menuju ke arah susuk tubuh itu.

"Hazeem Saqeef." panggilnya sebaik saja berdiri di sebelah lelaki itu, membuatkan tuan empunya badan berpaling ke arah suara yang memanggil.

"Eh. Yana! Hi." Beg tangan itu di lepaskan dan senyuman dihadiahkan kepada Munisa Layana. "Cari handbag untuk girlfriend ya?" usik Munisa Layana membuatkan wajah Hazeem Saqeef berubah merah, malu. Langsung tidak macho dan agak kekok apabila kantoi dengan Munisa Layana. "Ish, girlfriend apanya. Qeef ni mana ada girlfriend." Hazeem Saqeef tersengih. Munisa Layana memandang Hazeem Saqeef. Mustahil! "Ya ke? Entah - entah, banyak girlfriend eh?" soal Munisa Layana, entah kenapa dia terasa cemburu. 

"Muka ni nak ada girlfriend ramai? Please lah Yana. There's only one girl in my life that I'd love for the rest of my life." kata Hazeem Saqeef, sayu memandang Munisa Layana. "Lucky girl she is. Bila nak kahwin?" soal Munisa Layana, masih tidak perasan akan perubahan riak wajah Hazeem Saqeef. "Macam mana nak kahwin, kalau dia sudah dimiliki orang lain? Saya terlambat agaknya.." keluh Hazeem Saqeef, tubir matanya di kesat.

"Kalau jodoh tak ke mana, Qeef.. belum tentu perempuan kesayangan awak tu jadi berkahwin. Mana tahu in the end dia dengan Qeef." Munisa Layana tersenyum memandang Hazeem Saqeef. Hazeem Saqeef hanya tersenyum tipis. "Eh, Yana boleh tolong pilihkan handbag untuk ibu tak?" soal Hazeem Saqeef, menukar topik. 

"Eh, boleh je. What jenama ibu nak?" soal Munisa Layana, sambil memilih untuk ibu Hazeem Saqeef, boleh lah dia membeli satu atau dua beg untuk dirinya. Tapi, mesti dia di marahi Raziq Qifli sekiranya membeli bag lagi. Niatnya dibatalkan.  Hazeem Saqeef menggosok belakang lehernya. "Qeef tak tahu. Apa- apa jelah.." 

Satu bag tangan berjenama Dolce Gabbana dipilih Munisa Layana untuk ibu Hazeem Saqeef iaitu, aunty Nita. Hazeem Saqeef di belakang tersenyum melihat Munisa Layana yang giat memilih barangan. 

Setelah membayar barangan, mereka keluar dari Harrods. Shopping sakan Munisa Layana sebentar tadi, dia langsung lupakan Raziq Qifli. "Yana, kita lunch jom?" soal Hazeem Saqeef. Tangannya dihulurkan. "Barang awak bawa sini, biar saya bawakan." ujarnya lagi. "Thank you. Jom, lunch." Munisa Layana tersenyum manis.


Setelah makan, mereka bersiar-siar sebentar di kawasan itu. "Yana." Hazeem Saqeef menghulurkan satu plastik untuk Munisa Layana. "Saya punya ke? Tapi, saya dah bawa semua barangan saya." wajah polos itu keliru membuatkan Hazeem Saqeef tersenyum. "Tak, ni hadiah Qeef untuk Yana." Munisa Layana tersenyum manis. "Apa ni Qeef? Susah- susah je.. Thank you." 

"Hadiah? Nanti lah Yana tengok. Um, Yana stay sini sampai bila?" soal Hazeem Saqeef lagi. "Friday ni balik kot." ujar Munisa Layana perlahan. "Malam ni, Yana ada plan apa- apa ke?" soal Hazeem Saqeef lagi. Munisa Layana hanya menjongket bahu, tidak tahu.

"Eh, why not malam ni kita jalan area ni? Qeef free tak?" soal Munisa Layana, kelihatan teruja. Hazeem Saqeef tersenyum, redup matanya memandang wanita itu. "Anything for you."

 Mereka berbalas senyuman, dan entah kenapa, Munisa Layana terasa tenang, di sayangi dan selamat.

Jauh berbeza rasanya apabila bersama dengan Raziq Qifli. 


Aku Pilih KamuWhere stories live. Discover now