"Ana rasa tu yang terbaik, Abah ikutkan aje kehendak kamu. Abah dari dulu lagi tak berapa berkenan dengan Raziq tu." Mokhtar mengeluh. Munisa Layana memandang wajah abahnya itu, macam mana lah abahnya itu boleh selamba sahaja berkata? Tidak risaukah abahnya mengenai reputasi keluarga?
"Abah, Ana dah jumpa pengganti pengantin lelaki tu." Munisa Layana berkata lagi dan alangkah terkejutnya dia melihat Mokhtar tersenyum. "Tahu, dia ada call abah. Tak sangka your childhood friend is going to be your husband."
Terbuntang mata Munisa Layana. "He called you??!" Mokhtar menganggukkan kepalanya. "Terkejut jugak abah, he is a gentleman. I like him!" kata Mokhtar lalu meninggalkan Munisa Layana.
Nombor Hazeem Saqeef di dial nya. Panggilannya di sambut oleh suara garau yang memberi salam.
"Kenapa call Abah?" soal Munisa Layana, serious. Tidak menyangka yang lelaki itu berani bertindak memperkenalkan dirinya kepada Mokhtar.
"So that things will be easier tonight. Bukannya apa, saya introduced diri je." jawab Hazeem Saqeef selamba.
Munisa Layana mengeluh. "Awak rasa keputusan ni betul ke?" soal nya kepada Hazeem Saqeef.
Terdengar lelaki itu tertawa kecil di hujung talian, "Betul lah. Kenapa tak betul pulak? Yana ragu - ragu nak terima Qeef ke?" soal Hazeem Saqeef.
"T...tak! Cuma, saya takut." Munisa Layana mengeluh lagi. "Apa ni mengeluh? Tak baik lah. Apa yang awak takutkan?" soal Hazeem Saqeef perlahan.
"Saya takut awak jadi macam ....." Munisa Layana terdiam sejenak. Tidak mahu menyebut nama lelaki itu.
"If that is what you're worrying about, In Sha Allah, saya tak akan jadi macam dia. Saya tak akan lukakan hati awak. Saya akan jaga awak sebab awak amanah untuk saya jaga til the end of time. Maybe, kalau di banding kan saya banyak kekurangan berbanding dia, tapi please, try to open up your heart and give me a chance. I can love you right, Munisa Layana." ujar Hazeem Saqeef membuatkan air mata Munisa Layana jatuh.
"In Sha Allah, Qeef. Thank you... I.... gotta go. Jumpa awak malam ni." kata Munisa Layana dengan perlahan. Talian diputuskan.
Patutkah Hazeem Saqeef di berikan peluang?
YOU ARE READING
Aku Pilih Kamu
RomansaMUNISA LAYANA .... seorang gadis yang jujur dan ikhlas dalam perhubungan. Dia dilahirkan dengan hati yang tulus dan murni. MUNISA LAYANA ingin mencari kepastian dalam hubungan dirinya dengan tunangnya, RAZIQ QIFLI yang semakin hari semakin jauh dar...