15

1.9K 74 0
                                    

Raziq Qifli mengetap bibirnya kuat.  Hatinya yang sakit bertambah sakit bagai ditusuk sembilu apabila melihat pasangan yang berjalan memasuki kedai makan.

Wanita itu tampak bahagia, tersenyum indah di samping lelaki itu. Benci!  Menyampah!  Meluat!  Geram! 

"Muny!" jeritnya kuat, membuatkan semua pengunjung melihat ke arah Raziq Qifli termasuklah pasangan tersebut, Munisa Layana dan Hazeem Saqeef.

Wajah yang ceria tadi berubah dengan sekelip mata apabila melihat Raziq Qifli. "Ziq..." Munisa Layana berdiri perlahan-lahan menjauhi Raziq Qifli yang semakin menghampiri.  Hazeem Saqeef berdiri di hadapan isterinya, menghalang Raziq Qifli daripada mendekati.

"I miss you." kata Raziq Qifli, matanya memandang tepat ke arah Munisa Layana. Tidak memperdulikan Hazeem Saqeef, tanpa segan silu dirinya mengungkapkan kata-kata cinta.

"Ziq, Muny dah jadi isteri orang." tangan Munisa Layana menggenggam kuat lengan sasa suaminya. Sedari tadi, Hazeem Saqeef berdiam diri tapi melihat suaminya itu, Munisa Layana tahu bahawa Hazeem Saqeef sedang mencuba mengawal emosi dan amarahnya.

"Dia rampas you dari I. Muny please..... kita dah lama bersama, takkan sebab bodoh tu you nak tinggalkan I." Raziq Qifli cuba untuk menyentuh Munisa Layana namun cepat sahaja tangan Hazeem Saqeef menepis tangan itu.

"Tolong, jangan sentuh isteri saya." kata Hazeem Saqeef, dengan giginya yang diketap.

"Kau dah rampas tunang aku lepas tu kau nak marah aku??? Kau ni jantan sangat??? Muny, hebat sangat ke dia ni??? Is he as good as me???? Can he makes you moan like I do????" ujar Raziq Qifli dengan senyuman miang,  matanya melihat Munisa Layana dengan penuh nafsu dan bibirnya dijilat.

Telinga Hazeem Saqeef menjadi merah mendengar kata- kata keji yang di lemparkan oleh Raziq Qifli. Satu penumbuk dihadiahkan kepada lelaki itu,  dadanya berombak dan tangannya bergetar.

"Aku dari tadi dah bersabar dengan kau! Kau dengar sini, kau jangan kacau isteri aku, jangan nak hina isteri aku. Dia wanita bermaruah!" sebaik sahaja dia berkata,  Hazeem Saqeef terus menarik tangan Munisa Layana keluar dari kedai makan itu.  Tiada mood untuk makan.

Aku Pilih KamuWhere stories live. Discover now