27

1.6K 65 3
                                    

Sedang Munisa Layana bersiap-siap, telefonnya berdering. Pasti Hazeem Saqeef yang menelefonnya! 

"Sayang, orang tengah bersiap lah ni. Rindu sangat ke?" katanya namun tawa orang di hujung talian mematikan senyuman Munisa Layana.

"Boo-bear, lama you tak panggil I sayang. Yezzzah,  I miss you. A lot." suara Raziq Qifli menyapa gegendang telinga. Tidak menyangka Munisa Layana masih sudi memanggil dirinya dengan panggilan manja itu. Munisa Layana mengeluh, "Kenapa you call I ni?"

"Macam yang I cakap, I just rindu. Jom kita pergi lunch." ajak Raziq Qifli, dia bercakap seolah-olah Munisa Layana masih kekasihnya membuatkan Munisa Layana kaget. Lelaki itu masih berharap akan peluang yang entah keberapa kali kah?  Bukan kah sudah dia jelaskan dengan Raziq Qifli yang dia sedang memberi ruang dan peluang dengan Hazeem Saqeef.

"Look — you should know your limits, Raziq Qifli.  I dah jadi isteri orang, berapa kali eh I perlu bagitau you?  That I am a married woman." Munisa Layana berasa geram pula dengan lelaki itu. Macam nak hempuk ada juga, namun dia juga berasa rindu dengan Raziq Qifli. Dia mulai melayan Munisa Layana seperti mana dia melayan diri Munisa Layana sewaktu zaman awal percintaan mereka.

"10 thousand times or even a gazillion time pun, I tak nak dan tak akan faham. You're mine and only mine, Munisa Layana. I'll make sure of that." Raziq Qifli memutuskan talian, membuatkan Munisa Layana terkesima. Begitu sekali?  Huh, mengenali lelaki itu, dia lebih banyak bercakap, membuatnya tidak. Munisa Layana mengusap wajahnya, dia meletakkan Huda Lipmatte code Girlfriend di bibir mungilnya.

Hazeem Saqeef tiba sebaik sahaja Munisa Layana turun daripada tingkat atas. "Assalamualaikum, wife." Hazeem Saqeef menghulurkan tangan untuk bersalaman. Tangannya di sambut mesra, dan tubuh sasa miliknya di dakap erat. Hazeem Saqeef menghadiahkan ciuman pada dahi Munisa Layana. Tubuh isterinya di peluk mesra.  "So attached, don't wanna let you go." bisik Munisa Layana membuatkan Hazeem Saqeef terlopong. Berani jugak isterinya bercakap romantis begitu di siang hari.  "I don't and won't let you go. But for now, you have to lepaskan pelukan because your husband nak pergi tandas." Hazeem Saqeef mencebik, membuat muka comel membuatkan Munisa Layana tertawa.

"You know — this wifey is willing to go to the toilet with you too because that's how attached she feels now." Munisa Layana dan Hazeem Saqeef sama sama tertawa, bahagianya bergurau senda.

"Ey.. Feel free to join." Hazeem Saqeef menarik lembut tangan isterinya pantas Munisa Layana menolak.  "Wek, tak nak. Saya sayang awak bila awak wangi je. Cepatlah Qeef!!  Orang dah tak sabar nak pergi kampung ni!"

Hazeem Saqeef hanya ketawa saja melihat gelagat isterinya. Excited lebih memandangkan dia tidak pernah balik ke kampung.

_------

Sepanjang perjalanan, Munisa Layana hanya berdiam diri, fokusnya adalah pada pemandangan sepanjang perjalanan pulang ke kampung. 

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh tidaklah mengambil masa yang lama, cuma 2 jam setengah sahaja namun sengaja Hazeem Saqeef membawa kenderaan agak perlahan. 'She's enjoying the view, but she's my view and I'm enjoying it.' kata hati kecilnya.

"Sayang, boleh bukakan air mineral untuk saya?" kata Hazeem Saqeef, memecahkan kesunyian di antara mereka. Tanpa banyak cakap, Munisa Layana membuka botol air untuk si suami. "Penat drive ni nak Yana ganti Qeef drive ke?" soal Munisa Layana kepada Hazeem Saqeef, namun hanya mendapat gelengan dari Hazeem Saqeef.

"Nanti, selain jumpa ahli keluarga kita boleh tak jalan jalan dekat sana, b?" soal Munisa Layana penuh manja.  Hazeem Saqeef tersenyum, "Boleh, tapi kita cuti ni dalam 3 hari je." Hazeem Saqeef memandang kejap wajah itu. Tampak kecewa namun masih tersenyum.  "Takpelah, we can visit your hometown as frequent as we can!"

Telefon bimbit milik Munisa Layana berdering.  S9+ nya di lihat dan nama yang tertera pada skrin telefon pintar itu membuatkan dirinya merengus kasar. Hazeem Saqeef memandang wajah isterinya, dia berdehem. "Kenapa tak jawab call?"

Munisa Layana memandang wajah suaminya itu.  Tampak innocent sahaja wajah kacak itu.  Pantas dia menggeleng, "Tak penting. Anyways, relatives awak lain semua datang ke?" soal Munisa Layana.  Yalah waktu kahwin dulu pun mana sempat nak invite semua ahli keluarga, hanya yang terdekat sahaja. Al maklumlah, kahwin ekspres! 

"InshaAllah, semua ada nanti." jawab Hazeem Saqeef, matanya mengerling ke arah telefon bimbit si isteri. Nama yang tertera menghantar mesej berpuluh-puluh kepada si isteri adalah insan yang sama dalam tekaannya.  Raziq Qifli.

Masihkah isterinya mencintai lelaki itu? Dia beristighfar, tidak mahu hasutan negatif menganggu pemikirannya.

"Welcome to Ipoh!" kata Hazeem Saqeef kepada si isteri yang sudah tersenyum melihat negeri kelahiran ibunya.

Dalam diam, Hazeem Saqeef berdoa agar wajah yang sedang tersenyum bahagia itu akan kekal tersenyum indah hingga ke akhirnya.

Aku Pilih KamuWhere stories live. Discover now