Bab 5

87.7K 4.1K 124
                                    

versi barubelum edit


RHEA mengeluarkan pakaian-pakaian dari dalam bagasi lalu dilipat dan digantung di dalam almari. Kulit kepala yang tidak gatal digaru dengan hujung jari. Isk, alamak... macam mana ni? Dia tak ada baju yang sesuai untuk dipakai pada hari pertama mendaftar masuk ke kolej nanti. Baju kurung adalah dalam tiga empat helai. Yang lebihnya dia tinggalkan dekat si kembar sebab si kembar tu memang suka pakai baju kurung dia. Nasiblah sama saiz.

   "Dok garu apa kepala tu?" tiba-tiba Opah muncul dengan senyuman manisnya.

   "Opah..." meleret-leret Rhea memanggil Opahnya itu. Mulutnya dimuncung panjang.

   "Awat ni? Baju dah kemas habis semua ka?" meliar mata Opah memandang dua bagasi besar milik Rhea yang terbuka di atas lantai.

   "Dah, tinggal sikit lagi nak lipat. Opah..."

   "Awat?"

   "Rhea tak ada baju nak pakai masa hari pendaftaran masuk kolej nanti. Semua baju-baju yang ada tak sesuai," luah Rhea. Mendengarkan itu, Opah langsung ketawa. Bahu Rhea dipeluk dari tepi.

   "Opah ingatkan sebab apalah yang hang duk tergaru-garu dari tadi," tergeleng kepala Opah.

   "Macam mana ni, Opah? Rhea tak ada baju yang sesuai."

   "Sini ikut Opah,"

   "Nak pergi mana?"

   Opah tak membalas apa-apa. Pergelangan tangan Rhea dicengkam lembut dan ditarik. Rhea mengekori langkah Opah menuju ke biliknya. Pintu almari yang sudah lama itu dikuak. Opah keluarkan sehelai kebaya berwarna krim dari dalam almari.

   "Ni, Opah rasa muat dengan hang." sehelai kebaya lama yang disangkut dengan hanger itu dihulurkan pada Rhea.

   "Cantiknya kebaya ni, Opah. Siapa punya?" tak berkelip mata Rhea membelek kebaya lama ditangannya. Walaupun warnanya sudah pudar tapi masih kelihatan cantik lagi.

   "Opah la punya." tersenyum-senyum Opah lalu punggungnya dilabuhkan pada birai katil. Rhea memandang tak percaya.

   "Seriuslah kebaya ni Opah yang punya?"

   "Ya. Opah pakai kebaya tu masa hari nikah Opah dengan arwah Tok Wan hang dulu. Kalau hang nak tau, dulu bodi Opah macam hang la. Elok, ramping. Sayangnya Opah tak ada gambar nak tunjuk kat hang. Tapi lani, tak muat dah la kebaya tu dengan Opah. Tapi Opah simpan lagi kebaya ni sampai sekarang," cerita Opah. Teringat kembali zaman anak daranya dulu. Dia memang gemar berkebaya. Lagi-lagi dulu potongan tubuhnya macam kerengga.

   "Mesti dulu Opah cantik gila, kan?" Rhea sengih mengambil duduk di sebelah Opah.

   "Mestilah! Kalau dak, arwah Tok Wan hang tak ajak la Opah menikah dengan dia," Opah terlihat tersenyum bangga sebelum bahu Opah bergegar kerana ketawa. Rhea turut terkena tempiasnya sama.

   "Teringin Rhea nak tengok muka Opah masa muda-muda dulu,"

   "Hang pi tengok muka mama hang sudah la Rhea, oi. Macam mana rupa mama hang masa dia muda, macam tu juga la rupa Opah masa Opah muda dulu." paha Rhea ditepuk lembut. Bibir Rhea membentuk senyum. Tak dinafikan, mamanya memang cantik. Menurun dari Opah rupanya.

   "Ni kebaya ni, Opah bagi Rhea ke?" Rhea kembalikan topik kebaya lama yang sedang berada di atas ribanya itu.

   "Hang pakai la masa hari pendaftaran masuk kolej hang nanti."

   "Takpe ke Rhea pakai kebaya Opah ni?"

   "Daripada Opah biar aja kebaya tu dalam almari, elok la kalau hang pakai. Tapi kena basuh dulu la. Kebaya ni elok lagi sampai sekarang. Tak rosak cuma warna dia ja yang pudar sikit."

Lecturer Sebelah Rumah | TerbitWhere stories live. Discover now