versi baru
belum edit
"AKU rasa aku berminat dengan Hani,"
"Kau sukakan Hani ke?"
"Yup!"
Rhea melepas nafas berat. Wajah disembam atas meja. Entah kenapa, ayat-ayat menyakitkan itu asyik berputar di kotak fikiran dan terngiang-ngiang di telinga. Puas dia cuba menepis tapi suara-suara menjengkelkan itu seolah-olah tidak mahu membiarkan dia tenang.
Kenapa... kenapa Mikael perlukan sukakan Hani? Tak... macam mana Mikael boleh sukakan Hani? Itu yang tak pernah terlintas difikirannya!
"Assalamualaikum," suara ceria Hani pada pagi itu menerobos ke lubang telinga Rhea. Terus Rhea mengangkat wajahnya dari meja. Memandang Hani yang sudah menghuni kerusi kosong disebelahnya. Salam Hani dijawab perlahan, cukup sekadar didengar telinga sendiri.
"Ni dah kenapa pagi-pagi dah tayang muka macam tu? Tak cukup tidur ke apa?" soal Hani. Rhea sengih kelat.
"Malam tadi aku tidur lambat..." Rhea menyapu wajahnya. Betul, malam tadi entah pukul berapa dia terlelap. Terjaga pun bila Opah ketuk pintu biliknya untuk solat subuh. Kemudian terus bersiap untuk ke kolej. Sepanjang perjalanan ke kolej tadi, dia tertidur dalam kereta. Mujurlah si Mikael tak kacau lenanya yang cuma berapa minit itu.
"Kau dah breakfast?" tanya Hani. Bila Rhea menggeleng, terus Hani bangkit ke kaunter. Selang sepuluh minit, Hani muncul dengan sepinggan roti bakar dan dua gelas minuman panas.
"Jom makan. Nanti kalau biar aje perut kosong, tak fokus pula nak belajar." pinggan tersebut ditolak ke depan Rhea. Tidak menolak, Rhea mencapai sekeping roti bakar yang disapu jem peanut butter. Lambat-lambat dia mengunyah roti bakar tersebut sambil memandang wajah Hani. Hani cantik... padanlah Mikael sukakan dia. Tapi, apa kurangnya aku?
"Kau pandang apa?" berkerut pelipis Hani bila mata Rhea asyik dipaku ke wajahnya. Tersentak, Rhea menggeleng bersama senyuman hambar.
"Skin kau cantik. Pakai produk apa?"
"Ceh! Soalan tu sepatutnya aku yang tanyakan dekat kau. Kulit licin macam kulit telur. Jealous tahu tak?" tercebik bibir Hani. Jujur, dia suka melihat wajah Rhea. Bersih dari sebarang cela kecuali dahi Rhea yang terdapat parut luka akibat terhantuk stereng kereta tempoh hari. Tapi, tetap tidak mengurangkan sedikit pun kecantikan semulajadi gadis itu.
"Saya cuci muka pakai air wuduk je wak..." Rhea berseloroh, mengundang cebikan di bibir Hani sebelum kedua-duanya ketawa.
"Erm, Hani."
"Ya?"
"Kau... tak ada boyfriend?"
Semedan Hani ketawa mendengarkan soalan Rhea itu. Kepalanya tergeleng-geleng sambil menyuap roti bakar ke mulut.
"Tak ada orang nak kat aku ni, Rhea. Lainlah kau... ada Muaz," Hani tersenyum nakal. Macamlah dia tak tahu yang Muaz memang syok dekat Rhea. Cuma Rhea saja yang buat-buat bodoh. Makna kata lain, Rhea tak layan pun.
"Eei... kenapa sebut-sebut pasal Muaz pulak ni? Dia tu kan senior kita." berkerunyut muka Rhea.
"Tapi dia suka kau, Rhea." tergam rapat bibir Rhea bila Hani cakap macam itu. Wajah Muaz terbayang-bayang di ruang mata. Muaz tak ada kurangnya. Kacak juga. Tapi entah kenapa, Rhea tak tertarik pada lelaki itu. Mungkin kerana dia sukakan Mikael?
"Dah la. Jangan cakap pasal Muaz lagi. Kau takde sesiapa yang kau suka ke, Hani?" Rhea memicingkan matanya. Dia mahu tahu apa isi hati kawan baiknya ini. Mustahil Hani tak sukakan sesiapa. Kat kolej ni, kumbang bukannya seekor. Bermacam-macam jenis kumbang ada. Tak kanlah seekor kumbang pun Hani tak berkenan?
YOU ARE READING
Lecturer Sebelah Rumah | Terbit
Romance3rd Romance by CikMardiah [BEST ROMANCE WINNER FABULOUSAWARDS 2017] [ Highest Ranking #1 , ●5 Feb 2018 ●17 Feb 2018] Start Publish ; 16 Sept 2017 End ; 16 Feb 2018