Bab 17

75K 3.5K 64
                                    

versi baru

belum edit

MELANGKAH saja masuk ke dalam dewan kelas, Rhea rasa berpasang-pasang mata kini tertumpu ke arahnya. Tak cuma itu, sepanjang langkahnya ke tempat duduk, telinganya menangkap suara-suara yang saling berbisik. Tapi, tak dapat pula Rhea mendengar jelas inti pati bisikan mereka itu.

Dengan riak pelik yang terpeta di wajah, Rhea melabuhkan duduk di sebelah Hani. Sama seperti yang lain, Hani juga turut memandangnya dengan satu pandangan yang dia sendiri tidak tahu apa maksudnya. Macamlah dia baru aje lepas pergi bunuh orang. Atau... rampas suami orang? Eh!

"Kenapa kau pandang aku macam tu? Nope... kenapa semua orang pandang aku macam aku ada buat salah besar?" terjongket sebelah kening Rhea menyoal Hani. Hani menghela satu nafas panjang.

"Ada orang nampak kau keluar dari kereta Sir Afham pagi tadi. Kau ada apa-apa hubungan ke dengan Sir Afham tu?" mata Hani memicing memandang ke arah Rhea. Rhea terbatuk kecil. Alahai... siapa pula yang terbuka hijab nampak dia keluar dari kereta Mikael? Padahal selama dia menumpang kereta Mikael untuk ke kolej, tak ada pula orang perasan.

"Errr..."

"Kau bercinta diam-diam eh dengan sir?"

"Choi! Merepek!" laju Rhea menyelar tuduhan tak berasas Hani. Dia bercinta dengan Mikael? Gila ke?

"Habis, macam mana kau boleh naik kereta sir? Kalau dah naik kereta sir, bermaksud hubungan kau dengan sir memang rapatlah, kan? Bukan sekadar lecturer dan student?" soal Hani lagi. Rhea menghela satu nafas panjang. Wajah Hani yang terpeta rasa ingin tahu itu dipandang.

"Sebenarnya..."

"Oi, Rhea!" tak dan Rhea menghabiskan ayat, kedengaran satu suara jelak menyapa deria pendengarannya. Terus Rhea memutarkan tubuhnya ke belakang. Memandang pemilik suara yang meng'oi' kan dia tadi.

"Pandai ek kau goda Sir Afham tu? Sampaikan boleh naik kereta Audi dia. Apa rahsia kau, huh?" tanya Aria dengan nada jengkel. Aria merupakan rakan sekelas Rhea. Pada pandangan Rhea, Aria orangnya agak diva. Outfit datang kelas pun dah macam nak pergi shopping mall. Kemain bergaya. Tapi, itu Rhea tak kesah sangat. Apa yang Aria nak pakai, itu bukan urusannya. Tapi yang Rhea kesah, mulut si Aria tu. Haih, rasa macam nak sumbat dengan cili besar aje. Annoying!

"Kenapa sibuk nak tahu? Jealous aku boleh naik kereta Audi sir yang kacak tu, huh?" tanya Rhea. Sengaja menyimbah minyak kepada Aria. Macamlah Rhea tak tahu yang Aria memang ada hati dekat Mikael. Pernah Aria terang-terangan cuba mengurat Mikael. Dalam kelas pun sempat lagi Aria menggeletis nak menarik perhatian Mikael. Mujurlah Mikael tak layan.

Mata Aria terjegil besar mendengar balasan Rhea. Terketap-ketap bibirnya. Rasa mahu saja dia baling buku ke arah Rhea. Huh!

"Rhea, dah la tak payah layan..." Hani menarik lengan Rhea. Dia tak mahu timbul pergaduhan dalam kelas ni. Si Aria tu bukan boleh dikira. Tak fasal-fasal kelas ni jadi gelangang lawan tarik rambut nanti.

Rhea mendengus. Dia kembali duduk di posisi asal. Sayup-sayup telinganya mendengar suara Aria sedang menyindirnya. Ah... malas layan diva celup tu!

"Suka hati dia aje cakap aku goda sir!" decit Rhea. Hani diam tidak membalas. Sekadar memicit lengan Rhea meminta agar gadis itu bertenang meskipun hatinya begitu meronta-ronta mahu tahu apa hubungan sebenar Rhea dan pensyarah mereka itu. Tak kanlah mereka bercinta? Tapi Rhea sendiri yang menyangkal spekulasinya itu. Tapi, kalau tak bercinta... macam mana Rhea boleh naik kereta Mikael?

"Sebenarnya sir tu jiran aku,"

"Hah?" bulat biji mata Hani.

"Sorry sebab aku tak bagitahu kau yang sir tu sebenarnya jiran sebelah rumah aku. Nenek dia dan Opah aku kawan baik. Selama ni aku datang kolej dengan dia. Tapi dia drop aku depan pagar kolej sebab tak nak ada sesiapa nampak. Sorry, aku tak ada niat nak rahsiakan benda ni daripada kau." Rhea gigit isi pipi. Selama ini bila Hani tanya dia datang ke kolej dengan apa, Rhea menjawab bahawa dia menumpang orang kampungnya tanpa memberitahu siapakah orangnya. Dan Hani pun tak ada bertanya lebih.

Lecturer Sebelah Rumah | TerbitWhere stories live. Discover now