Bab 8

81.7K 4K 116
                                    

versi baru

belum edit


"OPAH..."

Opah yang sedang sibuk menjahit itu menoleh memandang Rhea yang sedang bersila atas lantai.

"Monyok ja muka tu dah kenapa?" tanya Opah, dia kembali fokus dengan kerja menjahitnya.

"Kenapa Opah tak bagitahu Rhea yang Mikael tu lecturer Rhea kat kolej?" panjang sedepa muncung Rhea. Mendengarkan itu, Opah ketawa sampai terhinjut-hinjut bahunya.

"Sorrylah, Opah lupa..." tersengih Opah. Memang dia lupa nak bagitahu Rhea bahawa Mikael mengajar di kolej Rhea. Pernah sekali dia mahu memberitahu Rhea soal itu tapi Mikael pula tiba-tiba muncul sekaligus mematikan niatnya.

"Macam mana ni, Opah? Tak naklah Rhea nak belajar dengan cucu jiran sebelah ni. Kalau dia buli Rhea macam mana, Opah?" urgh... tak mustahil Mikael akan membulinya dengan status mereka yang sekarang. Iyalah, Mikael itu pensyarah dan dia pula pelajar lelaki itu. Macam mana kalau Mikael cari fasal dengan dia dan gagalkan dia dalam subjek lelaki itu tanpa sebab?

Tiba-tiba teringat apa kata Mikael dalam kelas siang tadi.

"Saya seorang yang very easy going person. Saya tak suka jadikan benda yang mudah menjadi sukar. Cara saya mudah, kamu fokus dalam kelas saya, bagi komitmen dan juga full attention dalam kelas saya, saya akan luluskan kamu untuk subjek ni."

Huh, iyalah tu! Very easy going person la sangat!

"Haih, baguslah kalau Mika tu jadi pensyarah hang. Senang hang nak belajar apa-apa dengan dia lepasni. Kut hang tak faham apa-apa, boleh pi tanya dia. Nak pi kolej tumpang kereta dia pun senang. Tak gaduh dah hang nak pikiaq cara nak pi kolej lepas ni," balas Opah.

Rhea mengeluh. Sebenarnya, ada bagusnya juga bila Mikael tu mengajar di kolejnya. Satu, dia boleh minta tolong Mikael apa-apa berkaitan hal kampus. Dua, dia boleh tumpang lelaki itu ke kolej. Tapi, kenapa Mikael perlu mengajar kelasnya? Baru semester satu, Rhea dah mula rasa tertekan dengan lelaki itu. Huh!

"Tapi, Opah... Rhea rasa tak selesa la berjiran dengan lecturer sendiri," keluh Rhea lagi. Opah menyudahkan kerja menjahitnya. Cermin mata ditanggalkan lalu fokusnya kini terarah kepada Rhea.

"Mula-mula memanglah macam tu. Lama-lama nanti okey la. Dah, tok sah dok pikiaq lagi pasal benda kecik ni. Ada hikmah la tu Mikael jadi pensyarah hang," berkerut muka Opah sambil bangun dari kerusi menjahitnya. Menyorot mata Rhea memandang langkah Opah meninggalkan ruang tamu.

Ya Allah, hikmah apanya Opah? Rhea rasa masa depan Rhea dah kabur-kabur. Disebabkan Mikael itu pensyarah, lepas ni dia mesti kena ikut apa kata lelaki itu. Kalau tak, tak fasal-fasal dia kena repeat paper financial accounting. Mikael tu dah la berlagak, kerek pula tu.

"Opah, boleh tak Rhea pindah kolej lain?" laung Rhea dari ruang tamu.

"Jangan nak mengarutlah, Rhea oi!" balas Opah. Rhea tutup wajah dengan kedua-dua belah tangannya. Azablah aku lepasni...

HARI ini merupakan hari kedua dia sebagai pelajar kolej. Macam biasa, dia ke kolej bersama Mikael. Dan macam biasa juga, Mikael turunkan dia dekat depan pintu pagar walaupun selepas Mikael menurunkan dia di situ, lelaki itu memandu keretanya memasuki kawasan kolej. Rhea berdecit. Mungkin Mikael tak mahu timbul apa-apa khabar angin yang tak sedap didengar jika ada orang nampak seorang pelajar menaiki kereta pensyarah ke kolej.

Terngiang-ngiang kembali perbualan dia dan Mikael dalam kereta tadi.

"Kenapa kau tak bagitahu aku yang kau lecturer dekat kolej tu dan kau mengajar kelas aku semester ni?" tanya Rhea. Pandang Mikael di sebelah, Rhea nampak hujung bibir Mikael tercungit sedikit.

Lecturer Sebelah Rumah | TerbitWhere stories live. Discover now