Bab 13

80.2K 3.5K 166
                                    

versi baru

belum edit


"GOOD LUCK!"

Rhea menoleh memandang Mikael yang duduk di tempat pemandu sebelum dia membuang pandang ke luar tingkap kereta.

"Aku nervous la..." luah Rhea. Kelihatan beberapa buah kereta yang digunakan oleh pelajar memandu terpakir di dalam kawasan pusat memandu.

"Relaks. Baca doa banyak-banyak. Awal-awal ni memanglah kau akan rasa takut, nervous. Tapi lama-lama nanti kau akan okey. Trust me," Mikael layangkan senyuman manis. Berharap senyumannya itu mampu menghapus rasa gemuruh gadis itu.

"Terima kasih hantarkan aku," tutur Rhea. Tali pinggang keledar yang membelit tubuh dilepaskan. Sekarang pukul lapan pagi. Kelas memandunya bermula jam lapan setengah pagi.

"Kau habis kelas pukul berapa?" tanya Mikael.

"Ikut jadual pukul sepuluh setengah pagi. Kelas driving hari ni dua jam." jawab Rhea.

"Aku datang ambil kau nanti,"

"Eh, tak payahlah. Aku boleh balik naik Grab," tolak Rhea. Hari ini dia tak ke kolej sebab tak ada kelas. Jadi dia ingat lepas selesai kelas memandunya ni, dia nak terus balik rumah.

"Kau tu student. Cubalah jimat sikit duit tu. Asyik nak naik Grab aje kau ni," berkerut-kerut muka Mikael.

"Kau takde kelas ke?" Rhea tanya. Banyak pula masa si Mikael nak datang ambil dia habis kelas memandu nanti.

"Pukul sepuluh jadual aku free. Pukul dua baru ada kelas," jawab Mikael. Lama Rhea pandang muka Mikael. Apahal Mikael ni baik sangat dengan dia hari ni eh? Ada udang disebalik batu ke apa? Ke Mikael rasa bersalah sebab kes hari tu? Tapi, tak kanlah...

"Aku tau kenapa kau pandang muka aku lama-lama macam tu. Mesti dalam hati kau tu tengah puji aku, kan? Haih... beruntungnya aku dapat lecturer macam Mikael ni. Dah la baik hati, handsome pulak tu." Mikael tersenyum-senyum sendiri. Dan-dan Rhea tarik muka empat belas.

"Pigidahhh! Geli pula tekak aku. Dah la, bye!" tak berlengah, terus saja Rhea melangkah keluar dari perut kereta Mikael. Menonong dia berjalan memasuki pusat memandu tanpa menoleh ke belakang. Sementara Mikael dah bergegar tubuh kerana ketawa. Haih, Rhea.

TERKIAL-KIAL Mikael menolak pintu perpustakaan sambil membawa beberapa buah buku rujukan yang tebal-tebal semuanya. Terbuka saja pintu, terus saja kakinya melangkah masuk. Namun, entah di mana silapnya dia terlanggar seorang pelajar. Kertas-kertas yang dipegang pelajar tersebut habis jatuh berselerak ke lantai.

"Eh, sorry! Saya tak perasankan awak," kelam-kabut Mikael meletakkan buku-buku tebal itu di atas meja kaunter sebelum turut membantu pelajar tersebut mengutip kertas-kertasnya.

"Tak apa, sir. Salah saya juga sebab jalan tak tengok depan," Hani melayang senyuman manis buat Mikael. Buat seketika, Mikael terpana dengan senyuman itu. Namun lekas-lekas ditepis rasa asing yang tiba-tiba saja bertandang. Mikael... she's your student!

Siap mengumpul kertas-kertas yang berselerak itu, serentak Mikael dan Hani bangkit dari posisi.

"Kertas apa tu?" ringan mulut Mikael menyoal.

"Oh, ni exam paper semester lepas. Saja ambil nak buat revision sikit-sikit," jawab Hani. Seketika Mikael tersedarkan sesuatu.

"Awak ada kelas ke hari ni?" berkerut muka Mikael menyoal. Kalau Hani ada kelas hari ini, maksudnya Rhea juga ada kelaslah, kan? Rhea dan Hani kan satu kelas dan satu batch. Mesti subjek yang mereka ambil semester ini adalah sama.

Lecturer Sebelah Rumah | TerbitWhere stories live. Discover now