Bab 9

77.6K 4K 113
                                    

versi baru

belum edit


RHEA menolak pintu perpustakaan. Memandangkan masih awal, jadi tak ramai pelajar berada di sini. Langkah diatur menuju ke ruang karel iaitu sebuah meja yang mempunyai dinding pemisah dengan meja yang lain. Rhea menarik kerusi lalu punggungnya dihenyak di situ. Beg kanvasnya diletakkan atas meja. Airpod disumbat masuk ke dalam kedua-dua belah lubang telinganya. Muzik dari telefon bimbitnya dimainkan.

Hari ini kelas dia pukul dua petang. Bayangkan, kelas pukul dua petang tapi dia dah terpacak kat kolej jam lapan pagi. Huh!

Rhea mengeluh berat. Entah sampai bila dia mahu mengharapkan ihsan Mikael dengan menumpang kereta lelaki itu ke kolej. Disebabkan dia menumpang kereta Mikael jugalah, setiap pagi dia akan ke kolej walaupun kelasnya adalah pada waktu petang. Tak ada pasal Mikael nak ulang-alik jemput dia kat rumah. Fikir lelaki itu tak ada kerja lain ke?

"Kalau aku duduk rumah sewa pun okey juga, kan?" bisik Rhea, perlahan. Kalau dia duduk rumah sewa, dia tak perlu susahkan sesiapa dan tak perlu menumpang kereta Mikael lagi. Dia tahu dekat area kolej ni ada banyak rumah sewa. Jalan kaki aje dah sampai kolej.

Tapi... tak kanlah dia nak tinggalkan Opah? Encik Rafael dan Puan Hanani hantar dia pulang ke sini sebab nak dia temankan Opah sambil-sambil sambung belajar. Aduh, apahal complicated sangat hidup kau ni, Rhea?

Tok! Tok! Tok!

Tersentak Rhea bila mejanya diketuk seseorang. Terus dia angkat kepala dari meja. Berkerut-kerut dahinya memandang Mikael yang tiba-tiba bertenggek di tepi mejanya. Rhea pandang sekeliling. Tak ramai pelajar. Patutlah Mikael berani tegur dia.

"Apa?" Rhea tanya sambil mencabut airpod yang menutup lubang telinganya. Kacau aje orang nak tidur!

"Sini bukan tempat tidur. Kalau nak tidur, pergi surau." tutur Mikael. Terjuih-juih bibir Rhea. Eei, suka hatilah nak tidur kat mana pun. Bukannya dia berdengkur sampai dengar satu library ni!

"Tak payah sibuklah..." balas Rhea. Mikael menggeleng. Sebenarnya, dia kesian juga bila Rhea terpaksa ikut dia ke kolej setiap pagi kerana gadis itu menumpang keretanya. Tapi, nak buat macam mana lagi? Rhea tak ada pilihan.

"Mikael," elok dia mahu berura-ura pergi, Rhea memanggilnya. Wajah Rhea dipandang.

"Kau nak apa-apa ke?" Mikael tanya. Rhea menggeleng.

"Aku cuma terfikir. Kalau aku duduk rumah sewa okey tak?" Rhea mengemam bibir. Dia nak jugalah tahu apa pandangan Mikael tentang niatnya untuk duduk di rumah sewa.

"Kenapa pula kau nak duduk rumah sewa?"

"Sebab senang. Aku tak payah tumpang kereta kau lagi lepasni. Aku tak perlu datang kolej awal-awal pagi kalau kelas aku petang."

Mikael terdiam. Nafas dihela panjang.

"Kau bincanglah dulu dengan Opah. Tanya pendapat dia. Dah, aku ada kerja." sejurus itu, Mikael berlalu menuju ke ruangan fotostat. Rhea gali nafas dalam-dalam sebelum dilepasnya. Airpod kembali disumbat ke telinga dan kepala kembali dilentok atas meja. Balik nanti dia nak bincangkan hal ni dengan Opah.

"APA? Nak duduk rumah sewa?"

Rhea gigit bibir bawah sambil kepala diangguk sekali. Wajah berkerut Opah dipandang.

"Awat pulak tiba-tiba nak pi duduk rumah sewa ni?" muka Opah nampak sangat tak puas hati bila Rhea mengatakan niatnya untuk menyewa.

"Tak, Rhea cuma terfikir aje, Opah. Iyalah, susah Rhea nak pergi kolej kalau takde transport. Seganlah hari-hari asyik tumpang kereta Mikael aje. Kalau duduk rumah sewa senang sikit. Jalan kaki aje pergi kolej," jelas Rhea. Bila difikirkan balik, lagi elok kalau dia duduk rumah sewa. Hujung minggu, dia baliklah teman Opah kat kampung.

Lecturer Sebelah Rumah | TerbitWhere stories live. Discover now