versi baru
belum edit
"RHEA!"
Terpusing tubuh Rhea ke belakang bila ada seseorang memanggilnya. Segaris senyuman terbentuk di bibir Rhea memandang Muaz yang sedang berlari mendapatkannya.
"Baru habis kelas ke?" termengah-mengah si Muaz.
"Taklah. Baru nak pergi kelas ni," jawab Rhea. Sementara menunggu kelas pukul sepuluh pagi, dia duduk di perpustakaan. Macam biasalah, tidur sekejap. Bukan tak mahu pergi surau tapi surau kolej letaknya jauh dari bangunan kelasnya. Tak laratlah dia nak menapak jauh-jauh.
"Lah, baru nak masuk kelas ke? Ingatkan dah habis kelas," muncung mulut Muaz.
"Kenapa kalau saya baru nak masuk kelas?" sebelah kening Rhea terjongket.
"Taklah, baru nak ajak dating kat kafe," Muaz menyeringai nakal. Rhea ketawa kecil. Hubungannya dengan Muaz boleh dikatakan agak positif. Pada awalnya memang Rhea rimas dengan Muaz yang jelas mahu mendekatinya. Tapi lama-kelamaan, Rhea mula menyenangi lelaki itu. Kata Hani, tak salah kalau dia cuba berkawan dengan Muaz. Muaz memang seorang yang baik. Kadang-kadang suka buat lawak.
"Pergilah dating dengan orang lain." balas Rhea.
"Tak naklah. Eh, awak habis kelas pukul berapa?" soal Muaz.
"Dua belas."
"Lepastu, ada kelas lagi?"
"Ada. Kelas Encik Amri sampai pukul lima,"
"Oh..."
Rhea mengerling Muaz di sebelah. Hah, adalah tu yang Muaz sedang rancangkan.
"Habis kelas, kita pergi somewhere nak? Jangan risau, bukan kita berdua aje. Kita ajak Hani sekali." Muaz tahu, Rhea pasti menolak kalau mereka hanya keluar berdua. Melainkan kalau ada Hani yang menemani.
"Somewhere tu pergi mana?" Terjongket sebelah kening Rhea, menyoal.
"Erm, makan-makan? Lepak? Alah, untuk hilangkan stress belajar." Muaz dah mengatur rancangan. Rhea diam sejenak. Hurm, macam menarik. Lagipun, dah lama juga dia tak keluar sampai ke malam. Opah mesti tak kesah asalkan ada Hani. Opah memang percaya betul dengan Hani sejak Rhea kenalkan Hani dengan Opah.
"Nak tak?" Muaz tayang muka berharap.
"Boleh juga. Tapi, saya tanya Hani dulu. Kalau dia on, saya pun on la."
"Okey, cantik!" melebar sengihan Muaz.
HABIS kelas jam lima, Rhea dan Hani beriringan keluar dari dewan. Tentang rancangan yang telah diatur Muaz, Rhea sudah ceritakan pada Hani dan Hani langsung saja bersetuju. Langkah dibawa ke arah kawasan letak kenderaan. Kelihatan Muaz sedang bersandar pada badan keretanya.
"Hai Rhea, Hani!" Muaz tegakkan tubuh, kedua-dua belah tangan dibawa masuk ke dalam kocek seluarnya.
"Kita nak pergi mana ni?" soal Rhea.
"Kita pergi cari tempat makanlah," jawab Muaz sambil tersengih.
"Tahulah, nak makan kat mana?" terjegil mata Rhea.
"You decide," lagak seorang gentleman, Muaz mendepa sebelah tangannya. Rhea ketawa. Pelipisnya berkerut-kerut.
"Makan kat mana yang best eh? Saya manalah tahu tempat makan best kat sini," ujar Rhea. Baru beberapa bulan balik Malaysia, boleh dikira dengan jari berapa kali ajelah dia keluar makan kat kedai.
YOU ARE READING
Lecturer Sebelah Rumah | Terbit
Romance3rd Romance by CikMardiah [BEST ROMANCE WINNER FABULOUSAWARDS 2017] [ Highest Ranking #1 , ●5 Feb 2018 ●17 Feb 2018] Start Publish ; 16 Sept 2017 End ; 16 Feb 2018