Bab 6

80.6K 3.7K 35
                                    

versi baru

belum edit


RHEA bangun seawal jam enam pagi. Usai membersihkan diri dan solat subuh, dia menyarung kebaya lama kepunyaan Opah. Panjang sengihannya bila kebaya tersebut muat-muat terletak elok di tubuhnya rampingnya. Rambut yang panjang disisir dan sengaja dibiarkan lepas. Pin kecil disemat di bahagian kiri kepala. Berpuas hati dengan penampilannya, Rhea menyambar beg kanvas atas katil lalu melangkah turun ke tingkat bawah.

"Selamat pagi, Opah!" Rhea menyapa Opah di dapur.

"Selamat pagi. Allah... lawanya cucu Opah!" lebar senyuman Opah tatkala terpandangkan sosok cucunya itu.

"Hehe, terima kasih. Kebaya ni selesa sangat." Rhea tarik kerusi lalu punggung dihenyak di situ. Jam menunjukkan ke pukul tujuh lima belas minit pagi. Waktu pendaftaran adalah pada pukul lapan tiga puluh minit pagi. Jarak dari rumah nak ke Kolej Tuan Seri itu mengambil masa lebih kurang tiga puluh minit.

Rhea menyenduk nasi goreng ke dalam pinggan lalu mula menikmati sarapan pagi bersama secawan air milo panas.

"Hari ni pi daftar saja ka?" tanya Opah.

"Haah, Opah. Ikut mesej yang pihak kolej hantar dekat Rhea, hari ni pergi daftar aje. Adalah sikit sesi suai kenal dengan lecturer dan kawan-kawan baru." jawab Rhea. Memandangkan pihak kolej tidak menyediakan kediaman untuk para pelajar, maka Rhea membuat keputusan untuk berulang-alik saja. Lagipun, bukannya jauh sangat jarak nak ke kolej. Bagi pelajar yang duduk di luar daerah, mereka dikehendaki mencari rumah sewa sendiri.

"Dah bagitau Mikael ka?" tanya Opah lagi. Rhea diam dulu menelan nasi dalam mulut. Kepala diangguk sekali.

"Dah. Malam tadi." jawabnya. Pada awalnya, Rhea tak mahu susahkan Mikael untuk menghantarnya ke kolej hari ini. Tapi, dia dah tak ada pilihan lain. Siapa lagi yang dia nak harapkan untuk menghantarnya ke kolej kalau bukan cucu jiran sebelah? Nak harapkan Opah, memang taklah. Walaupun Opah reti bawa motosikal, tapi Rhea tak berani nak minta Opah hantarkan. Risau kalau jadi apa-apa. Haih, Rhea... kalaulah kau ada lesen memandu. Kan senang.

"Lepastu balik sat lagi?"

"Rhea naik Grab. Kat kolej tu, mesti ada banyak Grab." Rhea menjawab mudah. Memandangkan kolej berada di tengah-tengah bandar, mestilah ada ramai yang buat khidmat Grab kat situ.

"Nak Opah teman ikut sekali dak ni?" Opah bertanya lagi. Terus Rhea menggeleng.

"Tak apa, Opah. Rhea pergi sendiri aje. Lagipun, Rhea tak tahu waktu pendaftaran tu habis. Kesian pula kat Opah kalau kena tunggu Rhea lama kat sana. Tak apalah, Rhea okey aje. Rhea boleh buat sendiri," jawab Rhea. Sejujurnya dia gugup mahu menjejakkan kaki untuk kali pertama di kolej hari ini. Sudah la tak ada sesiapa yang akan menemaninya. Mak ayah pula jauh dekat luar negara.

"Mintak la tolong Mika. Dia tu kan..."

"Assalamualaikum!" serentak Rhea dan Opah memandang ke arah pintu dapur yang sengaja dibiarkan terbuka. Berdiri sosok Mikael yang segak dengan seluar panjang dan kemeja. Gaya macam orang nak pergi masuk ofis saja.

"Waalaikumussalam. Panjang umur hang, Mika. Opah baru ja sebut-sebut nama hang tadi. Mai la masuk, makan dulu." mesra Opah mempelawa Mikael.

"Takpe, Opah. Mika datang nak panggil Rhea. Kita orang dah nak kena gerak ni," Mikael jeling Rhea yang sedang menikmati nasi gorengnya. Muka Rhea berkerut, dia pandang jam yang membelit di pergelangan tangan kirinya.

"Baru pukul tujuh setengah. Awal lagilah! Nak buat apa pergi awal-awal?" tanya Rhea sedikit tak berpuas hati. Belum pun pukul lapan tapi Mikael dah kalut nak menghantarnya ke kolej.

Lecturer Sebelah Rumah | TerbitWhere stories live. Discover now