Bab 12

81.7K 3.8K 206
                                    

versi baru

belum edit

RAJUK Rhea masih belum habis rasanya. Buktiknya, pagi ini Rhea tidak menumpangnya untuk ke kolej seperti selalu. Kata Opah, Rhea pergi kolej hari ini dijemput kawannya. Entah kawan yang mana satu pun Mikael tak pasti. Hani atau... Muaz? Padahal selama ini, Rhea lebih rela pergi awal ke kolej daripada menyusahkan kawan-kawannya itu. Tapi hari ini, sebaliknya.

Habis kelas, Mikael melangkah ke arah pejabat. Meletakkan beg berisi laptop dan failnya sebelum berlalu ke arah kafe untuk mengisi perut. Jam sudah memasuki jam dua belas bermakna sekarang adalah waktu makan tengahari. Hari ini dia tak rasa nak makan kat luar kolej bersama rakan pensyarahnya. Malas.

Mikael memesan sepinggan nasi goreng pataya bersama segelas laici ais untuk makan tengahari itu. Sayangnya, kat kafeteria kolej ini tidak menyediakan nasi berlauk. Hanya ada makanan bergoreng saja.

"Meja full la," keluh Hani sebaik saja dia, Rhea dan Muaz melangkah masuk ke kafeteria. Mata masing-masing melingas mencari jika ada meja kosong untuk mereka. Tapi sayangnya, semua meja penuh.

"Kita makan kat luarlah," Rhea beri cadangan.

"Tak sempatlah, Rhea. Nak berjalan pergi kedai luar lagi, nak makan lagi, nak solat zohor kat surau lagi. Kelas kita dah la pukul dua." balas Hani. Rhea mengangguk kecil. Ya, nak tak nak, mereka kena makan dekat kafeteria kolej juga. Kalau makan kat luar, ambil masa.

"Ikut saya!" Muaz tiba-tiba mencelah dan menyuruh Rhea dan Hani mengekorinya. Tak berkata apa-apa, terus saja dua gadis itu mengekori langkah Muaz ke satu meja.

"Sir, makan seorang aje ke?" tegur Muaz. Rhea kat belakang dah berkerut wajah. Haih... dah kenapalah si Muaz pergi tegur pensyarah nan sorang ini?

"Haah ya, Muaz. Makan seorang aje," balas Mikael, mesra. Muaz pernah menjadi pelajarnya sebelum ini. Cuma semester ini dia tak mengajar kelas lelaki itu.

"Kita orang teman sir makan, boleh? Sebenarnya meja semua dah full. Kita orang takde meja nak duduk," tersengih-sengih Muaz. Berlapis dahi Mikael bila Muaz sebut 'kita orang'. Terus saja Mikael menoleh ke belakang memandang Rhea dan Hani. Hani sedang tersenyum padanya manakala Rhea masih dengan muka kelatnya. Sikit pun tak senyum.

"Tak payah la, Muaz. Kita tunggu ajelah meja kosong yang lain," tutur Rhea. Apa? Nak duduk semeja dengan Mikael? Memang taklah!

"Duduklah," pelawa Mikael. Kebetulan, memang meja yang dia duduk ada tiga kerusi kosong.

"Thank you, sir!" Muaz letak beg galasnya atas kerusi lalu dia melabuhkan duduk. Hani juga menarik kerusi untuk duduk.

"Takpelah, kau orang ajelah makan. Aku makan nanti aje," Rhea mahu berlalu tapi lekas saja Muaz menarik begnya membuatkan dia berundur beberapa langkah ke belakang. Rhea berdecit.

"Rhea, tadi awak juga yang cakap lapar, kan? Takde, takde. Meh duduk. Sir bagi izin, kan?" berkerut muka Muaz. Rhea menggeleng tidak mahu. Sudah la kerusi untuknya betul-betul depan Mikael. Pandai betul Muaz dengan Hani pilih tempat duduk. Huh!

"Yalah, Rhea. Duduk sini," Hani menarik pergelangan tangan Rhea, memaksa gadis itu untuk duduk di sebelahnya. Hela nafas berat, Rhea labuhkan juga duduknya di kerusi kosong. Sikit pun dia tak pandang Mikael walaupun dia tahu Mikael tengah pandang dia.

"Kau orang nak makan apa? Saya pergi order," tanya Muaz.

"Nasi goreng kampung, air teh ais. Thanks, Muaz!" tutur Hani.

"Alright. Awak pula Rhea?" Muaz pandang muka masam Rhea. Haih, dah dapat tempat duduk pun tak happy lagi ke?

"Samalah macam Hani," jawab Rhea. Terus tak berlengah, Muaz berlalu untuk memesan makanan.

Lecturer Sebelah Rumah | TerbitWhere stories live. Discover now