Bab 7

81.6K 4K 126
                                    

versi baru

belum edit


RHEA yang sedang menyidai pakaian sambil menyanyi kecil sedikit terganggu bila telinganya menangkap bunyi ekzos motor yang kuat. Terus Rhea menjeling rumah jiran sebelah. Kelihatan sosok Mikael baru pulang dengan motosikal lamanaya. Entah ke mana saja lelaki itu pergi.

Teringatkan sesuatu, Rhea lekas-lekas menyudahkan kerja sebelum berlari masuk ke bilik tidurnya. Pintu almari dikuak, sehelai sweater yang berlipat itu ditarik keluar. Sweater milik Mikael dan dia belum pulangkan lagi.

"Opah, Rhea pergi rumah sebelah sekejap!" sempat Rhea memberitahu Opah yang sedang menjahit baju. Oh ya, Opah memang dari dulu lagi ambil tempahan menjahit. Ramai yang datang minta Opah jahitkan baju mereka. Kalau tiba hari raya, memang ramailah yang datang bawa kain sehinggakan Opah terpaksa menolak kerana terlalu banyak tempahan.

Rhea menapak ke arah pintu dapur memandangkan pintu utama tertutup.

"Assalamualaikum," Rhea beri salam sambil mengetuk pintu yang terbuka dengan kekura jarinya. Tak sampai beberapa saat, Mikael muncul dengan botol air sejuk ditangan. Dijelingnya Rhea.

"Hmm, nak apa?" soal Mikael.

"Dosa tak jawab salam. Assalamualaikum," sekali lagi Rhea beri salam. Mendengus, terkumat-kamit bibir Mikael bergerak menjawab salam gadis itu. Rhea sengih. Hah, tahu pula jawab salam.

"Ni, aku datang nak pulangkan balik sweater kau. Sorry, lambat. Aku lupa," Rhea menghulur sweater kelabu milik Mikael yang dia sudah lipat kemas.

"Huh, lupa atau kau memang ada niat tak nak pulangkan balik? Yalah, sweater mahal..." balasan Mikael menimbulkan kerut di wajah Rhea. Terus Rhea jatuhkan pandangan ke arah sweater ditangan. Tag jenama pada sweater itu terus dibelek. Seketika, Rhea ketawa sinis.

"Lah, aku tak tahu pula sweater ni berjenama. Tak ada masa pula aku nak belek," tercebik-cebik bibir Rhea. Mikael panjangkan tangan, menyambut sweater miliknya itu.

"Sunyi aje. Nek Mah mana?" panjang leher Rhea tercari-carikan kelibat sahabat baik Opahnya itu.

"Takde. Keluar. Kenapa cari?" tak bernada suara Mikael menyoal.

"Saja tanya. Tak boleh?" tercebik bibir Rhea.

"Pergilah balik. Kang tak fasal-fasal kena cekup pula. Tak ingin aku nak kahwin free dengan kau," mendengarkan itu, terjegil luas biji mata Rhea. Sampai ke situ pula mamat ni fikir. Kena cekup? Kahwin free?

"Eh, hello? Aku pun sejuta kali tak ingin nak kahwin free dengan kau. Harap muka handsome mulut puaka,"

"Apa kau cakap?"

"Hurm, tak ada apa-apa. Eh, aku ada benda nak minta tolong sikit," Rhea garu dahi sambil dalam kepala sedang menyusun ayat. Manakala Mikael dia sekadar diam sambil memandang Rhea yang asyik tergaru-garu di hadapannya.

"Erm... aaa... erm... macam mana nak cakap eh?" hesy! Susahnya nak cakap!

"Kesian, dah besar pun tak reti nak cakap lagi. Dah la, pergi balik."

"Eh, sekejaplah! Macam ni, hurm... aku nak minta tolong kau sikit sebab aku tak tahu dah nak minta tolong siapa,"

Mikael sandarkan tubuh pada jenang pintu.

"Esok aku dah nak mula kelas. Tapi, aku tak tahu nak pergi dengan apa sebab aku tak ada transport. Boleh tak kalau esok kau hantarkan aku pergi kolej?" Rhea sengih tayang gigi sambil mengerdipkan matanya beberapa kali. Berharap betul Mikael akan sudi hantarkan dia ke kolej esok. Hanya Mikael saja yang dia boleh harapkan untuk bantu dia.

Lecturer Sebelah Rumah | TerbitWhere stories live. Discover now