versi baru
belum edit
"MORNING!" Rhea menyengih mendapatkan Mikael yang sedang menghidupkan enjin kereta.
"Hurm, morning..." monoton nada Mikael membalas ucapan selamat pagi gadis itu. Melihatkan Mikael sudah masuk ke dalam kereta, Rhea turut membolos tubuhnya masuk. Tak sampai seminit, Mikael mula memandu pacuan empat rodanya itu keluar. Untuk beberapa minit, hanya suara penyampai radio yang kedengaran menyampaikan info aliran trafik di ibu kota sana.
"Erm, kereta mak su bila boleh ambil?" suara Rhea memecah kebisuan yang menyelubungi mereka.
"Mekanik tu kata dalam dua tiga hari dah boleh ambil kereta tu," jawab Mikael kerana dialah yang berurusan dengan mekanik di bengkel semalam. Nak tercekik jugalah dia bila mekanik memberitahu total kos baiki untuk kedua-dua buah kereta itu. Waktu itu nak saja dia putar kepala Rhea macam gasing. Haih.
"Terima kasih untuk semalam, Mika." ucap Rhea tiba-tiba menimbulkan garis di pelipis Mikael. Tapi, tak pelik pun. Sememangnya dia layak untuk menerima ucapan terima kasih itu daripada Rhea. Huh.
"Nanti bila aku dah ada duit, aku bayar balik duit yang kau keluarkan untuk baiki kereta aku dengan encik botak tu,"
"Encik apa?"
"Encik botak. Sebab dia botak,"
Kepala Mikael tergeleng. Haih la, Rhea. Mentang-mentang abang tu tak ada rambut. Sekali kau meng-encik botakkan dia.
"Aku habis kelas pukul empat. Kau habis kerja pukul berapa?" soal Rhea.
"Macam biasalah. Kenapa?" sekilas pun Mikael tak menoleh memandang Rhea di sebelah.
"Jom pergi makan ais kacang, nak?" Rhea mengajak. Dah lama rasanya tak pergi makan ais kacang. Ditambah pula dengan semangkuk laksa. Sedapnya tak boleh dibawa bincang!
"Kat mana?"
"Belakang sekolah menengah. Ala... tak kan kau tak pernah pergi kut? Tempat tu famous juga. Port lepak budak sekolah," Rhea boleh tahu kewujudan gerai ais kacang itu pun daripada Muaz. Muaz yang membawanya dan Hani ke situ dulu.
"Nak tak? Aku tunggu kau habis kerja. Lepastu kita pergi sama-sama." sungguh Rhea berharap agar Mikael bersetuju. Terbayang-bayang dia dan Mikael duduk berdua di bawah pokok ceri sambil menikmati semangkuk ais kacang dan semangkuk laksa.
"Hurm, okey."
Yes! Rhea rasa macam nak menari tarian singa aje dalam kereta ni. Seronok punya fasal!
Seperti biasa kereta Mikael berhenti di hadapan pagar kolej untuk menurunkan Rhea di situ.
"Kenapa tak drop aku kat dalam aje? Letih la hari-hari jalan kaki dari pintu pagar nak ke bangunan kolej." bibir Rhea memuncung.
"Eh, sebelum ni okey aje. Kau tak bising pun. Apahal hari ni tiba-tiba aje nak bising? Dah, tak payah nak mengada. Pagi-pagilah kena exercise sikit. Badan kau tu dah kembang lain macam aku tengok," cis! Kalau ada stapler, dah lama dia stapler mulut si Mikael ni. Cakap tak pakai filter langsung!
Jeling Mikael, terus Rhea melangkah keluar. Mata menyorot memandang kereta Mikael melepasi pintu pagar kolej. Baru dua langkah dia menapak, namanya meniti di bibir seseorang. Rhea menoleh. Muaz.
"OH... rupanya sir tu jiran awak. Kenapa selama ni awak tak pernah bagitahu pun yang sir tu jiran awak?" soal Muaz lalu menyedut minumannya. Rhea sengih. Tak perlu lagi dia sorokkan hubungan jirannya dengan Mikael. Hani dah tahu, kini Muaz pula. Lepas ni satu kolej rasanya akan tahu fasal ni.
YOU ARE READING
Lecturer Sebelah Rumah | Terbit
Romance3rd Romance by CikMardiah [BEST ROMANCE WINNER FABULOUSAWARDS 2017] [ Highest Ranking #1 , ●5 Feb 2018 ●17 Feb 2018] Start Publish ; 16 Sept 2017 End ; 16 Feb 2018